Pages

Jan 21, 2011

Pelajar UiTM Parah Jatuh Bukit Broga

Gulp!
Seriaunya rasa bila baca berita ni dekat Berita Harian Online tadi.


Seorang pelajar UiTM Shah Alam cedera parah apabila tergelincir ketika mendaki Bukit Broga, dia terjatuh dari ketinggian 50 meter dan mengalami kecederaan serius tulang belakang.

Dan lagi, pelajar yang berasal dari Semenyih itu juga dipercayai sedang mendaki seorang diri pada pagi itu. Wah gila berani kau dik! Kau panjat Bukit Broga tu sorang-sorang? Lain kali jangan buat lagi tau.

Huhu..
Berita ni membuatkan lagilah aku tak mau pergi panjat Bukit Broga yang terletak hanya 10 minit je jaraknya dari rumah aku ni.. Oh ya, rumah aku dekat je dengan Bukit Broga ni, hari-hari aku boleh tengok bukit yang dari jauh nampak macam botak ni..hehe..

Tapi sekali pun aku tak pernah panjat bukit ni..
Sekadar tengok ajelah..

Bukan apa, aku takut nak panjat sebab orang kata Bukit Broga tu licin..hehe
Tengoklah kalau dah sampai seru aku untuk panjat nanti aku panjatlah..
heee...


ps: semoga adik  Norhanani Shahim lekas sembuh ya ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...