Pages

Jun 28, 2010

Sepagi di Hospital Kajang


Hello !


Pagi tadi, pagi-pagi lagi (peliknya susunan ayat!!), aku dah pergi ke Hospital Kajang,
hari ni aku ada appointment dengan Pegawai Dietetik..

Appointment start pukul 8.30, tapi aku sampai sana dah 8.35..
Pusing-pusing carik parking, full pulak..terpaksalah parking kat luar pagar hospital..
Tak jauh pun, jalan sikit je..

Dalam 8.45 camtu, aku masuk dalam, tengok dah ada orang jumpa kaunselor tu,
aku pun ambil nombor, aku dapat nombor 2..


Tengoklah nama aku orang tu salah tulis, ada ke Nursyazini pulak..huhu..

Lama lah jugak aku menunggu turn aku tadi, dekat 45minit kot?


Kenapa aku kena pergi menjalani Kaunseling Pemakanan pagi ni sebenarnya?
Semuanya sebab aku ni dah terlebih berat badan, dan menyebabkan aku ada masalah kesihatan sikit..

Aku adalah obese..sob sob..

2009 adalah tahun yang tidak begitu menyebelahi aku, terlalu banyak masalah datang bertimpa-timpa masa 2009, aku pulak tak pandai nak kawal stress.. ditambah pulak dengan pemergian atok aku ke Rahmatullah..
semuanya tidak berjalan lancar pada aku tahun lepas..

Jadi, aku kerap makan. Aku rasa bila makan, aku happy. Lebih-lebih lagi bukan duduk rumah, aku boleh pergi makan pukul berapa je yang aku nak, dan aku makan apa je yang suka.

Makan pulak suka lewat-lewat malam, amaun yang dimakan pulak tak boleh nak sikit..
Ha sekarang, tanggunglah bahananya..

Senang cakap, aku dah terlebih 30kg dari berat badan yang sepatutnya berdasarkan ketinggian aku 168cm ni, gila kan??
Menyesal? Ada la sikit.. tapi mungkin Allah dah rencanakan aku sesuatu, antaranya, kalau aku tak mengalami masalah gemuk ni, aku tak kan tahu yang di Hospital Kajang, ada seorang Kaunselor Diet yang sangat baik hati..hehe..

Banyak juga nasihat-nasihat dari beliau, appointment seterusnya adalah pada tarikh yang sama bulan depan..
Gila kau, dia nak tengok berat aku dah turun.. Dia gak dah bagi senarai menu makanan yang aku boleh makan..

Phew.. Aku akan harus cuba jugak, untuk sekurang-kurang mengurangkan (ayat pelik lagi??) 5-8 kg until next appointment.. kalau tak mesti kena marah T_T

Yang menjadi permasalahan sikit sekarang adalah kecekalan hati, itu aje.
Aku berharap aku dapat bertahan! Target? Nak nampak cantik pakai baju pengantin..ahaks!

Wish me luck!


Selamat tinggal lemak-lemak ku =)

Jun 20, 2010

Mawi arah drama : Pak Nil Mak Kirim Salam

Hello semua =)

Ada terbaca sesuatu yang agak menarik di Harian Metro hari ni..
Raja SMS kita, Mawi,  nak mengarah drama! Hehe..

Pernah terfikir, sampai bila saya jadi penyanyi kegilaan ramai sedangkan saingan sangat sengit. Tambahan pula industri muzik tidak berapa mengizinkan saya terus mencipta nama-Mawi-Harian Metro.


Dari apa yang dia terangkan sedikit sebanyak mengenai jalan cerita drama tu, macam menarik.
Tajuknya "Pak Nil Mak Kirim Salam". Skrip drama ini ditulis oleh Mawi sendiri, Aznil Hj Nawawi akan turut berlakon dalam drama ni nanti..



Drama itu nanti kisahnya mengenai seorang pemuda pergi mencari Aznil untuk memberitahu yang mak dia suruh kirim salam, di mana kisah ini kata Mawi berdasarkan pengalaman hidup dia sendiri sebagai seorang selebriti terkenal..hehe..

