Pages

Feb 28, 2010

Menjual Benih Ikan Keli, Talapia Dan Lain-Lain Di Melaka



Kepada sesiapa yang ingin mencari kolam memancing ikan, ataupun mahu membeli benih ikan di sekitar Melaka, bolehlah menghubungi Encik Mohd Yatim Bin Agam di talian 06-5529454.

Antara benih/kolam ikan yang terdapat disini adalah Ikan Keli, Ikan Talapia, Ikan Haruan dan pelbagai lagi.

ps: Tuan blog ini boleh tolong mempromosikan sebarang bentuk perniagaan anda jika kena pada syarat-syaratnya..

=)

Feb 27, 2010

Kenduri DI Rumah TOk Alang

Kenduri kahwin anak kepada adik arwah atok aku..
Aku panggil dia Tok Alang aje..
Rumah dia kat Simpang Ampat, Melaka..


Pepagi lagi dah bertolak dari umah aku dah,
perjalanan dalam sejam lebih je, tak jauh sangat pun :)
Oh aku pergi bersimple-simpelan je,
pakai baju kurung lame dan bermekap nipis sahaja..huhu..

Oh saya sedar saya tak lawa, tak perlu kritik..hehe..
Dan memang lain bebenar muka aku dan mak..hua hua..


Memang menitis la jugak air mata aku dan mak bila tengok muka tok alang tadi..
sebab teringat kat arwah atok aku, muka dorang iras, cuma atok aku lebih cerah, lebih berisi, dan bergigi..hehe.. tok alang dah ngongak.. heeee...

Tengok abahku itu, hidung kami sama..haha..


Oh this is my sister.. Baru form 3 yer..huhu..

Kat kenduri ni ramai la sedara2 and sepupu mak aku..
Wajah diorang sume seakan-akan je macam muka arwah atok aku..
Same la dengan muka mak aku sebab muka mak aku macam muka atok aku..
Pe aku merepek ni? Korang paham? haha..

Sebabnya dorang ni sume kebanyakkannya kawen dengan sepupu2 sendiri je, atok aku je kena kawen dengan sepupu dia lari gi KL.. tu yang terjumpa nenek aku tu..heheh..


Ade persembahan..suke2!
Klasik gitu! I loike!


Atara sepupu dan mak sedara mak aku..
Dan antara ramai2 tu, ade gak la terjumpa senior UMT dulu..
rupenye dulu dia pracktical kat rumah tok alang aku ni..
Tok alang aku ni ada kolam ikan air tawar..
Dan dia memang usahasama dengan UMT rasenye..


Disebabkan pengantin baru je sudah acara Khatam Quran dan ngah mekap lak untuk kenduri,
makanya tak dapat la amek gambar dia..amek gambar gerbang je la..hehe..

best jugak sekali sekala balik Melaka ni :)

Feb 26, 2010

Mampukah Kita Mencecah Umur 60 Tahun

Salam Maulidur Rasul semua :)

Pagi tadi kami sekeluarga pergi menziarah kubur arwah atok aku di Perkuburan Islam Batu 10 Balakong..


Hanya Allah SWT sahaja yang tau betapa aku merindui arwah..
Kadang2 pandang pusara dia aje dah buat aku sebak..


Then aku tengok2 la sekeliling..
Tengok2 jiran2 atok selepas aku dah sedekahkan apa2 yang patut kat atok..
Aku takleh duk lame2 kat bangku kubur atok, nanti aku nanges...
Makanya aku pun ziarah2 juga mereka2 yang lain..

Mata aku ni gatal lak baca umur2 mereka masa mereka meninggal..
Ya Allah..
Aku benar2 tersentap..
Rata2 jiran2 atok ni, puratanya berumur 50 tahun lebih sahaja..

Bertuahnya arwah atok aku dahulu, dapat hidup selama 77 tahun..
Nenek aku sekarang pun dapat juga berumur 60tahun ++..

