Pages

Apr 26, 2010

Teka-Teki

Salam semua =)

Dah 2 hari internet aku tak boleh connect, kenapa entahlah..
Makanya hari ni aku tak ada mood idea nak update blog..

Aku ada teka-teki, sape dapat jawab aku bagi tepukan..haha..
Kenapa diver masa nak menyelam, dari atas bot, dia terjun ke belakang, 
bukan ke depan?


Dah namanya teka-teki, bukan soalan exam..
Jadi tak payah nak jawab logik2 sangat la..hehe..

ps: BN menang la semalam! 



Apr 24, 2010

Super Granny 4: Nenek Terlampau

Salam semua =)

Hari ni aku nak review satu lagi game yang ada aku install dalam laptop aku ni,
tapi ini bukanlah review yang boleh dibuat rujukan, aku sekadar cerita apa yang aku tau aje tau.
Game yang aku maksudkan adalah Super Granny 4, yang perkataan Nenek Terlampau tu aku yang bagi sendiri, sebab nenek ini memang terlalu hebat beraksi! Serius! Tak kena dengan umur dia..haha..
*gambar2 boleh di klik untuk dibesarkan*


Game ni kisahnya mengenai seorang nenek yang sangat marah sebab ada satu kilang ni, dia bunuh kucing-kucing, dan menggunakan bulu-bulu kucing tu untuk buat pakaian.. jadi, nenek ni dan rakan-rakannya yang juga golongan nenek-nenek, menjadi hero menyelamatkan kucing-kucing itu..

Game ni nak main kena guna keyboard,bukan mouse.. Bagi aku, game macam ni payah sikit sebab aku tak cekap sangat main guna keyboard ni, selalu tersalah tekan..haha.. Yang comelnya game ni, arahan bukan setakat boleh dibaca je, tapi ada suara nenek ni sekali, seolah2 macam bercakap dengan kita.. Kalau dia berjaya, dia siap cakap nak pergi minum sarsaparilla.. Kalau tak silap aku dengar la..haha


Level starting, dia ada ajar macam mana nak main, macam mana nak selamatkan kucing, gali lubang, panjat tangga, dan apa yang perlu ditekan di keyboard untuk buat semua itu.

Untuk selamatkan kucing, nenek tu harus pergi berjalan ke arah kucing tu, dan kucing tu akan secara automatiknya mengikut nenek tu, dan nenek tu harus bawa kucing tu ke pintu gerbang yang tertulis MEOW, nanti kucing tu masuk dalam gerbang tu. 


Lagi banyak kucing yang dibawa serentak, lagi banyak markah combo yang kita dapat.. lepas tu, disamping memungut kucing2 tu, kita juga boleh la kutip sebanyak mana souvenir yang ada di sekeliling, boleh la dapat markah tambahan..

Seperti biasa, semakin tinggi level semakin banyak la halangan untuk si nenek ni menyelamatkan kucing2 tu, dan makin tinggi level, nenek ni boleh bergabung tenaga dengan rakan-rakannya, kira boleh tukar2 nenek la, dengan menekan butang ctrl..

Macam level yang aku tengah main sekarang ni, halangan dia ada Gangster dan Anjing.. Gangster tu boleh dipukul dengan kuali yang dikutip.. huhu..


Disebabkan aku tak mahir sangat main guna keyboard ni, level ni pon aku rasa macam payah je..hehe..
Asyikla Granny Fell.. huhu..


Sesape yang suka game adventure, boleh try main kot? COmel gak game ni *wink*

ps: nasib baik nenek aku tak selincah ni..hihi

Apr 22, 2010

KIN One

Salam semua =)

Gila lah, dah banyak hari aku baca artikel ni.
Dah baca pun, baca lagi. Baca lagi.

Aku dah jatuh cinta dengan KIN One.
Warghhh!


Oh sukanya!
Bulat2 je rupenya.. 
Jenis Slide..
KIN One ni untuk dipegang olah 1 tangan, kalau nak pegang 2 tangan, namanya KIN Two, dia lebih lebar..
Aku macam tak suka plak kena pegang 2 tangan, susah nanti..
Aku pernah pakai N-Gage gabak tu dulu, agak susah la nak SMS masa drive berjalan..


Keypad dia cun la pada mata aku..

AKu nak KIN One T_T
Fullus je tak mengizinkan..
KIN One, aku masukkan ko dalam wishlist aku!
Dah ada dalam pasaran Malaysia ke ek?


ps: Oh KIN One.. I Love You lah!

