Pages

Sep 29, 2010

Baju Daging Lady Gaga

Lady Gaga Meat Dress..yikes!


Perempuan ni memang lah lain dari yang lain..
Dahlah banyak berkaitan dengan iluminati.. dari dulu dia memang suka pakai pelik-pelik & tak senonoh..
Tapi aku tak pernah terfikir dia akan pagai baju dari daging.. eeeeiii!


Aku rasa geli menengoknya..huhu..
Macam manalah bau agaknye ye?


Dress, Topi & kasut, semuanya dari daging..
Mesti rasa sejuk2 lembik2 je kan?
Bayangkan masa dia duduk..arghh!

jangan ada artis kita yang ikut pulak lepas ni sudahlah..

ps: lepas ni ape pulak lah...

Sep 28, 2010

Nasi Lemak Antarabangsa

Godek-godek laptop, terjumpa gambar ni:


Oh ouch!
Lapar sudah!

1) On diet.
2) Mahal oh Nasi Lemak Antarabangsa ni!

Ini pun ada orang belanja..weehehe..

Oh oh kepingin!

ps: ada orang bangang komen lucah2 kat entry lepas2.. kepada orang tu, nanti jawablah dengan Allah ye..

Sep 27, 2010

Tempat dan Tarikh Ujibakat Raja Lawak Musim 5

Korang rasa korang ada bakat melawak?
Pandai buat orang ketawa?



Ha..kepada sesiapa yang rasa dia mampu jadi Raja Lawak musim ke-5,
paling-paling pun berpotensi jadi finalis datanglah ye!


Ecewah aku pulak yang promote..hehe..
Sebab aku suka jugaklah tengok Raja Lawak ni..
Tapi kalau boleh biarlah yang betul-betul berbakat ye..hihi
Manalah tau, kalau ada rezeki korang kan, boleh berlakon kat Astro WARNA nanti..

=)


ps: suka cara Afdlin Shauki handle WARNA ^^

Sep 25, 2010

Mari Uji Mata Kamu

Ada yang belum tidur lagi?
Jom buat ujian mata jom!

Cuba lihat buah-buahan dan sayur-sayuran kat bawah ni,
dari susunan dia tu, nampak tak macam bentuk muka?

Ada? Nampak tak?
Kalau tak nampak cuba renung lama sikit dalam 15 saat..


Photobucket


Kalau nampak kiranya mata kamu tu teranglah..
hehe..

ps: selamat malam, sweet dreams ;)

Sep 24, 2010

Woot woot!




Hai!
Apa khabar semua?
Sihat tak?

=))

ps: mereng

Sep 20, 2010

Punca Blog Tidak dikemaskini (Di Update)

  • Bulan puasa, lepas berbuka mata jadi kuyu..malas dah nak tengok laptop.
  • Raya, ramai tetamu datang, kena menolong di dapur. Di samping tu aku juga banyak pergi merambu.
  • Internet yang lembab, memang bikin panas.
  • Lanjutan dari kelambatan internet, aku pun menjadi malas.

ps: macamlah ada orang kesah..haha.. Tapi traffic tak pernah kurang dari 100+.. Jadilah..huhu

Letak je lah gambar apa-apa pun.. asalkan ada gambar haha

Sep 14, 2010

Kenapa aku terjoin Group Aku Cinta Indonesia ni?

Mengikut akal waras aku, aku tak pernah join Group Aku Cinta Indonesia ni dekat Fecebook, dan aku tak pernah tau pun pasal group ni, mungkin sebab aku tak pernah ambil kisah dan aku tak perasan langsung.

Tapi tadi, aku dapat 1 mesej dekat Facebook, ingatkan dari siapalah, sekali macam ni:


Aku klik lah dekat group tu, agak terkejut sebab tak ada button join, yang ada cuma button Leave Group je kat bawah page ni..


AKu tak tahu macam mana aku boleh termasuk group ni, adakah aku di hack? 
Kalau aku tak dapat mesej tu, agaknya sampai bila-bila pun aku tak tau yang dah TERjoin group yang sakan mengutuk negara aku ni..

Bukan aku je, aku tengok dekat members group ni, adik aku pun ada:


Dia pun terkejut sebab bila masanya dia join group ni..

Aku dah Leave Group dah, sebab aku bukan pembelot negara. 
Aku tak kan sokong Indonesia walau apa pun yang terjadi!
Harus check juga group/fanpage yang lain dekat Facebook, kot-kot ada lagi yang macam ni..
Haih..


ps: bahayalah Facebook ni..

Sep 8, 2010

Mana Datuk Sosilawati Lawiya Pergi?

Memang gempar betul berita kehilangan jutawan NV yang terkenal ni..
Serius aku rasa kesian sangat dekat anak-anak dia, ye lah, raya dah nak dekat sangat, tiba-tiba mak pulak hilang tanpa dikesan..


Kereta dah ditemui, ada saksi nampak dia pergi beli kerepek..
Terbaru aku baca hari ni, suami dia pulak dengar dia cakap telefon buat kali terakhir dengan nada cemas..

Kes Kehilangan Sosilawati ni confirm menimbulkan banyak spekulasi..
Mesti dah ada banyak teori-teori ni..
Mungkin jugak dia diculik sebab dia tersangatlah kayaaaa..

Apa-apa pun aku harap dia dapat pulang dengan selamat..
Insyaallah..

ps: Teringat cerita Without a Trace kat channel Hallmark di astro, channel 702.


Sep 4, 2010

Taktik Baru Penyamun: Hantar Hamper Ke Rumah

Dah namanya penyamun, otak tu ligat je berjalan cari idea macam mana nak masuk rumah orang dan merompak. Sekarang ni dah ada taktik baru pulak, iaitu menggunakan hamper.

-gambar hiasan-

Dulu dia buat cara jadi salesman, tapi sekarang dah ramai orang tak kan bukak pintu kalau salesman yang ketuk pintu.. Maka dia bawak umpan pulak sekarang.. Dia datang bawak hadiah konon-konon ada orang nak bagi kita hadiah hamper tu..

Jadi kita mesti macam gembira punya dapat hadiah tu, confirm kita keluar nak amek hamper tu kan?
Tapi rupanya dalam hamper tu dia dah selitkan parang.. Terus je dia guna parang tu acu kat leher kita.. Lepas tu dia boleh mulakan acara rompakan dia..

Hamper ke mana, barang-barang rumah ke mana.. silap-silap kalau dah sampai ajal, nyawa pun melayang..
Ini bukan gebang kosong.. Ada satu rumah di Bandar Sunway dah kena..

Jadi beringatlah ye.. Agak-agak ada orang datang bawak hamper ke, hadiah ke..
Tanyalah dari siapa..kalau dia sebut nama orang tak kenal tu, tak yah lah amek kot?
Kan?

ps: kreatif betul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...