Terus aku terfikir..
Andai kata aku pun akan meninggalkan bumi persinggahan ini pada umur 50,
makanya aku hanya ada 26tahun sahaja lagi untuk hidup.
Itu kalau 50, kalau awal lagi?
Ya Allah.. cukupkah amal aku nanti Ya Allah?
Sempatkah aku nak mengumpul amal untuk jadi bekalan aku nanti?
Mampukah aku nak menjawab soalan Munkar Nankir nanti?
Mampukah aku menerima buku amalku dengan tangan kanan pada akhirat nanti?
Aku ni taklah begitu baik..
Aku bertudung tapi tak berstokin..
Dan lain2 perkara lagi..

 :(


Aku hanya berharap Allah ampunkanlah dosa2 aku..
26tahun itu sekejap je..

Pejam celik pejam celik pun, aku dah 24++ dah sekarang..

Hmm..
Semoga atok ditempatkan dikalangan orang2 beriman..



Eh sorry, emosi lak aku arini :)

ps: ape2 pun, jangan tinggal solat ye :)

Feb 24, 2010

CUba teka siapa ni?


Siapakah awek yang duduk termenung di tepi sungai ni?
Dengan memakai beg No Fearnya..

Hehe..Teka2.. 

A) Tuan Blog
B) Adik Tuan Blog
C) Mak Tuan Blog
D) Kawan Tuan Blog

ps: zaimi, ko wajib tau sape ni..hehe
ps+: saje boring2..


Feb 23, 2010

Cara Mudah Kuruskan Badan



Tak perlu pil diet, tak perlu ubah aktiviti harian,
tak perlu masuk The Biggest Looser..

Mengikut 1 kajian yang di lakukan di Munich,
20 lelaki obese telah kehilangan banyak berat badan mereka hanya dengan tinggal di tempat tinggi dalam masa hanya 4 minggu sahaja!

Mereka tidak perlu mengubah gaya hidup ataupun mengambil pil kurus tambahan. 

Ini kerana, mengikut kajian, sekiranya berada di tempat tinggi, ianya boleh mengurangkan selera makan, mempercepatkan metabolisme, dan menurunkan tekanan darah, dan kesan itu tetap kekal setelah 4 minggu turun ke kawasan rendah.

Paras oksigen yang rendah di kawasan tanah tinggi mungkin membawa kepada punca peningkatan ketara rembesan leptin, sejenis hormon yang berfungsi menyekat selera makan. -Florian Lippl dan rakan sejawatannya di Universiti Ludwig Maximilians, Obesiti Journal.

wah..macam best je berita dari Utusan Malaysia ni kan.
Boleh dicuba ni..hehehehe..

ps: gambar diatas tu hanya gambar hiasan.
ps+: Zaimi, nanti kita buat rumah atas bukit nak? heee :D

Feb 22, 2010

Pokok VS Zombie Gelimat

Hello, selamat hari Isnin semua =)

Hari ni aku nak review 1 PC game dari Pop Cap game,
Namenye Plants VS Zombie..



AKu baru start main semalam, best la jugak, boleh la menghilangkan boring..hehe..
Secara kasar, game ni berkisar tentang rumah player diserang oleh zombie yang ada macam2 jenis!
Jadi, kita kene tanam pokok @ cendawan untuk menyerang zombie2 itu.

Mula2 bese la, senang je..
Kene tanam 1 jenis pokok, kumpul cahaya matahari untuk beli pokok, dan zombie pun 1 jenis je.. yang tak berapa nak kuat..

Pastu bila level meningkat, pokok dia ada macam2 jenis, kita kena pandai tanam mengikut jenis zombie. Sebab zombie ni kekuatan dia lain2. Aku baru je sampai level 3-3..hehe


Yang aku gelak macam nak terkencing masa main game ni semalam, ada pulak Zombie Gelimat.. haha! Betol tak tipu! Ni ha zombie gelimat:
Dia siap bawak geng lagi 4 ekor..pastu joget2 sambil serang kita..Tapi dia muncul waktu malam je, siang2 gelimat ni takde..hehe.. sebenarnya ni Zombie Michael Jackson kalau ikut yang aku baca kat internet..

Jom main! 

ps: gara2 boring duk umah..

Feb 21, 2010

RM10 terus masuk dalam akaun hanya dengan jadi follower blog

Eh aku tak tipu la, ini bukan cobaan, ini betol2!
Kebetulan rezeki ada, maka semalam, hanya dengan menjadi follower kepada 1 blog ini,
terus rm10 masuk ke dalam akaun CIMB aku..