Apr 20, 2010

Ramainya Pendatang di Balakong

Salam semua =)

Semalam aku diberi tugas bawak nenek pergi follow up check kaki dia yang tercucuk besi karat beberapa hari lepas kat Klinik Jaswant, Taman Taming Jaya..


Alhamdulillah kaki nenek ok aje..risau jugak sebab dia ada kencing manis..
Klinik Jaswant ni memang klinik family kitorang la, memang selalunya bila demam ke, sakit ke, klinik ni la kami tuju..

Dulu sebelum aku pindah Semenyih, memang kami duduk di Taman Taming Jaya ni,
dan salah 1 sebab abah dah tak tahan lagi nak duduk kat Balakong ni adalah,
kami akan rasa seperti kami duduk di oversea seperti di Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Nepal..
Kalau macam duduk kat London ke takpelah jugek kan? huhu..

Macam masa aku pergi klinik semalam, aku rasa aku dengan nenek je orang Malaysia selain Doktor dan staf klinik.. Gila ah, banyak gila pendatang!


Majmuk sungguh pesakit dalam klinik ni!
Macam-macam bahasa aku dengar, tapi aku dengan nenek je cakap melayu..haha!

Dahlah semalam ramai gila patient.. Dekat sejam la jugak aku dengan nenek tercongok kat situ..
Habis semua poster aku baca..


Nampak tak poster ada perempuan berdiri terkangkang paling bawah tu?
Itu poster pasal Wanita dan Obesiti.. serius aku insaf membacanya T_T
*kurangkan makan Syazni!*

Tapi paling kelakar sekali masa aku ajak nenek amek gambar pakai kamera henset aku ni, aku suruh la nenek senyum dan pandang ke atas sikit sebab aku angkat kamera aku tinggi.. Sedap aje nenek cakap:


"Nak senyum macam mana dah mata terbeliak je mendongak ke atas?"

huhuhuhu...

ps: gila pucat muka tak pakai bedak..haha..~

Apr 19, 2010

Padah Pada Eropah?

Salam semua =)

Ini sekadar pendapat ringkas aku..
Pada aku ini mungkin balasan pada Eropah..
Ramai yang dah tau, dah berhari-hari dah langit mereka dilitupi asap tebal gunung berapi,
sampai hampir semua penerbangan terkandas dan kerugian yang banyak akibat itu?


Beberapa hari lepas pun aku ada terbaca di akhbar bahawa beberapa negara Eropah telah melarang keras wanita Islam mengenakan pakaian yang menutup aurat, terutamanya Burqa. 


Semuanya sebab kononnya pakaian yang ditetapkan untuk wanita Islam, telah melanggar hak asasi wanita untuk berpakaian.. bukan sekadar burqa, malah tudung juga.. Bagi mereka, wanita juga mempunyai hak menayangkan badan seperti lelaki juga.. 

Dengan penularan agensi tak bermoral yang sibuk mereka kempenkan sekarang ini, Go Topless, mungkin menguatkan lagi hujah mereka bahawa wanita tidak perlu menutup aurat.. 

Diorang sibuk tak kasi wanita bertutup litup, sekarang negara2 diorang pulak dilitup asap hitam..

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..

ps: anda pembaca yang bijak, komenlah secara bijaksana~

Apr 18, 2010

Bibik Terlampau

Salam semua =)

Hari ni hari ahad, and duty aku kena hantar adik perempuan aku pergi kelas gitar kul 2.30 sampai 3.30 tadi..
Kelas gitar tu dekat Kajang, sebelah Metro Kajang..
Tau-tau je lah kawasan tu, tersangatlah sesak dan kurang parking..

Maka aku decide sepanjang kelas tu nanti, aku duduk dalam kereta aje lah..
Nak turun pun alang-alang je mase..lagipun sorang-sorang..

Dan disebabkan dah rancang awal2 tak nak turun dari kereta, maka aku pun malas nak berdandan2..
Makanya aku pun sarung tudung mak aku aje..
Ala tudung awning tu.. Tapi bila dah pakai rasa kelakar plak,
sebab tudung ni ada manik2.. kui kui kui..


