Pages

Jul 31, 2010

Juara Imam Muda 2010

Berakhirlah sudah Program Imam Muda 2010 yang ditayangkan setiap minggu di Astro Oasis pada 30 Julai 2010..


Pada episod final ini, hanya dua Imam Muda yang layak iaitu Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur, memang kagum sangat aku dengan mereka berdua ni.

Pada asalnya aku mahu Hizbur yang menang, tapi takdir Allah SWT telah menentukan bahawa Asyraf lebih layak.. 


Imam Muda Asyraf telalh memenangi wang tunai sebanyak RM20 ribu, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah, iPhone, Macbook, percutian ke Bandung, trofi, sijil pentauliahan dan yang paling penting, mendapat jawatan sebagai Imam di Masjid di Kuala Lumpur..


Imam muda Hizbur pula walaupun tewas kepada Imam Muda Asyraf, tetap membawa pulang wang tunai RM15 ribu, pakej haji dan umrah, iPhone, Macbook, percutian ke Bandung, trofi dan sijil pentauliahan juga..

Bagi aku Program ini sangatlah menarik dan bermanfaat, ianya memberi gambaran jelas bahawa Imam itu tidak semestinya orang tua dan hanya menjadi ketua waktu solat. Banyak lagi tanggungjawab imam yang telah ditunjukkan melalui program ini. Aku harap program ini dapat diteruskan untuk kebaikan kita bersama.

Program ini juga ditonton oleh masyarakat luar negara tau! Kagum! Akan merindui program ini :')

ps: Subhanallah.. isteri mereka ni lawa-lawa.. Nampak ayu sangat.. =)

Jul 30, 2010

Komen DISQUS ku hilang, HELP!

Sebab aku tukar template, dan tetiba Disqus macam dah ubah cara nak install komen tu. Greaat.
Aku try instal Intense Debate pulak, tapi tetap tak nampak nak tekan kat mana untuk komen. Bila kilk tajuk, baru boleh jumpa itu tempat mau komen kat bawah entry.

Tension boleh?

Ada sape2 boleh tolong kah??

ps: nanges T_T

Jul 24, 2010

The Rock Tercengang



haha! walaupun dialog itu palsu, tapi kelakar lah!

ps: The Rock die hard fan =)

Insurans untuk Haiwan Peliharaan | Insurance For Pets

Hai =)

Sekarang, sudah boleh beli insurans untuk haiwan peliharaan!
Tadi ada kawan letak link benda ni kat Facebook, aku macam tertarik pulak.
Ada siapa-siapa tau maklumat lebih lanjut mengenai perkara ni?
Kalau ada boleh lah kongsi-kongsi =)


Ada yang berminat? Boleh lah tengok-tengok kat sini.

ps: macam comel je..hehe

Jul 22, 2010

KAMI MENENTANG PENIPISAN DAN KEKURANGAN AYAM DALAM NASI AYAM

Hai semua =)

Pagi-pagi lagi dah rasa gelihati hari ni. Kisahnya aku saja lah pergi search Page yang ada kat Facebook tu, kalau ada yang berkenaan sajalah aku nak Like.. hehe..




Aku rasa sangat kelakarlah Page ini! haha!
Tapi betul juga, ada di sesetengah tempat, memang nasik ayam dia semakin sadis, makin lama makin kecik je ayam..
Dia berniaga macam semua customer yang datang beli nasik ayam dia tu tengah diet. haha!

Aku dah Like dah Page ni..hahaha! Kamu? 


ps: teringat pulak aku pernah makan nasik ayam sexy, asalnya aku mintak nasik lebih, sekali dia bagi sampai semangkuk lebih..haha

Jul 21, 2010

Lagenda Budak Setan The Series

Hai =)

Filem Lagenda Budak Setan yang meletup di pawagam bulan Jun 2010 yang lalu telah disirikan! Eh betul ke ayat aku tu? Haha. 


Waktu tayangan Lagenda Budak Setan The Series adalah pada pukul 10.30 malam setiap Selasa, mulai 10 Ogos ini. Dan drama Lagenda Budak Setan ini akan ditayangkan di saluran 105 (Astro Prima).

Kalau tak silap iklan yang aku tengok tadi la..hehehehe..

ps: Adnan Sempit The Series pun dah nak habis dah..huhu


Video Pengguguran Bayi

Bukak Facebook pagi ni, ada kawan share video. 
Video pengguguran bayi.. sedih menengoknya..

Badan lembik-lembik macam jeli lagi, dah ditarik keluar..
Ish kesian lah..



Aku tak nak letak kat sini, takut ada yang ngeri pulak tengok thumbnailnya..
Jadi aku letak link je.
Video yang telah di upload kat Facebook..

Tengoklah kalau rasa diri kuat, jangan tengok kalau lemah semangat.

Jauhi zina kepada yang beragama Islam,
kepada yang non-muslim, consider safe sex will you?
Cegah percambahan benih yang menghasilkan janin itu sekiranya tidak mahu bayi itu lahir ke dunia.
Lebih baik dari bila dia sudah terbentuk, kamu buang pulak..
Kesian tau..