Kata Mawi lagi, drama ni lebih kepada unsur komedi, tapi akan disertakan juga elemen-elemen yang boleh meruntun perasaan gitu..

Semoga Mawi berjaya  menyudahkan drama ni untuk tontonan Aidilfitri nanti yang akan ditayangkan di Astro Ria.. Kepada peminat-peminat Mawi, take note ok! Jangan lupa menonton drama ni nanti!

ps: Teringat pulak kat filem Aduh Saleha yang tak siap tu..ke dah siap?

Jun 17, 2010

Azrinaz Mazhar Hakim diceraikan Sultan Brunei

-gambar dari Google-


Hello Semua =)

Dikala aku tengah ber facebook melayan mereka-mereka yang frust Sepanyol kalah menentang Swiss 0-1 pada malam ni, aku ada terbaca Tweet dari bro Budiey yang mengatakan bahawa bekas wartawan TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, telah diceraikan talak 1 oleh Sultan Brunei.. Kiranya, Azrinaz Mazhar Hakim ni, dah sah bercerai dengan Sultan Brunei sekarang..

Aduss..
Penceraian tu siap diumumkan di web TV (Radio Televisyen Brunei)..

Untuk pengumuman tu, korang boleh lah berkunjung ke blog Budiey, disitu ada linknya..

ps: gerimis mengundang~

Jun 16, 2010

Album Sawancara Aznil dan Din Beramboi

Hello Readers =)

Dua bulan setengah sudah berlalu Arwah Din Beramboi meninggalkan kita, kadang-kadang rasa rindu pulak nak dengar dia mengarut pagi-pagi di radio ERA..


Memang tak dinafikan, aku adalah salah seorang peminat setia segmen Sawancara yang dikendalikan oleh Aznil Hj Nawawi dan Arwah Din Beramboi.. Memang kelakar habislah! Arwah Din Beramboi sangat kreatif! 

Pak Nil ada menceritakan asal usul sawancara ini yang sebenarnya dah bermula hampir 15 tahun lalu lagi di Metro. Banyak sejarah di sebalik Sawancara ini yang aku tak tahu, terima kasih Pak Nil sebab sudi bercerita :)

Paknil bangga kerana apa yang terhasil dalam Sawancara ini adalah hasil usaha kami berdua sendiri dengan bantuan dan kepercayaan pihak pengurusan Era. Jika ada yang menyarankan agar sawancara ini diteruskan di slot Riuh Pagi Era, mungkin Paknil terpaksa berfikir sepuluh kali. Bukan kerana Paknil tidak mampu melakukan perkara yang sama dengan pelawak lain tetapi bagi Paknil, Din sudah meletakkan tahap kerja yang sukar ditandingi orang lain. Lagi pun, nadi untuk Sawancara ini ada pada Din dan Din sudah membawa nadi itu bersamanya- Aznil Hj Nawawi, Harian Metro .

Betul tu Pak Nil, bukan niat mahu membeza-bezakan, tapi memang Arwah Din Beramboi seorang yang sangat hebatlah! Pada pendapat aku, lebih baik jangan dibuat Sawancara ni dengan orang lain. Sebabnya:

1) Nanti orang baru itu akan dibeza-bezakan oleh pendengar, mesti dia kecil hati.
2) Biarlah Sawancara itu menjadi kenangan khas untuk Arwah Din Beramboi..


Beberapa hari  lepas juga, album Sawancara ini telah pun dilancarkan..yea!
Aku mesti dapatkan album Sawancara ni!
Macam mak aku cakap, sekurang-kurangnya, kalau boring2 masa drive bolehlah pasang!

Mungkin ada yang cakap, nanti kalau pasang hari-hari bosanlah lama-lama nanti..
Ala senang je, tak payah pasang hari-hari..hehe.. Hari lain dengarlah radio macam biasa..kan?

Perancangan untuk album ni ok jugak, sebab Album Sawancara ni nanti akan dijual dalam dua pakej,
iaitu pakej full yang memuatkan 30 Sawancara, dan juga pakej budget, yang hanya ada 15 Sawancara.