Gamaknya macam tak sesuai dengan muka aku yang selebar pinggan ni..
Bila tengok cermin, aku rasa aku nampak macam bibik..
Tapi bila aku tengok mak aku pakai ke, orang lain pakai ke elok je..

ha ni lah cik bibik tu..
melampau gile jadi camera whore sensorang dalam keta..
sebab apa?
sebab boring..huhu..

ps: lain kali kena bawak suratkhabar ke, magazine ke..selalu terlupa nak bawak..aih..

Kemalangan Maut Achik Spin




Sekali lagi aku terkejut hari ini.. 
Achik, vokalis kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 90-an dan awal 2000,
telah pulang mengadap Pencipta pada petang ini [17/4/2010]..

Menurut laporan yang aku tengok di Berita Awani Channel 501 Astro,
Achik dikatakan terlibat dalam nahas ngeri di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)..
Beliau maut di tempat kejadian..

Hmm..muda lagi.. baru berusia 28 tahun..
LEKAS tu pulak memang kawasan yang sangat lengang sebenarnya..
Video insiden kemalangan Achik Spin itu juga telah dirakam oleh seseorang yang kebetulan lalu disitu..
Nampak la kereta terbakar dekat papan tanda..
Gambar2 pula boleh dilihat disini..
Sumber link semua dari rakan2 Twitter..

Semoga Arwah Achik tenang disana..
Al-Fatihah..

ps: berhati-hatilah di jalanraya~

Apr 16, 2010

Syndrom W: Menyerang remaja masa kini.

Salam semua =)

Aku terperasan 1 fenomena yang melanda golongan remaja masa kini, 
yakni khususnya budak2 yang masih bersekolah..
mereka dilanda syndrom W.

Syndrom W ni adalah meletakkan sebanyak mungkin huruf W dalam setiap perkataan.
Faham tak? Antara contoh adalah, kalau ayat tu berbunyi: 

"Sape2 pon boleh kot, bila2 pon takpe, nape tanye gitu?"

bila telah di syndrom W kan, ayat tu akan jadi:

"Sapew2 pown bley kowt, blew2 pown xpew, npew tnyew gitew?"

haha..pada aku la, penat otak aku membacanya, sebab otak aku ni skema,
aku gi eja sekali dengan segala W tu.. kalau satu dua perkataan guna syndrom ni, aku tak kesah sebab kadang2 bila SMS dengan kawan2, selit juge la sket2, tapi bila dah 1 ayat? 1 perenggan? pening jugak kot~!?

Aku pernah terbaca 1 blog sorang budak, 
tapi tak ingat blog mana,
dia sangat-sangat aplikasikan Syndrom W ni dalam penulisan dia..
serius funny! haha!

Mungkin rata-rata remaja sekarang pun guna syndrom W ni dalam text mesej (SMS) mereka juga..
Tiadalah salahnya selagi tak guna ketika jawab exam kan? hehe.. tapikan, kenapa boleh tercetusnya fenomena syndrom W ni ye? untuk kelihatan comel dan manja kah? untuk feeling2 muda kah? biarlah mereka dengan syndrom mereka..hehe..tapi jangan SMS aku macam tu sudah, penat nak mebacanya..hehe


ps: teringat zaman sekolah aku dulu, femes gile trend penggunaan bahasa F, sampai dalam cerita Puteri Impian lakonan Amy Mastura pun ada.. Jafanganfan mafarahfah yefe afadikfik afadikfik.. 

ps+: penggunaan perkataan syndrom W itu adalah cetusan idea penulis sendiri tanpa merujuk di mana2.


Watie Elite Masuk Hospital

Salam semua..

Masihkah korang ingat bagaimana baju Watie Elite pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) pada 4 April yang lepas? Aku masih ingat dan aku tidak berapa setuju dengan baju tu. Serius tak suka aku pada baju tu. Sebab aku agak suka juga pada Watie Elite @ Watie Sadali ni. Dia pandai menjiwai watak jugak, tak ada lah over atau streotaip lakonan dia. Masa aku tengok dia pakai baju tu, terus aku terfikir, "Tu baju ke ape?".


Ok, tutup cerita pasal baju ABPBH dia tu. Dengar berita dari satu sumber, Watie pula masuk hospital akibat diserang penyakit Hepatitis A. Katanya akibat tersilap makan. 

