Pages

Aug 30, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53


Esok, tanggal 31 bulan lapan 2010, sudah 53 tahun negara kita Malaysia ini merdeka.
Hayatilah kemerdekaan negara kita, banyakkan membaca atau mengambil berat mengenai sejarah negara..

Jangan terikut-ikut budaya luar..
Sayangilah negara kita..
Hormatilah sesama sendiri..
Tunjukkan contoh yang baik kepada generasi baru..

Tunjukkan kepada 'jiran-jiran' yang biadap itu bahawa kita ini negara yang bermaruah..bukan seperti mereka..

Janganlah salah cara menyambut kemerdekaan ini..
Merdeka negara bukan beerti kita merdeka dari hukum agama..
terutama yang Islam..
Apalah yang seronok sangat terkinja-kinja dengan budaya kuning pada malam merdeka?
Memalukan..

Jagalah nama baik diri sendiri, ibubapa, keluarga, masyarakat, agama dan negara..

Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke 53!


=)

Aug 25, 2010

Lagi Pelajar Maut Jatuh dari Tingkat 4 Kolej Pendeta Za'ba

OK berita ni sangat mengejutkan..
Bagi aku lah..


Aku copy paste dari Harian Metro, korang baca ye..


KAJANG: Seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama Kolej Pendeta Za'ba di kampus itu di Bangi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, San Zhong Jai, 21, ditemui mati di tingkat bawah bangunan terbabit oleh rakannya sebelum dimaklumkan kepada pihak pengurusan universiti dan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian sebenar.


“Siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tingkat empat bangunan itu tanpa disedari sesiapa. Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa bunuh diri atau sebaliknya.


“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut dan kami menunggu laporan bedah siasat,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.


Err..  kenapa terjadi lagi?
AKu pernah menginap dekat asrama tu selama 1 semester..
Memang struktur bangunan dia agak tinggi, kalau naik tangga memang tercungap-cungap..
Dahlah berbukit2..

Tapi bukan bermaksud sesuai untuk bunuh diri kot?
Masalahnya, bunuh diri ke ye?

Ish takut lah pulak.. Sebab perkara ni dah dua kali terjadi..

ps: dimanakah salahnya?

McDonald's dijamin halal

Kecoh sejak kebelakangan ni tentang cerita daging yang diimport McDonald's sudah ditarik balik sijil halalnya.. Makanya, McDonald's adalah haram lah kan?


Tapi pada hari ini, pihak McDonald's dah mengesahkan bahawa selepas sijil Uruguay ditarik balik, mereka berurusniaga dengan Australia pulak..


“Semua makanan dan minuman yang disediakan McDonald’s 100 peratus halal dan pengguna tidak perlu was-was menikmati makanan yang kami hidangkan,” katanya. Jika ada mahu maklumat lanjut mengenai sijil halal McDonald’s, hubungi Fartini Zaharuddin atau Junaidah Mazlan di Jabatan Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia di talian 03-78433388 sambungan 3236 atau 3234.- Harian Metro

Terus terbayang kat mata aku kesedapan GCB ni..


 Ngaaa...
Sekarang Double GCB kan?
sedapnya...nyum nyum..

ps: bulan puasa ni tengok iklan Colgate yang minum air sejuk tu pun rasa terliur..huhu

Aug 23, 2010

Apakah tajuk yang sesuai untuk entry ini? Kerana aku cari tak jumpa.

Hallo =)

Aku teringat beberapa hari lepas aku ada pergi MINES untuk beli handbag untuk buat lasak-lasak..
Maksudnya untuk aku bawak ke hulu ke hilir bukan untuk tujuan formal..
Bukan apa, sayang pulak nak bawak handbag yang bertaraf handbag 'interview' gi berjalan-jalan..
Sayang pulak..huhu..

Memang dah set dalam kepala, nak handbag yang BESAR, TIDAK TERLALU KERAS, BERTALI SATU dan SELESA DIPAKAI.