Mesti ada yang cakap, "Ala, rm10 pun nak kecoh.."
Tapi bagi aku, duit tetap duit..
dan aku sentiasa gembira bila dapat duit..hehe

Ha ni buktinya:
Hehe..
Alkisahnya masa blogwalking semalam..
Termasuklah kat blog Hanis Malik..
Dan dia pun nak bagi hadiah kat follower dia yang ke 76 & 77..
Dah rezeki aku..

=)

Terima kasih ye encik Hanis Malik! 

Sesiapa rasa nak jadi model pun boleh pergi ke blog beliau, beliau nak carik model rasenye :)


ps: terasa nak bagi give away kat readers gak la..apa ya?

Feb 20, 2010

Imuda Nikah Gadis 28 Tahun


Tahniah diucapkan kepada Imuda, 50,  pelawak dan kartunis negara, 
kerana telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Zabarina Mushadi Ali, 28,
di sebuah Masjid di Pulau Pinang pada pukul 11 pagi tadi [20 Februari 2010], hanya dengan sekali lafaz nikah sahaja.

sumber  dari berita harian online~

Tahniah!
Semoga bahagia hendaknya =)


ps: dulu suka tengok Budin dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu~

Feb 19, 2010

Anjing ditangkap MPKj

Baru beberapa minit lepas, aku menyaksikan krew MPKj, 
menangkap anjing-anjing yang ada di lorong rumah aku ni..
Memanglah bukan anjing aku, tapi anjing jiran-jiran aku ni ha..

Jiran-Jiran aku tu pulak tak ada, balik negara diorang untuk Chinese New Year.
Mereka tu semua adalah student University Nottingham yang campus Semenyih ni,
diorang warganegara China.. Memang diorang ni suka sangat la bela anjing,
sampai anjing2 tu semua yang asalnya liar, dah jadi jinak..

Kadang-kadang bila ada makanan lebih2, aku dan mak pun akan bagi kat anjing2 tu..
Adala dalam 5-6 ekor anjing dewasa dan 10 anak anjing yang baru lahir dalam 2-3 minggu lepas..

Tadi MPKj buat operasi, kebetulan jiran2 aku tu pon tak ada, 
anjing2 pun takde collar..habis semua kene cekup, dengan anak2 sekali..
Kecuali seekor betina warna cokelat.. anak2 dia 4 ekor dah kena angkut,
1 lagi ibu anjing tu kene angkut bersama2 anak dia, tapi si cokelat ni tadi dia lari kemana tah..
Dah tinggal dia je..

Sekarang ni dia macam meroyan duk carik anak2 dia..
Dulu dia beranak pun kat rumah kosong sebelah rumah aku ni..

-dia lebih kurang camni lah, cuma kuncup tak kembang-

sedih pulak aku tengok dia duk tercarik2 anak dia..
anjing pun sayang anak, manusia gi bakar anak dalam tong sampah..huhu..


ps: sayu pulak hati bila tengok lorong ni dah lengang, mesti jiran2 aku tu sedih..
tu la, balik China lama sangat..

Feb 18, 2010

Lukisan Qaisy

Siapa Qaisy?
Ini lah lukisan beliau yang aku lekatkan dalam blog aku..

Yang aku tandakan nombor 1 itu adalah SHARK,
dan yang aku tandakan nombor 2 itu adalah COIN..

hehe..
aku rase kiut giler la plak lukisan ni..
pelukis dia baru berumur 3tahun..hehe..
kreatif la plak SHARK dia..

Dia lukis masa datang umah aku aritu..
Eh lupa lak nak cakap, dia adalah sepupu aku,
anak kepada adik bongsu mak aku..

Jauh gile beza umur ngan sepupu..haha..
20tahun tu beza..

peace dari qaisy!

ps: bosan + ngantuk

Feb 16, 2010

Cina raya, Semenyih lumpuh

Semalam aku, adik aku dan nenek aku pergi ke pekan Semenyih untuk membeli cendol..
Nenek la dah lama tak makan dia kate, tu yang pergi beli tu..
Cendol kat sini sedap giles!
Dan aku gak membeli rojak..sedap, tapi pedas..hehe..