Watie pun belum pasti, bila dia boleh keluar hospital. Ini juga kali pertama Watie berdepan dengan masalah kesihatan kerana sebelum ini dia sihat walafiat. Watie pun tak sangka perutnya yang mula sakit akibat gastrik semakin teruk apabila mata dan badannya mula menjadi kuning. Hingga ke saat ini, mata dan badannya masih lagi kuning
Macam bahaya juga bunyinya penyakit yang dihinggapi Watie ni, berkaitan dengan organ penting juga tu. Kesian juga lah pada dia, usia dia muda lagi kan. Tetapi itulah kan, penyakit, musibah, ajal, maut semua di tangan Allah SWT. Semoga Watie tabah dan kembali pulih.

ps: redup je pagi Jumaat ni di rumah aku~



Apr 15, 2010

Riuh Pagi ERA kini bersama Dina dan Along

Salam semua =)

Seperti yang kita semua maklum, sudah hampir 2 minggu Arwah Din Beramboi meninggalkan kita..
Sudah pastinya, segment Riuh Pagi Era yang sebelum ini menggandingkan arwah bersama Aznil Hj Nawawi, hanya tinggal kenangan kepada kita semua, terutama kepada yang sememangnya mengikuti jenaka2 mereka setiap pagi Isnin hingga Jumaat sebelum ini..


Sejak beberapa hari lepas, aku seperti biasa bila naik kereta, mesti akan on radio ERA,
Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil masih belum kembali bertugas.. Mungkin Pak Nil masih lagi terkejut dengan apa yag berlaku.. Maka Konti pagi telah diambil alih oleh Dina Nadzir dan juga Along Cham..





Ada juga soseh-soseh yang mengatakan mereka ini tak sehebat arwah dan Pak Nil mengendalikan segment Riuh Pagi Era tu, tapi pada pendapat aku la, kita tak boleh la nak compare mereka ni dengan Arwah Din.. Sebab arwah Din memang seorang yang hebat dan istimewa, dia memang tiada duanya.. 



Tapi, usaha Along dan Dina juga harus dipuji, sebab bukan senang nak handle segment tu.. Jadi, tak payahla banding2 kan mereka.. Pihak ERA juga mesti sedang rearrange balik semuanya, benda berlaku mengejut, bukan dirancang.. Jadi, tak payah la nak kondem lebih2 kot? 

Tapi, kalau siapa2 rasa dia mampu menceriakan pagi para pendengar ERA, mungkin boleh cuba nasib apply jadi DJ? hehe..

ps: gelak terbahak-bahak dengar ulangan Sawancara Din Beramboi tadi, tapi bila teringat dia dah tak ada, sedih pulak..

Apr 14, 2010

Xian Leng Akuarium dan Aquatorium: Syurga Arowana Shah Alam

Salam semua =)

Berjumpa Zaimi setelah 3 bulan lebih tak jumpa, best gile! 
Dah berjumpa apa lagi, berdating la! hehe!



Sambil2 jenjalan di Shah Alam, kitorang pun singgah la dekat Xian Leng Akuarium..
Xian Leng ni macam  kedai2 akuarium yang jual ikan tu aje, tapi besar giler!
Dia jual macam jenis2 ikan, memang macam2 jenis ikan ada kat sini,
sampaikan ikan yang besar, kalau tak silap aku, Arapaima gigas yang sepanjang 6 kaki tu pun ada!

Dia ada jual ikan arowana, memang cantik2! Harga pun ada yang cecah puluh2 ribu!
Tapi dia jual arowana yang berlesen.. memang syurga arowana la kat Xian Leng ni..


Selain arowana banyak lagi ikan dia jual, ketam dengan lobster pon ada.. Kelengkapan akuarium, makanan ikan..ada belaka..

Disini juga ada Aquatorium.. Tempat display ikan2 dia, macam dekat zoo..
tapi percuma aje.. sape2 pun boleh masuk.. 
kat sini lagi la banyak gile ikan besar2.. arowana yang dia display pon besar2 dan macam2 breed..
dan memang sgt2 banyak arowana ada kat Xian Leng ni!







kesimpulannya, kepada siapa2 yang suka bela ikan, memang aku suggest gi la melawat tempat ni kepada yang belum pergi.. hehe.. kalau sekadar nak pergi jalan2 ke, dating2 ke, bolehlah nak habiskan masa dalam 30 minit kat Xian Leng ni..hehe.. 

ps: 'kau harus ada..wo o o o.. '

Apr 10, 2010

Laman Sosial Pertama Hantar Mesej Dari Angkasa Lepas



Soalan ni keluar tadi..
Aku tak tau pun pasal ni sebelum ni..
Serius aku tak tau..uwaaa!
Angkasawan mana yang hantar mesej guna social sites ni?
Dari angkasa pulak tu..