"Album ini mempunyai dua pakej yang masing-masing berharga RM19.90 dan RM9.90 yang mana kita memberi peluang kepada semua golongan untuk mendapatkannya mengikut kemampuan mereka" , Norman Abdul Halim, selaku pengedar album tersebut. - mStar Online.

Album ini juga katanya boleh didapati di kedai menjual cakerapadat berhampiran anda..heheh..
Aku nak kumpul duit la, nak beli.. Eh dah 24 tahun pun kena kumpul duit? haha!

ps: belilah yang original!

Jun 14, 2010

Novel Lagenda Budak Setan Ahadiat Akashah

Hello Readers! =)

Hari ni 14 June 2010, beerti, dah 11 hari filem Lagenda Budak Setan ditayangkan di pawagam..
Tapi, aku masih belum berkesempatan menonton *nanges*..


Macam-macam respon aku dah dengar mengenai filem ni, ada yang puji, ada yang dah pergi tonton 2-3 kali, ada yang kata bosan, ada yang siap kutuk-kutuk lagi.. Hmm.. semua tu menambahkan lagi perasaan meluap-luap aku nak pergi menonton filem ni, cuma masa je yang tak mengizinkan lagi..hehe..

Disebabkan filem Lagenda Budak Setan ini jugaklah, begitu ramai orang yang bertanyakan 1 soalan ni pada aku memandangkan aku ada menjual novel-novel terpakai..

"Novel Lagenda Budak Setan ada tak?"

Hehehe..serius, ramai yang nak beli Novel itu sekarang ni, malangnya, tak ada sesiapa pun yang nak tolak buku tu kat aku sekarang. Wah gitu, kalau jual harga tinggi pun, aku rasa mesti ada yang sanggup beli~!

Aku pernah baca novel tu masa sekolah-sekolah dulu, tapi dah lama sangat masa berlalu, aku dah lupa jalan ceritanya. Mungkin orang lain pun sama, jadi kalau boleh nak baca dulu novelnya, sebelum pergi menonton di pawagam. Jadi, takdelah rasa tercangak-cangak masa menonton..huhu..


Jadi kesimpulannya, aku rasa Novel Lagenda Budak Setan ni bolehlah dicetak semula oleh publisher nya.. Sebab, mesti ramai yang akan beli..kan? Lepas tu kat cover Novel yang cetakan terkini tu, bolehlah letak gambar Lisa Surihani..wewit!

ps: bilalah nak pergi tengok wayang ni...

updated: sudah ada inisiatif mencetak novel ni rupenya, aku baru tau. weee! suke! akan kumpul duit untuk membelinye! ;)

Jun 11, 2010

Tips Menyuruh Orang di Sebelah Diam Ketika Anda Memandu

Hello semua =)

Pernah rasa tension ketika memandu dan orang yang duduk di sebelah anda asyik membebel/bercakap sampai hilang konsentrasi anda dalam pemanduan?
Bertanya itu ini kepada anda yang dahlah sedang pening kepala memandu?
Lebih-lebih lagi dalam kesesakan lalu lintas?



Anda nak suruh dia diam tapi takut dia kecik hati?

Ya kini jalan penyelesaian terhadap masalah itu sudah berjaya ditemui!
Pasanglah Tali Mulut Keledar di kereta anda~!
Boleh didapati di kedai aksesori kereta berhampiran!


Pasti dia diam. hahaha~!

ps: cerita hanyalah rekaan semata-mata sahaja =)

Jun 10, 2010

Facebook yang Kepoh

Hello semua =)



Pagi ni sejuk la kat sini, rasa macam dalam peti ais! haha..

Em, masa tengah buka Facebook tadi, aku baru terperasan sesuatu..
Facebook akan keluarkan dekat wall kita untuk memberitahu, ada kawan-kawan kita yang tukar profile picture..haha!


Kelakar la FB ni, itu pun nak bagitau kita..hehe..
Perlu ke kita tau?
Kepoh jugak Facebook ni ye? 
Heeee :D

ps: aku blurkan muka diorang, takut ada yang marah pulak sebab femeskan muka diorang kat sini..huhu

Jun 7, 2010

Perasaan Bercampur-baur

Hai semua =)

Aku tidaklah sekreatif blogger lain, yang bila ada depan keyboard je, idea terus meleleh-leleh keluar..
Aku tak macam tu, aku tak expert.

