Pages

May 30, 2010

Sumpah, aku tak kenal dia.

Hello Semua =)

Tahukah anda apa/siapa itu Bon Hj Jasman?
Kerana aku tak tahu. 
Aku try search kat internet, tak jumpa pulak.

Aku ada tertinggal berita best mengenai Bon Hj Jasman ni ke ye?

Sebab pagi tadi aku tengok keyword kat Nuffnang,


memula tengok macam nak gelak pun ada..
huhuhu...

ps: entry merepek di pagi Ahad yang redup redup syahdu~

May 29, 2010

Punca Gadis Dilarikan Lelaki Lombok

Hello Bloggers~!

Makin hari, makin ramai pulak adik-adik, kakak-kakak, anak-anak, yang melarikan diri ke Lombok. Melarikan diri ke? Ke dilarikan? Kenapa Lombok? Kenapa bila masuk berita je, dilarikan oleh Jejaka Lombok. 



-ini sah-sah bukan lelaki Lombok-

Lepas tu yang hairannya, bila dah lari, mintak tolong suruh bawak balik ke Malaysia pulak. Masa nak naik bot lari tu, ada teringat kat mak abah tak? Ada tak terfikir, ingat murah ke kos nak bawak kamu balik? Ingat prosedur dia senang? Ingat duit yang diperuntuk tu, tak ada kegunaan kat orang lain?

Aih.. Rupanya bukan salah gadis kita 100%.. 
Pendapat orang lain aku tak tau lah, bagi aku, sama-sama salah, kalau tak suka, tak kan boleh ikut sampai ke sana. Tapi, rupa-rupanya, memang adat lelaki-lelaki Lombok ni, kalau berkenan nak memperisterikan anak dara/janda orang, kena bawak lari dulu. Itu ADAT mereka turun temurun, simbol kejantanan lelaki suku Sasak.

“Memang diakui kami melarikan gadis untuk dijadikan pasangan hidup sama ada dia suka atau tidak. Contohnya dengan berpura-pura bermaksud baik kononnya mahu menghantar seseorang gadis pulang ke rumah, tapi gadis itu akan dilarikan ke rumah keluarga atau saudara lelaki itu. 
“Kemudian, gadis itu akan ‘disimpan’ untuk tempoh tertentu, biasanya seminggu hingga dua minggu sementara keluarga pihak lelaki melakukan perundingan mahar dengan keluarga pihak perempuan. Pihak lelaki yang mempunyai kuasa dalam sebarang keputusan - Harian Metro


Pepatah dulu-dulu ada berbunyi, biar mati anak, jangan mati adat. Tapi kalau sedap2 je bawak lari anak dara orang untuk disimpan, biarlah adat yang mati kot, dari anak yang hilang.

Ish, mintak simpang jauh2...

ps: masih meminati lelaki Malaysia.

May 17, 2010

Kena tunjuk MyKad & Sijil Nikah untuk membeli gula

hello semua =)

Memang aku nak tergelak pun ada bila baca berita ni tadi.

Seorang lelaki yang berasal dari Kelantan, ditegah untuk membeli gula kat Terengganu.
Peniaga tu siap mintak myKad lelaki tu, bila dia tengok nombor myKad lelaki tu ada '03' kat tengah,
dia kata lelaki tu tak boleh beli, dia hanya jual dekat rakyat Terengganu sahaja..

Haha!


Lepas tu, lelaki tu pergi la kedai lain dengan isteri dia..
Lagi dasyat dari kedai tadi, peniaga tu mintak sijil nikah diorang pulak sebab dia tak percaya diorang tu suami isteri.. alasan dia sebab perempuan tu kecik..

Lepas dah tunjuk sijil nikah dan myKad, barulah diorang dapat beli 1KG gula..

Gila kan?

May 16, 2010

Unwell




Sejak dari pagi tadi, rasa macam tak berapa nak sihat..
Rasa sejuk-sejuk, rase gigil-gigil..
Rasa tak sedap badan, dan juga pening-pening..
Rasa tak larat nak berdiri lama-lama..
Juga rasa bila berdiri asyik nak tumbang..

Jantung asyik berdebar-debar aje..
Mood asyik swing...