Nervous aku..tengok pilihan jawapan ada Facebook, Myspace, Google & Twitter..
Google dah sah-sah dah bukan laman web sosial kan? 
Myspace ni nampak sangat macam acah je..
Facebook lak macam boleh, tapi.. aku pilih Twitter..


Then tadi aku search kat internet aku terjumpa NI..
Jadi..aku rasa memang betul la Twitter kot jawapannya..hua hua..
korang boleh la follow astronaut ni: Astro_Mike..
dia ada ramai gileeerr follower!

Nampak sangat pengetahuan am aku lemah..tu lah..
malas membaca -_-"

ps: harini aku letih, tp aku heppi dapat jumpa Zaimi :D

Apr 9, 2010

Kucing pun faham bahasa


Salam semua =)

Pejam celik pejam celik dah Jumaat balik kan?
Cepatnya masa ni berlalu..emm..

Percayakah kamu semua bila aku cakap kucing pun faham bahasa dan boleh memberi respon kepada apa yang kita cakap? Sudah pasti aku cakap ni berdasarkan pengalaman keluarga kami membela kucing sudah bertahun-tahun.. Dan aku tak pula menulis jurnal untuk tajuk ini..sekadar perkongsian pengalaman sahaja..

Sesiapa yang ada membela kucing juga dirumah, mungkin akan ada pengalaman yang sama dengan aku juga..Kucing ni, sebenarnya dia faham apa yang kita cakap dan buat dekat dia.. Dia juga tau macam mana nak nak sayang tuan dia, dan berdendam kepada orang yang selalu buat dia..

Contoh macam Elin la, dia faham perkataan 'Jom!', bial dia dengar je kitorang cakap 'Jom!', dia akan bangun dan ikut kitorang.. Sama jugak dengan perkataan 'Golek', dia akan bergolek-golek manja bila disuruh.. Kalau dia kat luar, kitorang cakap 'Masuk', dia akan masuk dalam rumah..

Dia jugak pandai berinteraksi tau, macam contoh aku baru balik dari pasaraya, aku beli sepeket makanan dia.. Aku angkat makanan tu aku cakap 'Ni siapa punya ni?', dia pun datang dengan gedik2 terus je gesel2 muka dia dekat peket makanan tu.. Bila kitorang puji2 dia comel la, pandai la..dia kelip2 mata.. hehe


Elin jugak adalah seekor kucing yang sangat beremosi..huhu.. Elin ni, makan nak kena berteman.. Kiranya masa dia makan tu, kita kena usap2 belakang badan dia sikit bagi 'enjin purr purr' dia bunyi, baru dia boleh makan dengan gembira.. Yang selalu temankan dia makan adalah abah dan mak.. Makanya, dalam rumah ni dia paling manja dengan abah dan mak aku.. memang manja extra punyalah.. Dan tiap kali dia lapar pun, dia akan bodek mak dengan abah aku suruh temankan dia makan..

Berdendam? Oh dia memang kucing yang penuh emosi..haha.. Aku kadang2 suka lepuk2 dia.. kekadang dia geram, dia cakar aku balik, habis berdarah2..uhuhuhu.. Dia juga memang benci dengan orang yang pernah mengkasari dia.. Ada la seseorang yang tak suka kucing pernah datang rumah aku, dia luku kepala Elin :( sedih gila mak masa tengok Elin diluku tak pasal2.. Dan tiap kali orang tu datang rumah lagi selepas tu, memng Elin akan lari jauh2, dan yang kelakarnya, muka Elin bila nampak orang tu, macam nampak hantu~~! Ya, kucing juga tau serik.. Kucing juga pandai membenci..

Lagi 1 Elin ni cukup kaya dengan expressi muka.. Dia akan buat muka masam bila orang kacau dia time dia tak nak diganggu, dia boleh buat muka annoyed, dia juga boleh buat muka kesian, muka mengantuk.. yang paling best, bila mak dengan abah nak tinggalkan rumah bawak beg2 besar, contoh macam nak pergi umrah hari tu, dia akan buat muka sedih..

Macam Boody pulak, dia ni licik masa hayatnya.. Bila dia nampak je aku pegang botol2 syampu dia bawak masuk bilik air sebab nak mandikan dia, dia akan hilang~~! Terus je pergi menyorok..haha.. Boody ni lagi la macam2 kepandaian dia.. hmm..rindu pulak..


