Pages

Jan 31, 2011

Bermain Game Free di Google Chrome

Entry ini ditujukan khas untuk makcik ku yang comel ^^ ,
maka aku akan banyak menggunakan Alang sebagai kata ganti diri kedua.

**********************************

Okey, mari kita cari game WordSquare itu, alang dah install Google Chrome?
Kalau dah, sila buka Google Chrome itu ya.

Ok, lepas tu, cari ikon spanar kat hujung atas belah kanan window:


Klik, nanti keluar macam gambar kat atas, lepas tu klik Tools.
Kemudian, akan keluar macam ni:


Kemudian, klik pula dekat Extensions. Nanti tab baru akan terbuka, macam ni:


Selepas kena boo dengan si Google Chrome ni, kliklah dekat 'browse the gallery' itu. Nanti akan keluarlah chrome web store:



Bahagian tepi kiri, atas, dalam ruangan Apps, carilah Games dan klik.
Nanti akan ada banyak games yang boleh dipilih. Okey, sekarang nak cari game WordSquare tu.
Scroll sampai bawah, nanti jumpa ruangan Popular. Kalau WordSquare tu tak ada kat situ jugak, klik ALL.


Nanti dia akan keluar macam ni pulak:


Okey, kalau ada alang boleh klik terus, andai kata tak ada, mungkin sebab populariti dia dah jatuh ke apa ke, alang boleh search dekat tiap-tiap page kat bawah tu ya.

Okey bila dah klik dekat game yang diingini tu, nanti dia akan keluar macam ni:



Kliklah pada Install tu untuk install game tersebut, makan masa sikit ikut kelajuan internet.
Kemudian, secara automatiknya selepas habis install, tab baru akan terbuka menunjukkan Apps yang kita dah install.


Untuk main game tu, klik je pada ikon game tu, tapi andai kata nak install lagi game lain ke, apps lain ke, klik pada ikon Web Store tu aje. Ok?


Okey, dah boleh main. Oh tapi sebelum tu, klik pada butang sign up untuk daftar nickname. Jadi, bila nak main lagi lain kali, klik aje kat log in, masukkan username & password, then main macam biasa. 

Yang penting game ni FREE. haha. Internet je yang kena bayar. *kalau tak silap lah*

ps: selamat mencuba ya Alang :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...