Sambil2 tu aku tengok2 la alam sekeliling..
Pekan Semenyih, lebih2 lagi kat lorong depan Econsave ni, LENGANG.
Toleh kanan lengang..


Toleh kiri pun lengang..
selalu jalan ni punyalah banyak kereta..
kalau dah parking tu, payah nak kuar..

Kedai2 pun banyak tutup..
Pasar pon tak banyak ikan..
Selalu cina yang banyak jual ikan..

Ini bila dorang raya, rata2 kedai tutup..
huhu..
Sunyi sepi la semenyih 2,3 hari ni..


Ps: ralat btol rase nye, mase ni la bangsa2 aku yang meniaga ikan & sayur, menyembelih bangsanya sendiri dengan meletakkan harga yang berganda mahal.. ish ish ish..

Feb 15, 2010

Abang Kassim Mengecewakan

Pasepa ni abang kassim?
Awat la tak lawak langsung eh malam tadi.. 
kecewa saya..huhuhu..
dah lah masuk bottom 3..
ish ish ish..

Sepatutnya, semalam punya task, retro hitam putih tu,
lauk je bagi abang kassim..
adeh la.. abang kassim tak paham konsep eh?
nasib tak terkeluar je malam tadi..

-Milah la ni tak undi abang, seb bek tak terkeluaq-

Tapi memang minggu ni, sorang pon tak best,
sebabnya, aku tak gelak pon kat peserta..
aku gelak kat Zizan ngan Johan je..huhu..

Well abang kassim, minggu depan buat baik2 na.. 
kalau tak, kami ligan hampa 1 aloq staq,
balun cukup2, siap upah orang mai tokak lagi..
mau ka? haha..

ps: nak undi tp kedekut 50sen..haha

Feb 13, 2010

Lawak Kurang Ajar



Tadi kami sekeluarga pergi menjengah Jeram Toi di Negeri Sembilan..
Konon nak gi mandi, last sekali ramai gila orang, kami beralih ke Jeram Gading pulak..

Tapi tu cerita lain, aku sekarang nak cerita pasal ada seorang mamat yang aku rasa nak 
bagi penampar atas kekurang ajaran dia berlawak dengan seorang perempuan,
tak tau la plak adik ke awek ke bini ke.. tapi lawak tu, sikit pon tak sempoi..

berdasarkan percakapan mereka [sebab mamat ni datang dalam group besar], aku rasa dia orang Utara..
buat malu je.. aku yang ada darah utara separuh ni pon rasa malu dengan pengunjung2 lain kat situ..

Asalnya, ada seorang perempuan tanya kat dia,
"Ayaq tadi hang buh tang mana?"
(Mana kau letak air tadi?)

Pastu dia jawab,
"Ayaq hat mana satu? Ayaq alas solah ka, ayaq alal falah?"
pastu dia gelak kuat gila macam setan..

Aku pandang je dia..
Dan group dia pun tak gelak pon kat kononnya lawak dia tu..

Kurang ajar la..
Bagi aku tak patut persenda azan jadi bahan lawak..
Dari segi fizikal dan logik akal, nampak sangat melayu dan Islam orangnya..
Tapi kenapa benda macam tu pon tak boleh nak fikir?
Dah takde bahan lain ke nak buat lawak?
Punya la BANYAK jenis air yang ada kat muka bumi ni..
Mungkin dia tak sengaja kot..tak pon biol..
Aih..


ps: teringat cerita seniman bujang lapok masa Sudin marah scene suami nak pancung isteri sebab masak tak letak belacan.. pastu dia kata..buat la cerita kumbang terbang ke..huuu~

Ziana Zain Melecur Tangan


-akak sakit2 pun senyum dik-

Kecoh Sidang Akhbar Teater Muzikal Gamat apabila Ketua Obor-Obor yang garang dan jahat, datang dengan kedua2 tangannya berbalut akibat melecur. Bukannya gimik ye, tapi betol2. Kak Ziana Zain yang membinatangi teater muzikal itu mengalami kecederaan yang agak teruk akibat teko yang digunakan untuk membuat teh tarik, tiba pecah dan mengakibatkan kedua2 tangan, perut dan paha kanan melecur.

