Pages

Feb 10, 2011

Banglo Khairul Fahmi Che Mat Siap Bulan Jun 2011

Ada siapa kat sini tak kenal Khairul Fahmi Che Mat?
Ada?
Kalau tak kenal, boleh baca pasal beliau dekat sini ya..hehe

Disebabkan Encik KF ini telah membantu Skuad Harimau Malaya menang menentang Indonesia di Piala Suzuki AFF 2010 tempoh hari, beliau telah dihadiahkan sebuah rumah banglo. Wow bukankah itu sangat best? Dapat rumah tu..orang lain jenuh nak buat loan ye nak beli rumah *bukan semua la, ada yang kayaaa tu tak payah la buat pinjaman kan*.


Dan mengikut Harian Metro hari ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan peruntukan dan pelan banglo tersebut dan dijangka akan siap pada Jun tahun ini.

Banglo setingkat milik Khairul Fahmi Che Mat kita semua ini akan dibina di Pengkalan Chepa, Taman Kurnia Jaya..

Bolehlah pergi raya rumah dia tahun ini ya..kui kui kui..

ps: agak-agak kalau buat Anugerah Bintang Sukan Paling Popular, Khairul Fahmi boleh menang tak? haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...