Mungkin ada yang tak percaya.. tapi aku tau la, kucing aku.. Haiwan jugak ada perasaan tau.. Dia jugak boleh merajuk, boleh excited, boleh menggedik, boleh dibawak berbual.. Betul..memang la dia tak boleh respon dengan kata2, tapi aku pernah, masa tu aku sedih, aku nangis2.. aku cakap dengan Boody.. Dia terus je naik atas riba aku, start enjin purr purr dia.. konon2 macam pujuk aku la..huhu.. *eh nape air mata bergenang ni?*

Sebenarnya, tak perlu geli dengan kucing.. sebab lagi kita tunjuk kegelian kita dekat dia, lagi dia datang gesel2..sebab kucing ni licik tau.. hehe.. 

ps: Kucing adalah salah satu ciptaan Allah yang HEBAT!~
ps+: Tahniah Afdlin Shauki atas kelahiran baby baru beliau pukul 3 pagi tadi [9 April 2010]

Apr 8, 2010

Maxis dan Astro

Salam Semua =)

Lepas Zuhur tadi, abah suruh aku pergi bayarkan bil telefon rumah dan bil astro.. 
Kawasan rumah aku ni pelik sikit, semua talian tetap under Maxis, bukan TM..
Nak pergi pejabat pos..sah-sah la ramai.. Maka aku pun buat keputusan untuk pergi Maxis kat The Mines..
Sebelum tu aku pun singgah la rumah angah untuk amek nenek untuk temankan aku..
Sambil2 bawak nenek jalan2 dekat Mines tu..



Dan pada hari ini, 8 April 2010, aku baru tau, 
bil Astro juga boleh dibayar di kedai Maxis..hahaha..
adoi..semakin lama terperuk di rumah, semakin tidak tahu keadaan sekeliling aku ni..


Lepas bayar tu, pergilah Giant pulak sebab mak dah kirim duit beli makanan Elin..
Selepas membeli tanpa tidak mengepau nenek pada hari ni, kami pun beransur pulang sebab nenek dah sakit kaki.. huhuhuh.. 

itulah sahaje kisah aku untuk dikongsikan hari ini.. heee..

ps: insan manelah yang carik pasal kat chatbox aku tadi ye, terima kasih sebab bagi aku pahala dia hari ni ~

Apr 7, 2010

Kegagalan Si Mayat Berkerusi Roda di Liverpool

Salam Semua =)

Ada penyokong Pasukan Bola Sepak Liverpool disini? 
hehe.. tapi berita yang aku terbaca tadi tak ada kaitan pun dengan pasukan Liverpool itu,
maka Liverpool haters jangan nak buat onar kat sini ek, no no.. huhu..

Kisah berlaku kat Liverpool John Lennon Airport, 
di mana seorang mayat [seorang ke penjodoh bilangan dia e?] lelaki berusia 91 tahun yang berkerusi roda gagal untuk menaiki pesawat.. 


Semuanya sebab duit.
Lelaki tu dah mati dah, maka ada 2 wanita ni, mungkin kawan dia,
nak bawak dia naik kapal terbang tu sebab nak mengelakkan membayar kos penghantaran mayat yang mahal!~ Mengikut sumber, jumlah kos lebih kurang RM14,610 bila convert ke duit kita..

Jadi, 2 orag perempuan ni daftarkan dia sebagai penumpang biasa,
letak dia atas kerusi roda, pakaikan cermin mata hitam dan cakap dia tidur..
Tapi akhirnya kantoi jugak..huhu.. Tapi siasatan mendapati lelaki tu bukan dibunuh,
memang mati sebab dah sampai waktu..huhu..

ps: ISh..tak nak la bila naik kapal terbang duduk sebelah mayat kan? Ade sedikit seram la jugak..heeee..

Apr 6, 2010

Rumah Arwah Din Beramboi dimasuki pencuri?

Salam semua..

Apalah nak jadi dengan segelintir rakyat Malaysia ni?

Tak sampai seminggu Arwah Din Beramboi pergi, yang sudah semestinya keluarga arwah masih lagi bersedih dengan pemergian beliau, tup tup, rumah beliau pula dimasuki pencuri?

Mana perginya sifat kemanusiaan mereka eh?
3 laptop hilang..jumlah kerugian pula lebih kurang bernilai RM20K..