Mujur ketika kejadian, abang Arman ada dirumah, jadi Ziana Zain segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Gambar dan berita didapati dari akhbar Utusan Malaysia

Sian kak Ziana.. Kak Ziana chill keh.. Saya minat kak Ziana ni, 1 sebab akak pandai jaga body, dan yang kedua saya memang suka lagu2 akak.. Semoga akak cepat embuh lah ye demi menjaga anak nan 4 orang itu..hehe

ps: Wajib nyanyi lagu Ziana Zain masa karoke..hehe

Feb 12, 2010

Cupcake Ku

Kan aku cakap haritu nak buat cupcake?
Ha..inilah hasilnya..hehe..



Sayang pulak nak makan..hehe

Saya Sayang Kucing Bobok Saya





Ya..semenjak dah habis belajar ni..
Aku sangat lah boring duduk dirumah..
Berborak dengan mak..
Tengok TV dengan abah..
Borak2 ngan Nana..

Tapi yang selalunya,
bergomol-gomolan dengan si bobok berbulu ni..
Dan aku jugak dah buat sesuatu untuk dia..
Esok la aku cerita dalam blog dia.hehe


Saya sepi mungkin?
Huhuhu...

ps: awat la mata tak ngantuk lagi ni? tak tido siang pun..
ps+: Merindui beliau..mumumumu~

Feb 10, 2010

Norman KRU Pengetua Akademi Fantasia 8


Begitu lah nampaknya..
Setelah banyak teka-teki mengenai siapa yang bakal menjadi pengetua AF8,
akhirnya sekarang dah terjawab, orangnya adal Norman Abdul Halim
atau lebih dikenali sebagai Norman KRU.

Berita lanjut sekiranya anda berminat boleh baca disini:

Selain itu, Que Haidar juga turut menjadi salah seorang cikgu AF kali ni..
Bersama2 dengan isteri dia lah, Linda Jasmin tu.


-abaikan baju beliau yang sexy giler2 tu-


Persoalannya, layak ke?
Dia kan muda lagi, banyak lagi pelakon yang lebih berpengalaman dari dia..
Ke AF ni saje nak buat kontroversi?
Aku bukanlah tak suka, tapi nanti mesti ada jugak pihak yang akan bercakap2 pasal perkara ni..

Bagaimanapun, tengok je lah bagaimana hasilnya AF8 ni pulak ye..
Dengar cerita, ujibakat haritu tak ramai yang pergi..
Orang dak muak ke?
Huhuhu..

PS: tak tau la aku tengok ke tak AF8 ni nanti.. last tengok bersungguh2 pun masa AF4 je, paling hardcore masa AF2..hehe

Nak buat Cupcakes


Tengok balik gambar2 cupcakes yang aku buat dulu ni, 
terasa macam nak makan cupcakes plak..

Biarlah comot pon,
sendiri mau makan kan..
bedal aje lah..
hehe..


Em..
Kena gi beli barang2 icing ni..

Tak sabarnye nak makan!~

ps: nak? hehe..

Feb 9, 2010

Ganti MyKad di JPN Putrajaya: Siap dalam 24 Jam Sahaja

Benar!
Tak tipu!
Kalau buat pukul 9 pagi harini,
pukul 9pagi esok dah boleh collect~

Sebab, baru ni aku ada pergi renew MyKad aku kat situ.
Pekerja dia pun semua friendly, I like!
Kondisi pejabat JPN tu..perghh.. superb!

Memang sehari je siap,
tapi mungkin bergantung kepada kes juga.
Macam aku alamat semua tak tukar, just pergi tukar gambar je.

Sebab ape aku pergi tukar gambar?
Sebab...MyKad lame aku tu, aritu aku gune mase exam SPA,
diorang tak cam aku.. hampagas betol!~~

Apa lain bebenor ke muka aku tu?
Aku takdela plak nak injek vitamin C ke, botox ke..
Plastik surgery pon tidak..
Mungkin muka umur 18 ngan 23 lain kot??!

Ha, ni gambar MyKad lama..

Dan ini pulak yang baru..

Lain ke?
Sebab pipi tambah tembam agaknya..
Cess..

Sape2 nak pegi tukar, gi la..
RM10 sahaja..