:(

May 14, 2010

Kemalangan Kereta Stacy AF6: Kereta Menang AF Remuk

Hai semua =)


Kereta yang dimenangi Stacy setelah berjaya menjadi juara Akademi Fantasia musim ke 6 dulu telah pun rosak dan remuk akibat kemalangan. Mengikut sumber, kereta Peugeot 307 bernilai lebih RM70,000 tu terbabas dan melanggar pembahagi jalan..


Mujur Stacy tak ada apa-apa, sebab Stacy tak ada pun dalam kereta tu, abang dia yang bawa masa tu!




Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai ‘berpantang maut sebelum ajal’, Stacy berkata, dia sering terkenangkan kereta dihadiahkan kepadanya itu, namun lega nyawa abangnya tidak melayang bersama kenderaan dipandunya-Harian Metro


Maunya tak terkenang, dahlah hadiah kejuaraan, mahal pulak tu, orang lain pulak yang eksidenkan..aih..
tapi bak kata Stacy la, nasib baik abang dia tak apa-apa..


Tinggal kenangan ajelah nampaknya..

ps: berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang..

May 11, 2010

Nabila Huda Selamat Bersalin



Semua semacam dah tau yang anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy search sarat mengandungkan anak sulung. Dan kalau mengikut Twitter Nabila Huda, semalam dia sudah sakit nak beranak, dan pergi ke Hospital..


dan baru kejap tadi pulak, aku terbaca Amanda Misbun Tweet, yang Nabila Huda sudah selamat bersalin.


kalau betul, aku nak ucapkan tahniah la kat Nabila Huda sebab dah dapat baby!
Kalau mengikut yang dia selalu tulis, anak dia perempuan..
mesti comel!

Amy Search dah dapat cucu! Weehuu!

ps: tak sabar nak tengok gambar anak Nabila Huda dan cucu Amy Search itu!

May 10, 2010

Make Up Online

Salam semua =)

Minggu baru bermula lagi..
Dan aku mulakan minggu baru aku punya entry dengan spastik..haha

Benda ni diperkenalkan oleh kawan baik aku masa sekolah dulu, 
menggunakan alat solek pada muka, tapi tak payah keluar sesen duit pun..hehe..
Ala, mungkin aku yang terlambat tau pasal hal ni, mesti korang semua dah tau dah pun pasal ni kan?

Saje la aku nak tunjuk, bahawa walaupun tak guna alat solek sebenar, aku masih TAK BERBAKAT bab-bab make up ni..adess.. Ya, aku masih memerlukan mak andam masa kahwin nanti, tak boleh make up sendiri..hoho..

Ini adalah muka aku tanpa make up:


Muka senyum terpaksa sebab aku penat kejap2 apek tu suruh angkat kepala, kejap2 suruh tunduk..ok2 itu bukan topiknya..

Ini percubaan pertama aku make up online tu:

Huhu.. nampak beza kan?
Walaupun aku mekap tak cantik jugak..huk huk..

Lepas tu aku pun main-main la dengan mekap2 tu..hihi..

a) drag menjadi pondan.. haha

b) pesakit mental

c) black metal? :

d) orang sakit

Haha..
itulah jadinya bila banyak masa terluang..
aku jugak penah make up Elin dulu..heheh..

Korang nak cuba, silakan.. ngeee..

ps: semuanya adalah sekadar main2 sahaja, tuan blog ini belum lagi gila..

May 9, 2010

Emak Syazni

Salam semua =)

Ini adalah seorang perempuan yang melahirkan saya 24 tahun 4 bulan yang lepas (lebih kurang la)..

Ketika gambar ni diambil, beliau berumur 49 tahun+..

Sebagai anak sulung, saya sempat mengikuti transformasi emak saya ini, 
dari beliau muda sehinggalah hari ini..
Transformasi dari segi fizikal beliau, kisah hidup beliau, susah senang beliau..
Mungkin itulah untungnya menjadi anak sulung..
saya sempat melihat mak saya ketika beliau masih cun dan muda,
mengandungkan adik-adik saya..
sampailah sekarang rambutnya tidak lagi hitam sepenuhnya..ada uban-uban yang menumpang..
ada kedut-kedut kecil di wajahnya..
ada ubat-ubat yang terpaksa beliau makan setiap hari..
banyak perubahannya..

Semenjak saya lahir lagi, memang dah lali dah bila orang tak percaya saya anak beliau,
sampailah baru sekejap tadi kami pergi membeli mesin basuh, 
Cina tu tak percaya kami anak beranak..haha!