Jadi, dengan kondisi badan yang sedikit penat, aku rasa macam nak update blog ni susah sangat..
Idea tersumbat..

So karang aku dah tak penat, aku update la.

=)

Jun 3, 2010

Murid Maut Makan Gam?

Hello Semua..

Wah, terkejut aku baca Metro harini.. Seorang murid sekolah di Alor Setar maut setelah memakan gam!
Kawan dia nak gurau-gurau dengan dia, kawan dia kata gam tu jeli, lepas kawan dia bagi je, terus dia makan..



Namun, dia dipercayai mati bukan sebab gam tu. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun memberitahu laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalam selaput otak.
“Mangsa turut menghidap asma dan hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam selaput otak. Punca kematian mangsa tiada kena mengena dengan gam gel berkenaan,” katanya. Katanya, penyakit itu mungkin sudah lama dihidapi mangsa dan hanya menunggu masa untuk menyebabkan kematiannya-Harian Metro.

Kiranya, gam tu macam penyebab kematian dia ajelah.. Mesti kawan dia  trauma kan? Walaupun orang tak kata dia yang bunuh kawan dia, tapi seolah-olah dia penyebab..

Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, mak aku selalu pesan, jangan bergurau lebih2, nanti nangis..
Itulah, benda dah nak jadi nak buat macam mana, tapi nasihatkanlah adik-adik/anak-anak supaya jangan buat perkara yang bukan-bukan kat kawan-kawan..

ps: teringat pulak, dulu ada kes budak mulut jadi bengkak sebab kawan dia letak air kencing dalam botol air dia..

Jun 2, 2010

Spontan Musim 2

Hello readers! =)

Bermulanya 31 Mei 2010, rancangan Spontan Musim Ke 2 sudah mula ditayangkan di Astro Warna..
Waktu tayangan Spontan 2 ini adalah pada pukul 9.30 malam..

Spontan musim ke dua ni, nampak berbeza dari yang pertama, lebih ceria setnya! Kalau dulu, latar belakang dia ada tirai merah je, yang musim kedua ni, set dia berwarna-warni la jugak. Cantik!

Seperti yang semua orang tau, Spontan musim pertama dulu, Arwah Din Beramboi merupakan salah seorang pemain wajib..


Tapi, dia dah meninggal..sob sob..
Maka, tempat pemain wajib tu digantikan dengan Nabil..


Selain tu, tiga lagi pemain wajib yang lama masih dikekalkan..

Mereka adalah Abang Afdlin Shauki kita:


Zizan yang handsome..hehe:


Dan Douglas Lim yang selalu blur..hehe:


Host rancangan itu, kalau dulu dia dipanggil The Mengandung Girl, pun masih dikekalkan, iaitu Sharifah Shahira:



Episod pertama Spontan 2 ni, diorang buat khas, Tribute to Din Beramboi..
Memang Arwah Din adalah pemain Spontan yang paling best la! Itu memang tak dapat disangkal!
Jadi pada episod pertama tu, di penghujung rancangan, diorang ada pasang sedutan masa Din Beramboi bermain untuk Spontan musim pertama dulu..

Huhu..nak gelak pun ada, sedih pun ada..huk huk..
Bagi pendapat peribadi aku, dalam banyak-banyak episod yang pernah Arwah Din Beramboi main, aku paling suka yang dia jual Telinga Syaitan dalam permainan jurujual langsung! ahaha! aku memang tak sangka langsung yang dia akan cakap side mirror tu sebagai Telinga Syaitan! Sangatkreatif lah otak beliau! hahaha!

Tapi itulah...kena terima yang dia dah tak ada..

Walaupun pemain yang paling best tu dah tak ada, aku tetap akan tengok Spontan 2,
yang lain-lain pun ok jugak, kan?

ps: Din Beramboi Lagenda di hatiku~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...