Well, tapi biasa la..
Gambar kat MyKad xleh la semolek gambar tangkap untuk letak kat Facebook..
haha..
Standard ah kan..
heeee...

ps: Gunalah sabun Natasya.. Ianya berkesan mengurangkan kegelepan kulitku..
*tetibe*

Katil & Cadar Yang Pelik

Bangun pepagi, search2 kat Google..
Terjumpa la beberapa jenis katil dan cadar yang pelik..

Yang pertama:

Hehe,,khas untuk orang yang tido mengerekot macam ni je..
Silap2 pusing, belebuk jatuh ke bawah..hehe..

Yang kedua:

Katil yang ala2 perangkap yang Donald Duck guna nak tangkap Chip & Dale..
Kalau tersilap tersepak, lemas tak cukup oksigen la dalam tu..heee

ada lagi..
teruskan membaca..haha

Yang ke tiga:

kepada yang rasa nak tidur dalam keadaan kiut, leh la beli katil ni..
pastu leh amek gambar, tag kat Facebook..haha..
Bahagian atas dia pon boleh baring gak sebenarnye..
Tapi kat Malaysia, lebih2 lagi rumah yang takde aircond, mau menggelupor panas tido dalam burger neh..hehe..


Yang keempat:
Katil ni mesti gerak macam buai baby kan?
Bila tidor rase didodoi2 je macam mase kecik2 dulu..
Tapi aku yang mabuk laut ni, sensilap muntah je lebih dari tido..haha..

Yang kelima:
ha yang ni mungkin sesuai dibeli oleh pasangan suami isteri yang asik2 nak bertekak..
boleh beli dan jadikan sofa kat ruang tamu..
pastu bila dah gadoh teruk2 kaw2 punya, salah sorang tak perlu risau nak tido mane, tido aje kat ruang tamu tu, sebab sofa tu adalah multifunction, boleh dicantum menjadi katil yang comel..

Abes bab katil pelik, ni aku nak tunjuk gambar cadar pelik pulak..
Harap takde lah yang marah ye..hehe..
ready?

cadar pertama:
korang boleh klik gambar untuk besarkan..
Yang permpuan tu adalah corak cadar dan sarung bantal ye..
hahaha!
konon2 tido ngan pompuan tu lah..
kepada lelaki2 yang teringin giler nak tido sebelah pompuan mat salleh, leh ar beli..
heeeeee..

dan cadar yang kedua,
agak melampau ye cadar ni:
sexy benar cadar ni..
kalau orang gemuk tringin nak badan cam model leh la beli kot?
eh aku tak rekomen ok..
huhuhuhuh..

ps: aku tak bertanggungjawab atas segala perasaan pelik yang hadir dalam diri korang..
grown up guys..
kui kui kui..

Jangan tinggal link ke blog duit disini

Sebab, saya sangat tak berminat.
Malah, benci kot?
TInggal link kat shoutbox saya, then suruh pergi ke blog yang tertulis,
"cara mudah buat duit?"

Oh, saya tak berminat.
Bukan sebab saya kaya, tapi tak MINAT.
Harap paham la ye.

Dulu Si Tedi pun pernah merungut hal ni dalam blog dia.
Samelah saya pon.

ps: kenape eh aku tak suke, aku pon tak tau~

Feb 8, 2010

Oh Durian & Satar

Hari tu masa pergi Terengganu, selain jalan2, banyaklah jugak makan2..
Eh aku tak cerita lagi ye aku jalan mane? haha.. nanti la aku cerita..

Ada sekali tu, gi Pasar Payang tu, semua pulak teringin nak makan durian..
Tapi takleh nak bawak balik chalet..kang nak kopek cmane..
jadi, abah pun suh makan kat situ gak..




Semangat kan famili aku makan?
Aku?
Aku takleh makan durian.......
Sebab nanti bila makan, aku leh pening sampai rasa nak pitam..

Jadinya, aku jadi pengadil je la..
huhu..

tapi ada 1 benda yang aku memang sangat2 suka makan..
sepanjang aku duk terengganu 3tahun dulu pon, aku memang selalu makan benda ni..


Ianya adalah satar..
mavelles wa cakap lu!

ps: pergh...tetibe tringain lak..mana nak carik kat Semenyih ni????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...