Ini adalah salah satu proses pengguguran bayi yang digambarkan dalam bentuk gambarajah, bolek klik untuk view lebih besar.


Kesian kan? Habis organ putus tercabut semua.. hmm..



ps: Dah dapat anak pergi buang, sedangkan ramai orang yang berhabis beribu-ribu ringgit nak dapatkan zuriat..

Jul 19, 2010

Anak Nabila Huda : Keisha Laila

Hai semua =)

Semua dah tau kan Nabila Huda dah bersalin 11 Mei 2010 hari tu?
Itu bermaksud Amy Search dah dapat cucu..hehe..
Keisha Laili namanya..

Aku sukalah tengok Nabila Huda dengan anak dia dia, comel!
Dia memang pandai pose depan kamera, itu memang aku puji.

Dan gambar dia dengan anak dia ni, memang cool lah!

Gambar ni aku ambil dari Twitter Nabila Huda.. hehe..

Dekat Harian Metro hari ni pun ada cerita dan gambar pasal Nabila Huda dan anak beliau..

ps: comelness overload!

Jul 15, 2010

Perempuan Kena Penampar Dengan Pemandu Teksi

Hai semua..

Aku sangat terkejut baca berita ni tadi. Ada ke patut pemandu teksi tu sedap-sedap je tampar anak orang, sangat kurang ajar ok!


Asalnya perempuan tu tak jadi naik sebab teksi tu tak nak caj tambang ikut meter, meter rosak katanya. Dia kata, dari Bandar Baru Sentul ke Chow Kit tambangnya RM60.

Dah perempuan tu dengar, dia cancel. Dia rasa tambang tu mahal, dia kata nak naik teksi lain. Agaknya dia nak cari teksi yang ada meter kot. Terus kena penampar sebijik.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Bandar Baru Sentul, mangsa enggan menaiki teksi berkenaan selepas pemandunya berusia lewat 40-an mengenakan caj RM60 tanpa meter. Pemandu terbabit memberi alasan meter teksinya rosak.- Harian Metro.

Pada pendapat aku, pemandu teksi yang menampar budak perempuan ni sangat tak bertanggungjawab. Patutnya, baikilah meter tu. Dan kalau tak nak baiki pun, berbudi bahasalah. Tak payahlah sampai tampar anak orang. Anak orang tu, bukan anak awak. Bukan anak kambing.  

Perbuatan pemandu teksi ni telah memalukan pemandu-pemandu teksi yang lain. Nanti lagilah orang takut nak naik teksi. Huhu.. Tak susah jadi orang baik.

ps: Arwah atok aku dulu pernah jadi pemandu teksi masa zaman aku sekolah rendah, aku selalu ikut dia masa dia bawak teksi. Yang penting masa jadi pemandu teksi adalah Budi Bahasa.

Jul 12, 2010

Ngangkung - Filem baru Shaheizy Sam

Hello =)

Semalam jalan-jalan dekat Jusco Cheras Selatan, aku ternampak poster ni dekat area Panggung Wayang TGV Jusco Cheras Selatan itu:


Bila filem Ngangkung ni akan ditayangkan ye? Dekat situ cuma ada tulis Akan Datang 2010..
Harini baru 12 Julai 2010..

Dalam poster Ngangkung ni, aku ada ternampak seekor hantu..haha..
Mungkin cerita seram, tapi muka Shaheizy Sam nampak macam lawak aje..

Sebenarnya filem ini adalah filem Komedi Seram.. Cerita lanjut mengenai filem ni dah lama dah keluar rupanya, tapi aku yang tak alert.. hehe..


Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.
Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.
Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.-Utusan Malaysia.

Ok, aku tak sabar nak tunggu filem ni keluar, dan aku harap filem ini best macam Adnan Sempit lah =)
ramai jugak yang akan membintangi filem ni, antaranya Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Eira Syazira, Putri Mardiana, Azlee dan Mazlan Pet Pet.

ps: aku layan filem dari dalam dan luar negara, nanti nak pergi tengok filem Zoo yang Mazlan Pet Pet berlakon dengan Lisa Surihani, best tak cerita tu?

Jul 8, 2010

Final World Cup 2010 - Spain VS Holland

Hai =)

Pejam celik pejam celik, World Cup 2010 dah nak habis je dah..
Dah tau dah team mana yang akan ke final..
Kena la tunggu lagi 4 tahun untuk demam bola balik..


vs

Ternyata yang akan ke final adalah Spain dan Holland, bukanlah Argentina (sob sob), Brazil, ataupun England..huhu.. Nasib baik bukan Paraguay VS Uruguay..hehe

OK, korang rasa siapa yang akan jadi juara?

-gambar hiasan..hik hik-

ps: tengok World Cup start dari 2nd round.


Jul 6, 2010

Cek Nuffnang dihantar ke rumah guna apa ye?

Hello semua =)

Nak bertanya ni, Nuff akan hantar cek ke rumah menggunakan apa ya?
Pos Laju kah?
Surat biasa kah?
Courier kah?