Okey aku dah penat taip perkataan saya.
Aku dengan mak aku ni, memang tak sama langsung dari segi fizikal.
1% pun tak sama.. Dari aku kecik, orang akan ingat mak aku tu bawak anak orang lain jalan2..
Sebab mak aku putih kemerah-merahan.. Muka dia macam Cina, masa muda lagi la nampak kecinaan dia,
sedangkan atuk ngan nenek aku bukanlah ada darah cina pun..

Aku pulak? Aku pulak tersangatlah hitam. 
Masa aku kecik, orang ingat aku Chindian..sabar ajelah!
Sebab aku ikut keturunan bapak aku.. Muka aku ni memang banyak sangat2lah ikut belah bapak aku..

1 je yang aku ikut mak aku, kami berdarah O..adik-adik aku semua ikut darah bapak aku, 
walaupun mereka lebih putih, dan lebih mirip emak aku..huhu..
Walaupun orang selalu tak percaya beliau ini mak aku, tapi inilah emak aku..
Yang aku sayang..dan yang selalu marah aku bila aku jahat masa kecik..
berbirat-birat belakang badan kena sebat sebab tak suka buat homework..

Mak aku ni tegas orangnya masa muda dulu,
aku memang duduk dalam kepompong yang mak aku cipta, tapi bila dah besar ni,
baru lah nampak hasilnya duduk dalam kepompong itu..
mungkin kalau mak aku jaga aku ni secara halai-balai je, 
mungkin sekarang aku adalah seorang minah rempit terulung dan dah banyak bayi aku sepah-sepahkan?
Okey, mungkin terlalu sarkastik,
mungkin aku sekarang tak belajar sampai ke peringkat master..

Kalau nak tulis betapa kukuhnya konkrit memori kenangan antara aku dan mak aku kat blog yang tak berapa nak indah ini, mungkin korang akan muak membacanya.. terlalu banyak!

Mak, terima kasih sebab sampai sekarang mak yang masih masak dan basuhkan Nie punya kain baju (guna machine)..hehe.. Eh tapi aku tolong la jugak.. heee..

Mak, selamat hari ibu lah ye.. 
Hari ibu setahun sekali,
Tapi Nie sayang mak hari-hari..

=)

May 7, 2010

Sudah letih dengan gemuk


Salam semua =)

Serius aku katakan, aku sudah letih dengan berat badan aku sekarang.

Pertama: Aku bosan sebab fesyen pemakaian aku terhad.
Kedua: Banyak sangat lemak berlebihan, bila aku senyum pun, nampak lemak lebih bawah dagu :(
Ketiga: Aku rasa alignment badan aku berjalan dah tak betul, aku dapat rasakan betapa hodohnya aku berjalan.
Keempat: Tumit aku dah mulai sakit, doktor kata sebab berat badan yang berat!!
Kelima: Aku rasa aku nampak tua dari usia.
Keenam: Orang dari kedai pelansingan badan/jual pil kurus selalu sekat aku berjalan dan bagi aku pamplet.
Ketujuh: Orang dari kedai alat senaman pun selalu bagi aku pamplet.
Kelapan: Bila aku masuk kedai baju, orang akan sajeskan aku pakaian bersaiz besar punya!
Kesembilan: Aku rasa dah tak reti nak posing cemane masa amek gambar, sebab banyak lemak-lemak!
Kesepuluh: Aku rindu aku yang dulu, yang berbadan ideal..uhuk..

Tengok, gemuknya aku!

Itu muka yang selebar pinggan, perut one pack..aih..

Aku juga dah muak bila orang tegur:

"Apa menjadi-jadi naik badan kau Nie?"
"Sazeni besaq no la ni"
"Hai..makin sehat nampak"
"Bahagia nampak!"
"Senang hati ke..badan naik"
"Cubalah control makan sikit.."
dll..

Baiklah!
Aku dah rancang dengan mak, aku dah lantik mak jadi pengurus diet aku..
Aku nak beli produk Dr Rozmey diet sediet dietnya~!
Aku berharap sangat iman aku kuat untuk kawal nafsu makan aku..
Aku tak nak stress2..
Aku nak buat sit up hari2..
Sebab aku tak mampu nak beli ubat Dr Rozmey tu..mahal sangat!!!
Nak pergi London Bodyweight pun, setakat bekerja sendiri [cewah!],
memang tak mampu..
Sendayu Tinggi? Tak mampu jugak..