Tak taulah nak cakap macam mana dah..
Aku hanya mampu menggelengkan kepala je baca berita tu kat utusan hari ni..
Kesian pada keluarga arwah Din Beramboi..
Aku doakan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar kepada keluarga arwah..



Emm.. semalam jugak adalah episod tekahir cerita NaOMei lakonan Elly Mazlein, Ady Putra, Iqram Dinzly, Raja Farah, Nabila Huda, bla bla bla.. setelah berepisod2 aku mengikuti cerita tu, aku rasa ending dia kurang kick la.. tapi okey la, happy ending kan.. hoho..



So, petang ni bermula la drama bersiri baru pulak.. kalau tak silap, lakonan Lisa Surihani ke e? I like her! hehe..

ps: ramai manusia kejam sekarang ni..semalam pun ada perompak tembak kawan sendiri bila kawan cedera..aih..

Apr 5, 2010

Adnan Sempit The Series

Salam semua =)

Apa khabar korang semua di hari baru minggu yang baru ni? [hari kedua bg Kedah, Kelantan & Terengganu of course]. Harap baik-baik aje semuanya ye!

Aku rasa hampir semua rakyat Malaysia tau yang Filem Adnan Sempit sangatlah untung kan? Kutipan bukan setakat ribu-ribu, tapi juta-juta kan? Gile lah.. bagus betul! Tapi aku tak berkesempatan tengok lagi T__T
Terasa diri sangat ketinggalan..huwaaa..



Tetapi, aku terperasan sesuatu di kaca TV beberapa hari lepas, Adnan Sempit akan ke udara di TV dalam bentuk The Series.. hehehe.. Iklan dia pun kelakar la! Comel je Saheizy Sam dan Intan Ladyana dalam iklan tu (^^,)!

Kalau tak silap aku, cerita Adnan Sempit The Series ni akan bermula pada Jumaat 9 April 2010 ni, di Saluran 132 Astro Warna.. Waktu tayangan Adnan Sempit The Series ni pulak adalah pada pukul 9 malam.



Jadi, sesiapa yang belum melanggan pakej Mustika Astro ni, bolehlah melanggan untuk mengikuti Adnan Sempit The Series ni.. Tapi kalau tak nak pun, aku tak paksa tau! hehe!

Memandangkan aku tak pernah tengok lagi filem tu, aku teruja la nak tunggu cerita ni keluar TV..huhu..

ps: mak aii..lamenye dah aku tak gi tengok wayang..



Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

Salam semua =)

Macam mana ABP tadi?
Puas hati dengan result?

Serius aku cakap aku sedikit sayu bila part  Raja Azura, Sheera, dan Pak Nil cakap mengenai arwah Din Beramboi.. sangat touching..

AKu tak pernah touching2 macam ni dengan pemergian artis..tapi Din Beramboi serius buat aku terasa sedihnya.. 

Kepada semua pemenang, tahniah!
Tapi aku sedih la jugak, kenapa orang boo dekat Fasha Sandha  macam tu.. tak baik kot? huhu..
Pastu kenapa masa Fafau naik pentas ada orang iring dia naik sambil pegang2 tangan, orang lain takde plak orang iring? eh eh sibuk plak aku ni..hehe..

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 adalah:


Pengacara TV Lelaki Popular = Aznil Hj Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular = Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular = Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular = Fara Fauzana

Penyanyi Duo/Kumpulan Popular = Bunkface

Artis Komedi Lelaki Popular  = Nabil 
Artis Komedi Wanita Popular = Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular = Black
Artis Baru Wanita Popular = Yuna

Penyanyi Lelaki Popular = Aizat
Penyanyi Wanita Popular = Dato Siti Nurhaliza

Penyanyi Nasyid Popular = Rabbani

Pelakon TV Lelaki Popular =Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular = Tiz Zaqyah


Pelakon Filem Lelaki Popular= Que Haidar
Pelakon Filem Wanita Popular = Liyana Jasmay

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat=Datuk Khadijah Ibrahim
Artis Paling Popular 2009= Datuk Siti Nurhaliza

Tahniah buat semua pemenang! 
Noorkhiriah tadi pun kelakar la, boleh pulak dia terkejut dia menang, sebab dia ingat dia tak ada peminat..haha! Hey, I minat U okey! =)


ps: Melbourne dekat mane? 

Apr 3, 2010

Putra LRT kini 4 Gerabak

Kepada sesiapa yang dah "LAMA GILER" tak naik PUTRA LRT atau tak turun KL macam aku..
Sesungguhnya aliran transit ringan PUTRA LRT sudah menjadi 4 gerabak ye sekarang..
bukan lagi dua.. mungkin untuk mengelakkan 'kesardinan' gerabak di waktu puncak..

