Pages

Jan 8, 2011

Raja Lawak Musim ke 5 Sudah Bermula


Semalam, 7 Januari, Gelanggang Raja Lawak 5 sudah bermula. Seperti musim sebelumnya, Juara Raja Lawak musim lepas akan membuat persembahan dan memulangkan Mahkota Raja Lawak tu.

Makanya semalam Kumpulan Kecik pun naiklah pentas untuk buat persembahan.. Dan pada pandangan peribadi aku, persembahan lawak yang diorang buat tu tak kena gaya. Hang Tuah nak tukar nama kepada MJ, ingatkan MJ tu Michael Jackson, rupanya Mandi Junub. Apakah? Dah takde idea sangat ke nak buat lawak sampai kena cakap macam tu? Ish Ish Ish..

Lepas tu ada perubahan pada pengkritik tetap. Bob Lokman tarik diri, dia taknak jadi pengkritik lagi. Kali ini menggunakan pengkritik '1 Malaysia' yang terdiri dari Afdlin Shauki, Sathiya dan David Teo. 

Para peserta pulak ada yang OK, ada jugak yang hancus. Agaknya sebab baru minggu pertama kan, kasi warm up dulu. Dan ada juga yang aku rasa lawak itu tak patut. Contohnya macam lawak isteri mati, emak mati, ish. Kematian itu lawak ke? Ada pulak yang samakan wanita dengan lembu. Hmm kan dah kena tegur dengan Afdlin Shauki.. Terus berada kat bottom three. Tapi, ada persembahan yang aku rasa tersangatlah hampeh dan teruk, tak tersenarai pon kat bottom three..aiyak!

Dan seperti biasa minggu pertama takde penyingkiran.. Hanya Bob Lokman yang singgirkan diri dia..
Jomlah tengok Gelanggang Raja Lawak yang seterusnya minggu depan di Astro Prima, 9 malam setiap Jumaat!


ps: nak pengkritik lama....wuwu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...