Aku kena cekalkan hati!
Aku kena kembali seperti dulu!
Waktu aku sekolah..
Waktu mula-mula Zaimi tackle aku..awww...hehe

Kawan-kawan, doakan aku berjaya ye?
Mulai esok jugak aku nak catit berat aku..aku nak buang 25kg..
Ya Allah bantulah aku..
Amin..

ps: korang tak suka entry ni? tak suke xpelah.. T_T

Kurang Tidur: Boleh Mati Awal




Aku terbaca 1 artikel kat Metro harini, 
yang bagi aku walaupun artikel tu pendek, tapi boleh wat aku terfikir..huhu

Satu kajian dibuat di London, bahawa, jika seseorang tu kurang tidur,
boleh membawa kepada pendek umur..

Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.

Dalam kajian yang sama, mereka kata jika tidur berlebihan, seperti lebih dari 9 jam sehari pun, boleh membawa kepada mati awal..

Huhuhu..aku kadang-kadang terlebih tidur..haha!
Tapi, kajian ni macam tak berapa nak tepat aje lah, atau mungkin aku yang tak berapa faham mati awal tu, dia maksudkan umur berapa tahun.. sebab, mak kepada abah aku, masa dia muda-muda dulu, dia orang susah.. dia buat macam-macam kerja untuk sara anak dia 7 orang lepas suami dia meninggal masa dia muda lagi.. jadi mengikut penceritaan abah aku, dan dia sendiri, dia kata dia selalu tidur lewat, dalam pukul 11 baru tidur.. pastu, pukul 4 pagi dah bangun pulak nak buat kuih nak jual..

Lepas siap kuih, pergi hantar anak-anak ke sekolah pulak, naik basikal.. berulang alik banyak kali.. lepas tu, sambung jual kuih, lepas habis kuih, pergi amek upah kat rumah orang plak, samada basuh pinggan ke, kopek udang ke..macam-macam..

Tengahari, dia ulang alik lagi jemput anak-anak.. Petang sikit, buat kuih untuk jual petang pulak..sampai la ke senja, masa tu rehat sikit.. malam pulak, masak untuk anak-anak dan siapkan upah menjahit pulak.. Pukul 11 baru tidur.. Macam tu lah hari-hari, kalau cuti sekolah, aktiviti dia tukar sikit, dari ulang alik hantar anak tu, jadi amek upah basuh pinggan dan periuk rumah orang kawen pulak..

Tapi tak mati awal pun dia, sekarang ada lagi, umur dah 78..hehe..

ps: ajal maut di tangan Allah.. jagalah pemakanan untuk lebih sihat, dan amalkan gaya hidup sihat!~

May 5, 2010

Pekerja Kaunter Pejabat Pos Terlalu Garang!

Salam semua =)

Lewat pagi tadi, aku pergi Pejabat Pos..
Ada orang beli buku di Kedai Buku Online aku tu, syukur!



Lepas ambil angka giliran apa semua, aku pun duduk la tunggu turn, ada 10 orang lagi sebelum aku..
Ting tong.. Angka giliran tu berubah, bangunlah seorang Uncle keturunan India,
lebih kurang baya abah aku kot.. Dia nak buat urusan apa aku tak pasti, tapi aku rasa ada kaitan dengan kirim duit..

Punyalah kuat suara minah yang jaga kaunter tu bercakap dengan uncle tu, dia marah sebab dia batak tak dapat nak baca tulisan yang atas sampul tu.. Dia kata tulisan hodoh, dia suruh uncle tu eja, Uncle tu eja la.. Nama penerima tu pulak rasanya memang nama orang India yang klasik, jadi agak panjang dan susah disebut. Pastu dia marah-marah lagi uncle tu, tak kan la tulisan sendiri pun tak boleh baca.

Uncle tu kata la, ini anak dia yang minta tolong dia, tu tulisan anak dia, bukan tulisan dia.
Minah tu sound lagi, "lain kali, suruh la dia datang sendiri, tak pun tulis la senonoh sikit"

Uncle tu macam malu dah, terus bini dia pun yang duduk terus datang kat dia, minah tu bising-bising lagi,
"Aunty boleh tak baca tulisan buruk macam ni? Lain kali tulis elok-elok la, tak de la susah!"
Aunty tu senyum kelat je, terus Uncle tu kata nanti la dia nak suruh anak dia datang sendiri.. Muka dah sedih dah..