Saya teringin sangat nak tahu, sebab cek saya tak sampai lagi..haha..

ps: jawab ek jawab ek! :D

Jul 3, 2010

Ish! Tak habis-habis!

Hai semua =)

Aku tak tau nak mulakan entry ni macam mana..
Cuma aku ada berasa sedikit jelak malam ni.



Dari aku kecik, aku dah dihujani dengan 'fenomena berapa mana siapa bila'. Hei, term tu aku yang reka. Haha! Bunyi macam pelik kan? Tapi aku tak tau nak class kan benda tu macam mana lagi. Aku namakan dia macam tu sebab bila sampai je aku pada sesuatu tahap umur, akan bermulalah fenomena dimana ramai orang akan bertanyakan soalan-soalan.

Masa zaman aku sekolah-sekolah dulu, soalan 'berapa' adalah sangat digemari oleh masyarakat untuk diajukan pada aku. 

"Periksa dapat nombor berapa?"
"Masuk kelas nombor berapa?"
"UPSR/PMR/SPM dapat berapa?"

Pergh.. pada waktu itulah, soalan berunsurkan berapa ni memang boleh buat luruh jantung lah!
Nasib baiklah nasib aku baik untuk soalan-soalan tu..takdelah malu nak jawab..

Di perantaraan zaman sekolah dengan zaman universiti pulak, fenomena beralih arah ke soalan 'mana' pulak..

"Tingkatan 4 masuk asrama mana?"
"Lepas SPM sambung belajar mana?"
"Masuk matrik mana?"
"Dapat masuk universiti mana?"
"Sambung master kat mana?"

Soalan mana ni lagi payah nak jawab dari soalan berapa tu.. Yang paling payah sekali adalah ketika aku ditanya 'dapat masuk universiti mana' tu.. Aku akui..atas kesilapan masa matrik, aku terpaksa tanggung kepayahan nak jawab soalan tu.. Tapi aku redha, Allah tu dah aturkan yang terbaik untuk aku sebenarnya..

Masa zaman universiti pulak fenomena 'mana' tadi berkacuk sedikit 'siapa'.. 'berapa' pulak, orang sekeliling ni macam dah tak minat sangat nak tanya..

"Duk berkawan dengan siapa sekarang?"
"Siapa nama dia?"
"Dia orang mana?"

Huish..zaman ni plak, memang la sinis-sinis soalannya.. Seram-seram sejuk jugaklah nak menjawab.. Sebab fenomena ni menjurus bertanya siapakah teman istimewa aku pulak..huhu..

Ha, sekarang aku berada di fasa fenomena 'bila' pulak.. Serius cakaplah, fasa ni lah yang paling mencabar mental sekali. Fasa yang kedua ngeri selepas fenomena 'mana'. Mungkin sebab aku ini wanita biasa yang semuanya serba kekurangan..rezeki belum kunjung tiba..makanya aku rasa soalan bercirikan 'bila' ni, aku menyampah sangat nak jawab. betul, aku tak tipu.

"bila konvo?"
"sampai bila tak nak kerja?"
"bila nak kahwin?"

pheww.. soalan yang menyakitkan otak. yang konvo tu takpe lagi, sebab bukannya aku tak pernah konvo masa first degree dulu. yang tension adalah dua soalan seterusnya tu.. yang pasal kerja, bukan aku tak nak. tapi tak dapat lagi. aku malas nak jawab. yang pasal kahwin tu lagilah stress nak menjawabnya, macamlah umur aku dah 34. haih..


Dan aku yakinlah, fenomena 'bila' tu akan tetap berterusan walaupun aku dah kahwin dan seterusnya nanti.

"bila nak dapat anak ni?"

lepas tu, fenomena 'berapa' akan datang balik pulak..

"anak dah berapa?"
"gaji kau berapa sekarang?"

hidupkan berpusing macam roda, lepas 'berapa', 'mana' pulak akan datang balik..

"rumah kau kat mana sekarang?"
"anak kau belajar kat mana?"
"anak kau keje kat mana sekarang?"

then, fenomena 'mana' kacuk 'siapa' pulak datang balik.. campur dengan 'bila' jugak sikit-sikit..

"anak kau tu bila nak kawen?"
"anak kau nak kawen dengan orang mana?"
"siapa menantu kau?"
"menantu kau keje kat mana sekarang?"

ha.. lepas tu fenomena 'bila' akan datang lagi..

"bila kau nak pergi haji...?"
"bilalah masa kita nak 'pergi' pulak ye.."



hmmm.... penat + tension.

ps: entry ini adalah apa yang aku lalui.. hidup kita tidak sama =)

Jul 2, 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW


Salam Jumaat Semua =)

Harini aku nak kongsikan Khutbah Terakhir Rasulullah SAW yang aku ambil disini.
Walau dah pernah baca, bacalah lagi..
Sesungguhnya tak rugi apa-apa pun membacanya..
Hayatilah..



Khutbah Terakhir Rasulullah SAW



"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. 

SEMOGA YANG TERAKHIR LEBIH MEMAHAMI KATA-KATAKU DARI MEREKA YANG TERUS MENDENGAR DARI KU...

Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...