Pages

Dec 29, 2010

Terkejut Apabila Ternampak Makhluk Berbulu Atas Printer!

Selamba je melepap kat situ..
Aih..


ps: mendoakan yang terbaik untuk pasukan Malaysia di perlawanan menentang Indonesia malam ni.. :)

Dec 15, 2010

Budak 4 Tahun Teman Mayat Ibu 2 Hari: Tapi Utusan Malaysia..

Kesian sungguh dengan nasib kanak-kanak berusia 4 tahun di Sibu ni..
Ibunya dipercayai dah meninggal dua hari, dah berulat dah pun..
Tapi mungkin sebab dia kecil lagi, dia tak mampu untuk pergi meminta bantuan..

Apa yang dia mampu adalah hanya duduk je menahan lapar menemani mayat ibunya itu..

Memang perasaan simpati mula terbit dalam diri aku masa aku membaca berita ini tadi..
Baris demi baris..

Tup tup, habis je aku baca berita ni tadi, aku tergelak.

Eh kenapa aku tergelak?
Adakah aku mengejek nasib budak kecik itu?
Oh tidak..aku tak lah sekejam itu..
Aku kesian kat budak tu, tak kan aku nak gelakkan dia..

Apa yang buat aku tergelak adalah Utusan Malaysia ada menyelitkan satu perkataan yang agak unik disitu.
Yakni di berita itu.


Kenapa ada perkataan habis disitu?
Kenapa?
Kenapa???
Kenapa????

Sumber artikel adalah di sini.
Harapnya perkataan habis itu di remove lah ye :)

ps: takziah kepada keluarga mangsa, Magdeline Cadon..

Dec 13, 2010

Cadangan Encik Google

Aku bosan.

Oh baru aku perasan dah 4 hari aku tak update blog.

Makanya, untuk hilangkan bosan + update blog, aku telah membuat ini:

Menggunakan perkataan 'apa', 'siapa', 'bila', 'di mana', 'mengapa', 'bagaimana' dan 'berapa', dan taip di Google Malaysia punya search bar.

Selepas itu, Encik Google pun akan mula mencadangkan aku beberapa carian, seperti berikut:

1) Apa

-apa format
-apa itu cinta
-apa referencing
-apa system
-apa itu internet
-apa itu Islam
-apa kata wanita *tentang apa?
-apa citation style
-apa itu illuminati
-apa itu dadah


2) Bagaimana


-bagaimana untuk mengandung *erk?
-bagaimana sosilawati dibunuh
-bagaimana nak kurus *nak tau gak!
-bagaimana memulakan perniagaan
-bagaimana menjadi pelajar cemerlang
-bagaimana komputer beroperasi
-bagaimana nak buat blog
-bagaimana kehamilan berlaku
-bagaimana menyentuh hati *fuh keyword...
-bagaimana melaka mendapat nama *wah~!

3) Berapa


-berapa umur Justin Bieber *ada jugak budak tecit ni
-berapaharga.net
-berapa harga nokia e5
-berapa harga blackberry
-berapa tahun Malaysia dijajah *silalah bukak buku teks sejarah
-berapa episod epilog syurga cinta
-berapa ramadhan
-berapa episod cinta kirana
-berapa ramai penduduk Malaysia *nak tau jugak!
-berapa episod ular emas


4) Bila


-bila cinta
-bila cinta mp3
-bila berpacaran *lagu ni best!
-bila hari kausikan *erk?
-bila cinta lyrics *wah ramai search lagu ni~
-bila curang
-bila cinta 4shared
-bilal bin rabah 
-bila cinta mediafire
-bila cinta lagenda budak setan


5) Di Mana

-dimana Allah
-dimana sosilawati
-dimana suami sosilawati *ade terfikir juga pasal perkara ni~
-dimana keris taming sari
-dimana ku cari ganti
-dimana dajjal *takutnya~!
-dimana cinta *cari cinta kat internet??
-dimana azrinaz sekarang
-dimana janjimu dulu *erk? hehe
-dimana bumi dipijak *disitulah langit dijunjung


6) Mengapa


-mengapa yahudi bijak *pernah terbaca artikel ni dulu
-mengapa
-mengapa blackberry diharamkan *erk? mengapa??
-mengapakah malaysia dibentuk
-mengapa lirik *nice song~
-mengapa memilih profession perguruan
-mengapa kau pergi
-mengapa sosilawati dibunuh
-mengapa dirindu
-mengapa sepi tanpa berita *erk?