Tak salah kan meletakkan objektif dalam mencari barang? Sebab aku tidak begitu gemar menerawang untuk window shopping, makanya aku selalu set kan dulu apa yang aku nak beli..huhu..

Sampailah kat tempat jual handbag tu.. memandangkan diriku ini jobless, maka aku budget handbag tu RM30-RM50 sahaja..sebab aku tak mahu guna duit mak atau duit nenek.. 

Ada banyak sangat beg yang cantik-cantik dalam lingkungan harga yang aku nak tu, jadi, aku harus berbalik kepada kritiria yang aku nak tadi.. Secara tak langsung, makan masa lah jugak nak memilih.. Aku pusing-pusing kat tempat beg dalam 20 minit lah jugak..

Ada satu beg tu OK, tapi ada bulu-bulu pulak..aku macam tak nak lah bulu-bulu tu.. Sekali promoter tu bunyik pulak suruh aku cabut bulu tu, boleh ganti dengan aksesori lain.. 

Aku berasa sedikit hangen pulak dia cakap macam tu, dia macam bengang kot aku duk pilih lama-lama.. Nasib baik bulan puasa kalau tak siap lah kau kena maki dengan aku.. Aku berhak pilih yang terbaik untuk aku kan? Lepas tu baru aku jumpa beg yang ada kritiria yang aku nak tu walaupun ada sedikit kekurangan.. But it's OK lah, aku tetap berpuas hati.. =)

Pengajaran dari pengalaman?


Janganlah marah apabila pasangan kamu begitu cerewet memilih barang ketika shopping, kerana dia hanya mahu yang terbaik untuk dirinya, sepertimana dia memilih kamu, penuh dengan ciri-ciri yang terbaik di matanya. 


ps: tidak terlalu choosy, cuma pilihlah yang padan-padan..hehe

Aug 20, 2010

Raja Azmi Masuk Lokap



Baru kejap haritu gempar Raja Azmi ni sebab ada babak bogel oleh Arja Lee dalam filem "... dalam botol" tu, semalam pula gempar kisah Raja Azmi ni ada affair dengan Roslin Hashim, sampai Raja Azmi ni dikatakan punca Roslin Hashim bercerai kali kedua setelah bernikah hanya selama sebulan..


Hari ini pulak ada berita mengatakan Raja Azmi kena tidur lokap malam tadi.
Tapi bukan sebab Kes Cerai Roslin Hashim yang kedua tu, tapi sebab dulu dia gagal hadir ke mahkamah kerana kes bankrupt dia..hoho

Sumber Berita ada disini..

Konon-konon dia nak pergi buat laporan polis bersama si Roslin tu, tiba-tiba kena cekup masuk lokap pulak..hadoi...

ps: cobalah untuk setia..

Rasulullah bersabda: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.” (Riwayat Al Bazzar).

Aug 19, 2010

Atiqah homemade chocolate giveaway!

Hai! 
Terasa nak join giveaway ni pulak ^^
Moh le join ramai-ramai ye..


Kunjungilah Blog Atiqah Homemade Chocolate sebab disitu ada banyak cokelat-cokelat yang lazat lagi menggiurkan :D

ps: Mencuba Nasib ;)

BookFest@Malaysia 2010

Hai semua!


Popular Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) akan menganjurkan BookFest@Malaysia 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 4 hingga 12 September 2010 ini!

Pesta berkenaan akan menggunakan ruang kira-kira 100,000 kaki persegi (9,290 meter persegi) dari Dewan 1 hingga 5 yang mana lebih 500 gerai membabitkan penerbit dan pengedar buku serta alat tulis dari Malaysia, China, Hong Kong, Taiwan dan United Kingdom, Kanada dan Singapura-Harian Metro.

Wah macam best je~! Apa lagi, jom lah start kumpul duit untuk borong buku banyak-banyak 4 September nanti! 