Minah tu bising lagi, "Tak pun, bawak la fotostat IC ke apa ke, takdela sakit mata saya ni"

Apa yang aku hairan, kat depan minah tu punya kaunter, ada tertampal beberapa etika kerja, antaranya (lebih kurang, sebab aku tak hafal):

Will help you with warmth and respect.


Aku rasa macam nak terajang aje minah tu. Perlu ke dia tengking2 uncle tu? Perlu ke cakap kuat2, sampai aku yang duduk jauh dari kaunter tu pun dengar? Perlu ke kurang ajar dengan orang tua? Tak reti cakap baik2 ke?

Serius aku tak suka cara minah tu. Bukan uncle tu aje kena marah, ada sorang lagi pakcik pun dia perli2 macam dia hebat sangat, macam dia tu lah PENGARAH POS MALAYSIA. Serius tak ada budi bahasa, buat malu melayu je..ciss..

ps: Inilah orang cakap, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

May 2, 2010

Teh Tarik RM2.20

Salam semua =)

Aku rasa kena tipu la, serius.
Semua gara-gara aku terlalu teruja nak try macam mana rasanya air teh tarik dalam tin yang dijual di sebuah kedai 24jam di Semenyih Sentral.. Rasa nak gelak pun ada..haha

Alkisahnya aku ternampak air ni dalam peti ais kedai tu, nampak macam comel je, kira first time la aku nampak tu.. Tin dia ada gambar mamak tengah tarik teh, misai dia nala punya pintal..haha


Aku tengok harga dia, RM1.50. 
Okeyla aku cakap, lebih 30sen je kalau beli yang bungkus kat kedai mamak, sebab nak try aje.


Pastu dah bawak gi kaunter, budak tu punch harga dia RM2.20..
Ngaaa! Lebih 70sen tu!
Gila dah sampai kat kaunter aku malu pulak kata tak jadi amek..

Sedih gila.. aku malas nak marah kat budak tu, mungkin pelekat harga dia yang salah, sebab masa dia punch tu, dia scan bar code..Maknanya dalam sistem dia, air tu memang berharga RM2.20, bukan RM1.50..
Tapi aku cakap la kat budak tu, kat tin ngan kat peti, air ni tertulis harga dia RM1.50.. Budak tu cuma cakap, ''Ye ke?".. 

Senak jugak la hati aku memikirkan kemahalan air yang aku beli ni, kalau aku tau la aku nak kena kuar duit sampai RM2.20, baiklah aku singgah kat Ibrahim Maju tu beli teh ais bungkus, sah-sah dah murah dan yang penting kuantiti dia BANYAK. Tak adalah 5-6 kali sedut aje dah habis..

Serius aku rasa rugi sangat 70sen aku tu..aih..

May 1, 2010

Air Bukit Lebuhraya SILK

Salam semua =)

Dah banyak tahun dah sejak highway SILK ni siap, aku selalu nampak orang berhenti kat tepi jalan, tadah air dari 1 bukit yang telah dibelah dua tu. Bukit tu dipotong dua, sebab nak buat jalan.. Kalau dari Balakong, masuk highway SILK ni, bukit ni dekat dengan simpang untuk turun ke Semenyih, kalau terus, pergi Putrajaya yang melalui Bangi..




Memang ramai la yang suka tadah air bukit tu.. Semalam, aku dengan adik lelaki aku kebetulan ada botol kosong masa lalu situ, kitorang pun tumpang sekaki.. heheh..


Adik aku dengan spek barunya, yang dibeli di Pudu..haha..
Botol susu tu aje yang ada masa tu, sebab aku baru beli dan habiskan.. 


Aku tak tau siapa, tapi ada pihak yang memang tau kat bukit ni ada air mineral mengalir, maka diorang siap-siap dah letakkan getah paip, jadi senang la nak tadah air tu.. Memang tempat ni tak ada bau apa-apa, air dia jernih gila.. aku try minum, rasa dia macam air mineral la, cuma manis2 sikit.. Hari ni mak aku suruh tadah lagi..haha..

Tapi jangan la main redah je minum air tu, bacalah Bismillah dulu..ye? 

=)

ps: siapa penah daki bukit/gunung tinggi2, pastu minum air sungai dia yang tak tercemar tu? Ha macam tu lah rasa air ni.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...