Pages

Feb 9, 2011

Konsert Hore Hore Aznil : Pak Nil Nak Buat Konsert Solo lah!

Betul, Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil diberi peluang untuk membuat konsert solo pertama kali beliau di Taman Tasik Titiwangsa, pada 12 Mac 2011, jam 8.30 malam.


Wah mesti menarik konsert ni kan!

Pak Nil menganggap peluang mengadakan konsert ini adalah satu penghormatan bagi beliau, dan merancang bermacam elemen yang pastinya menarik dan membuat senaman ringan untuk menguatkan stamina untuk Konsert Hore Hore Aznil yang akan berlangsung selama 2 jam itu.

Secara kebetulan 2011 adalah tahun ke-21 saya berada dalam bidang penyiaran, jadi bolehlah dikatakan ini konsert solo pertama saya. Belum pernah seorang pengacara diberi peluang begini. Bagusnya, konsert ini bertujuan untuk beri peluang kepada anak seni. Saya ada pilihan lagu-lagu yang boleh dikongsi dengan peminat pelbagai peringkat umur. Saya juga bercadang menyanyikan lagu-lagu indie dan nyanyikan lagu-lagu popular artis wanita termasuk 'tribute' untuk Sudirman. Saya bawa semangat dan kreativiti Sudirman, bukannya meniru bulat-bulat konsep persembahannya. Saya letakkan Allahyarham sebagai tanda aras untuk berjaya. Saya berhasrat salurkan sebahagian kutipan konsert ini ke rumah kebajikan. -Aznil Hj Nawawi, Harian Metro.

 Wah gitu.. bagus tu Pak Nil!

Selain Konsert, Karnival Hore Hore juga akan berlangsung di tempat yang sama bermula pada pukul 10 pagi. Oh ya, bayaran untuk Konsert itu pula adalah seperti:

Dewasa: RM50
Kanak-Kanak: RM30
Kanak-Kanak Rombongan Sekolah (50 Orang): RM15

Dan katanya ada juga pakej-pakej tiket seperti Keluarga, VIP, dan Ekonomi.

Sumber berita dari sini.

ps: sapa nak belanja aku pergi? hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...