Tapi masa tu nanti bulan puasa, dan sah-sah lah ramai gila orang kat situ, dan akan berhimpit-himpit..haha..
Tak apa, boleh tingkatkan pahala dengan meningkatkan kesabaran di bulan puasalah time tu..

=)

Aug 16, 2010

Kes Suami Tidak Siuman Tetak Isteri Di Teluk Intan

Ini berita semalam. Bagi aku berita ini memang sangat memilukan.
Macam tak percaya pun ada. Macam drama, tapi berita itu adalah kisah benar.
Seorang lelaki kurang siuman menetak isterinya dengan parang sehingga mati ketika umat Islam lain sedang bersahur. Si anak pula hilang dua jari di tangan kanan. Memang tragedi berdarah yang amat menyakitkan!

Aku tak tergamak nak bayangkan bagaimana si isteri menanggung azab ditetak oleh parang yang diasah hari-hari oleh si suami tiap kali dia marah. Itulah yang dikatakan oleh jiran mereka mengikut yang aku baca. Bayangkan apa perasaan anak-anak, di mana pada hari yang sama mereka kehilangan kedua ibu dan bapa, tapi dalam keadaan macam tu? :( Pasti trauma seumur hidup.. Semoga anak-anak mereka dapat menjalani kehidupan yang baik..


Al-Fatihah kepada mangsa.. 

ps: mengikut Utusan Malaysia yang aku baca semalam, Shopaholic juga adalah penyakit mental. Nasib baik aku tidak..fuh...

Aug 15, 2010

Apa?

Nak UpdATE pasal apa ek?
Nanti lah..

ps: Takziah kepada mangsa ribut di Bazar Ramadhan Jasin..




Aug 13, 2010

Aksi Betina Gedik Tangkap Lentok Sampai Terkangkang




Si betina gedik ni memang pantang nampak beg terbukak, mesti dia tangkap lentok dalam beg tu.. Lepas tu tidur sampai terkangkang..haha~! Paling buat dia tidur sampai tak nak bangun kalau kitorang bukak kan kipas.. Kadang-kadang dia berdengkur, percaya tak?

Percayalah..bahawa kucing gedik aku ni memang tidur berdengkur.. Tapi takdelah macam orang berdengkur bunyinya..bunyi dengkur dia halus je.. bila aku tengok dia tidur nyenyak sangat, aku pun rasa nak tidur..hehe..

ps: pagi yang sejuk..rasa mau tido..

Aug 12, 2010

Hati mahu tapi macam tiada jodoh

Hallo hallo..

Aku memang selalu terfikir kenapa kami ni seolah-olah tak ada jodoh.. Aku suka, memang suka sangat-sangat! Tapi dia selalu pergi.. Yang aku suka tu lah yang nak pergi.. Yang lain aku tengok OK je.. tapi kalau dia je, mesti tak kekal lama.. Dia macam tak mahu bersama dengan aku dalam tempoh masa yang lama.. Dah banyak kali dah aku mencuba untuk bersama dia.. Tapi tak berjaya.. Dia pergi jua akhirnya.. T_T

Oh aku bercakap pasal Ikan Guppy ye. Aku memang suka sangat dekat ikan guppy ni.. Lebih-lebih lagi yang ekor dia lawa-lawa..fuh~! Cantik lah!


Tapi itulah.. kat rumah aku ni, macam ada sumpahan pulak kalau bela guppy..
selalu tak tahan lama.. kadang-kadang 2 hari je dah gol.. ikan lain ok pulak hidupnya..


Dah banyak kali dah beli guppy, paling lama pun dia hidup sampai beranak-anak, lepas tu mati dengan anak-anak tu sekali..haha!


Orang selalu cakap ikan guppy lah yang paling senang nak hidup..
Zaimi pun ada cakap, dekat rumah dia ada sekolam ikan guppy..
Semuanya sebab ikan tu cepat membiak..


Tapi tu lah, dekat rumah aku ni dia tak mau menjadi..
Sedihlah jugak..