7) Siapa


-siapa bunuh sosilawati
-siapa maher zain
-siapa pembunuh sosilawati
-siapa sai baba
-siapa datuk bunuh sosilawati
-siapa dajjal
-siapa imam mahdi
-siapa mizz nina *tunang noh..haha
-siapa rosmah mansor *ade yang tak kenal ke??
-siapa namewee 


Macam-macam kan yang Encik Google cadangkan..hehe..
Itulah perkara-perkara yang sering di search..sebab tu boleh jadi top 10 kan?

Dec 8, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah: FIlem Terbaru Mamat Khalid

Hai semua!
Dah pergi tengok Ngangkung?
Aku dah..haha.. aku bagi 4 bintang kat filem tu..

9 Disember ni pulak, akan ditayangkan satu lagi filem yang aku rasa best,
iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah..


Wah bunyik macam best je filem ni kan, aku harap 95minit dalam filem tu best lah kesemuanya.. kadang-kadang ada filem tu promosi bukan main, tapi banyak je scene yang mendatar dan mengundang rasa mengantuk..huhu..

Antara pelakon Hantu Mak Limah Balik Rumah ni adalah Awie, Umi Nazeera, Johan Raja Lawak, Sofi Jikan, Zami Ismail.. Dan filem ni memang Mamat Khalid menggunakan loghat Perak..

Em sama-samalah kita tengok macam mana filem ni nanti, tak sabar pulak! 
Ye lah, wartawan kat Harian Metro puji tau!

ps: suka ayat Mamat Khalid dalam artikel kat Harian Metro tu, "Kalau kita nak jadi masyarakat maju, kita jangan percayakan sangat dengan tahyul."

Dec 5, 2010

Digital Lifestyle Expo (DLE) 2010

Tarikh: 10 - 12 Disember 2010
Tempat: KLCC, Hall 1-5


Apakah DLE 2010 ini?

Ianya adalah seperti PC Fair, tapi..
Merangkumi julat jualan barang elektronik yang lebih besar!

Ada TV, kamera, telefon bimbit, broadband, dan macam-macam lagi.

Seronok ni nak pergi cuci mata..lagi seronok kalau ada duit dan beli apa-apa..haha

Tahun lepas pergi PC Fair kat KLCC ni aku beli SKin Laptop je..kekeke..
Mata memang bersih tercuci sebab selain barang yang best, ramai juga perempuan2 pakai baju singkat-singkat ya amat jadi promoter.. Haih..

Tahun ni kalau tak ada apa-apa aku pergilah kot.. :)


Dec 4, 2010

Maher Zain Kelihatan Comel

CUba korang tengok gambar ni:


Nampak comel kan?
ahahaha..

Gambar tersebut aku ambil dari FanPage Maher Zain kat Facebook.

Maher Zain ni masa mula-mula dia keluar, kawan-kawan post video dia dekat Facebook,
aku buat bodoh je.. Tak tergerak hati langsung nak play.

Sekali ditakdirkan masa aku drive, kebetulan masuk waktu solat..
Radio ERA memang akan pasang azan kalau masuk waktu,
lepas je azan, DJ pun putarkan lagu For The Rest of My Life nyanyian Maher Zain ni..

Masa tu pertama kali aku dengar suara dia..
Memang terpegun.. Suara dia sedap sangat..
Dengan lirik lagu tu yang menyentuh hati..

Tsk Tsk..

Terus aku terfikir kenapalah aku tak berminat nak play lagu dia sebelum ni?

Sampai je rumah, terus aku carik lagu-lagu dia yang lain..
Setakat ni lagu yang aku paling suka adalah Insyaallah..
Adalah beberapa kali ternangis bila dengar lagu tu..

Eh tiba-tiba cerita pasal Maher Zain pulak pagi ni..


ps: Sejuk pagi ni hari hujan..hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...