Hahahahaha!
aku pon baru je tau  2 minggu lepas,
itu pun sebab aku teman nenek balik Bangsar..
oh sangat lambat ye aku tau! hahahaahah!
Dari tingkat 13 rumah nenek aku, memang nampak landasan Putra LRT ni..

Maka dengan berbekalkan handphone flip ku,
aku pon sempat la tangkap gambar LRT yang dah bertambah gerabaknya..


terlalu kecil?
klik la untuk besarkan..
maaf aku tiada DSLR!

ala mesti ada antara korang ni dah tau dah kan pasal ni..
hehe.. eh teringin la pulak nak naik gerabak baru ni..hehe..


ps: teringat lawak Johan, kalau 1, seronok, kalau 2, dua ronok, kalau banyak, beronok-ronok..
:P

Keadaan Aznil Kehilangan Din Beramboi

Salam semua..
Apa khabar? Sihat?

Ramai juga yang tertanya-tanya, macam mana keadaan Aznil Hj Nawawi yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, selepas kematian sahabat karib dan teman sekerjanya, Arwah Din Beramboi..


Secara logiknya, mestilah beliau sedih.. 
Seperti yang Pak Nil beritahu kepada HarianMetro hari ini,
arwah Din Beramboi seorang yang suka menyakat dan akan buat apa sahaja untuk Aznil tersenyum walaupun pada ketika Aznil sedang dalam keadaan moody.

Menurut Aznil, arwah Din Beramboi pernah berkata, 
"masalah tidak akan selesai kalau kita sedih atau menangis"
sebab itulah arwah sentiasa gembira dan menggembirakan orang lain sepanjang hayatnya..

Menurut sumber juga, Aznil menyatakan perasaannya ketika ini sebak dan sunyi sejak pemergian arwah yang mengejut.. Katanya lagi, slot Riuh pagi Era tidak akan ceria lagi tanpa arwah..

Betul kata-kata Pak Nil tu..aku pun rasa begitu..
Para pendengar akan terasa kehilangan buat waktu ini..
Tapi apalah kudrat kita sebagai hambaNya..
Qada' dan Qadar haruslah kita terima dengan redha..

Ada 1 iklan yang sering keluar di Astro mengenai slot Riuh Pagi Era,
dimana Aznil dan arwah Din Beramboi beraksi dalam iklan tu..
setiap kali iklan tu keuar, aku mesti ketawa..

Even sekarang pun, kalau aku tengok iklan tu kat Fan Page Aznil & Din Beramboi di Facebook,
aku tetap rasa nak ketawa.. Tapi bila teringat arwah Din Beramboi dah tak ada.. sedih tu ada jugak..
Korang boleh tengok video iklan tu kat sini.

ps: kepada yang tidak suka arwah Din Beramboi semasa hayatnya, tak perlu la kot nak cakap padan muka beliau dah meninggal, otak ada, boleh pikir kot.. 

Apr 2, 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia

Selamat Jalan Abang Din..




Berita ni memang mengejutkan..
Sudah tiada lagi Din Beramboi..

Macam tak percaya..
Berehatlah dengan tenang..
Kami akan merinduimu..

Al-Fatihah..

=(

Apr 1, 2010

Hari Berperang dengan Broframestone

Salam semua! =)

Apa khabar hari ini?
Semoga sihat semuanya.. Aku baca di Utusan Malaysia tadi,
dalam darah abang Din Beramboi, terdapat macam2 jenis racun,
termasuklah bisa katak, bisa ular tedung, racun rumput.. :(
Semoga beliau selamat..amin!

Baiklah, hari ni adalah 1 April!

Maka hari ni bermulalah undian perang ke atas Broframestone dan pasangan beliau,
ala contest la.. hehe..


Aku pernah buat entry contest tu disini kalau korang nak baca..

Sekarang ni, 1-4 April adalah proses mengundi.. Maka sekiranya kamu semua nak undi aku dan Zaimi,
boleh lah submit undian di sini!

Disana, korang kena undi 5 pasangan, kat sana ada jelaskan cara2 nak undi.. senang je :)

Kalau korang rasa kami layak diundi, undilah ye
Kami punya kod 15
=)

Segala jasa baik akan dikenang..hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...