Kadang-kadang sajalah masuk kedai ikan mana-mana sebab nak tengok ikan ni banyak-banyak berenang dalam akuarium kedai ikan tu.. Dari situ aku boleh nampaklah kedai ikan mana yang ada beli guppy untuk dijual, ataupun dia ternak sendiri dan jual..haha~!



GUppy ni kalau yang cantik tu, ada mencecah dekat RM3 seekor.. kalau yang biasa tu RM1 je, kadang-kadang 50sen pun ada.. Dulu aku dengan Zaimi selalu pergi dekat Pudu tu.. kadang-kadang beli ikan, kadang-kadang pergi sekadar untuk cuci mata je..hihi.. 

Kat Pudu tu memang banyak gila lah jenis ikan.. Guppy ni macam-macam jenis.. Hati memang gatal je nak beli, tapi kalau dah asyik beli asyik mati.. Rasa ralatlah pulak nak beli selalu..


Masa belajar UKM dulu pulak aku selalu pergi dekat kedai akuarium sebelah Warta tu.. Kat depan kedai dia ada akurium yang cantik sangat, siap ada ekosistem lagi.. ada rumput-rumput kayu-kayu bagai.. ikan pun baynyak dia letak dalam akurium tu..perghhh...


Impian aku nak ada akuarium macam tu lah.. Dalam akuarium tu aku nak letak banyak guppy, macam-macam jenis! bestnya! Bilalah nak jadi kenyataan..?

ps: guppy aku beli 2 ekor semalam masih hidup..harap lamalah hidupnya..

Aug 9, 2010

Ibu Tampar Pengantin Depan Tetamu

Hai..

Setiap pasangan pengantin mesti kadang-kadang ada rancangan tersendiri untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka. Ada yang buat majlis perkahwinan yang agak pelik, macam berarak naik basikal ke, kahwin dalam air ke..

Tapi, ada satu pasangan pengantin di Jeddah ni, dia dengan isteri dia merancang nak buat adegan Cinderella dalam majlis perkahwinan dia. Maksudnya, masa majlis berlangsung, pengan tin perempuan akan berjalan masuk hanya dengan memakai sebelah kasut sahaja. Dan pengantin lelaki akan menyarungkan kasut yang sebelah lagi bila dah ada dalam dewan..

Tapi rupa-rupanya, ada orang yang berasa malu dan tak puas hati, terus je dia pergi menampar pengantin lelaki. Haha! Kesian gila..orang yang tak puas hati itu pula adalah ibu kepada pengantin lelaki tu sendiri..

-gambar hiasan-


Pengantin tu terus je rasa malu, keluar dari majlis, dan sekarang tengah Honeymoon kat Malaysia.
Kalau anda jadi pengantin lelaki tu, apa perasaan anda? hihi..
Sumber berita dari sini

ps: agak-agak dia kat Malaysia ni, yang mana satulah beliau ye..hehe
ps+: eh jomlah join contest yang kat entry atas ni..tak sudi ke..huhu

Aug 7, 2010

Wow



Aku rasa kereta ni cool lah, teringin nak naik!

ps: entry tak ada motif, saja nak tunjuk gambar kereta ni, ada siapa2 tahu dengan lebih lanjut pasal kereta ni?

Aug 4, 2010

Konvokesyen kali kedua

Hai semua..

Penat pulak rasa hari ni, pagi-pagi dah pergi DECTAR ada raptai Majlis Konvokesyen UKM ke 38.. Dengan kaki injured..rasa penat campur stress..huhu..


Ya, aku akan konvo lagi buat kali kedua pulak... Tapi kerja tak dapat jugak..huhu..


Jadi bila memikirkan itu aku rasa pening.. Nasib baik second degree ni aku tak ambil loan dah, loan 1st degree pun tak terbayar lagi..

Adakah konvokesyen ketiga pulak nanti?? Hahahaha.. jauh disudut hati memang teringin, tapi.. Penat tau belajar ni..huhu..

ps: contest masih dalam penelitian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...