Pages

Jan 27, 2010

Uncle yang ________!

Salam semua, sihatlah hendaknya ye..
Aku?
AKu tak sihat la..
dah 4-5 hari dah nafas aku sesak..
malam semalam dah tak boleh tahan lagi,
last sekali kene gi dapatkan bantuan pernafasan kat Hospital Serdang..

Dahla hospital ni ada kenangan sedih, ye la..
Kat hospital ni la arwah atok aku menghembuskan nafas dia yang terakhir lewat 2008 aritu..

Sesampai je kat hospital tu, aku kene gi kat ruangan asma kritikal..
ada banyak kerusi2 yang ada salur pernafasan tu..
aku pun duduk la..
pastu MA ke nurse tah, dia suh aku sedut benda tu..

Tengah aku duk termengah2 menyedut bnda tu, datang la sorang Uncle ni..
Aku pon tak pasti pe jawatan dia kat situ..
dia ada la nak ajak aku berborak kot, walaupon dia nmpak je aku nak bernafas pon susah..

Soalan pertama dia tanya kat aku sebaik je dia nampak aku,

"Kau ni kerja apa?"

aku jawab la, aku tak kerja..dia tanya lagi..

"Kau ni sekolah sampai tingkatan berapa je yang tak kerja ni?"

erk.. terkedu aku dengan uncle ni..
aku pun jawabla..

"Saya baru je habis buat master, sekarang ni tengah carik kerja la.."
bayangkan la, dalam keadaan semput aku jawab jugak..

pastu dia tanya aku master bidang apa, aku jawabla Biologi..
then dia kate lagi..

"U ni takkan dapat kerja langsung sampai bila2 pun sebab u ambil biologi tu"

erk? sedap mulut btol uncle ni..
pastu dia cakap lagi..

"Tu la, u tak pikir panjang sebelum ambil itu geografi..takde market, buang duit je"

hah? memula elok je dia dengar biologi, sekali dia leh ingat aku amek geografi plak..
aku malas dah nak layan dia lepas tu.. baikla aku layan paru-paru aku..

tapi dia tak boring kot, dia cakap sal lain plak..

"U ni tinggi, saya tak pernah tengok perempuan tinggi ini macam tau, tinggi2 tak cantik tau perempuan"

aih uncle ni, aku sepak 'tut' ko tu kang.. mak aku tu lagi tinggi dari aku tau tak??
elok je kawen, cantik je pon..

pastu dia kata lagi..

"U ni tinggi, pipi pun bulat, mesti takda lelaki nak kat u punya"

terkesima aku.. ape hal uncle ni..
sedih gila rasenya..
apa yang dia tak puas hati dengan aku sebenarnya???

kalau aku buruk pun, aku takde orang nak pon,
ape kene mengena dengan dia?

kalau aku tak dapat kerja pon, ape sangkut paut dengan dia??

abeh je sedut, aku pun terus keluar..dahla kaki pon terketar2 akibat ubat tu..
pastu aku nampak uncle tu duk main2 xray orang dalam komputer..
macam budak2..

aku pon tpikir..biol kot orang tua ni..
huuu~

ps: dahla sakit, tambah pulak dengan sakit hati..

Jan 14, 2010

Kenapa anjing menyalak?



Dah lame aku hairan sebenarnya..

Di kawasan rumah aku ni, ada banyak jugak anjing liar..
Tapi yang menjadi kemusykilan pada aku adalah,
kenapa, setiap kali waktu azan berkumandang di surau berdekatan,
anjing2 ni akan sahut menyahut, dengan bunyi yang sangat menyeramkan,
macam dalam cerita hantu..

Aku tak reka cerita, ini bnda benar..
tapi aku tak tau kenape..
aku tanya abah, dia pon tak sure..
sebab kat tempat lain yang ada anjing pon. takde la anjing menyahut macam tu kan?
kenapa ye..ada sape2 tau?

ps: aku mintak maaf sebab aku tak balas komen korang, aku gak tak komen blog korang, and aku jarang gila update blog.. :(

ps+: thanks ye sudi baca blog aku :)

Jan 9, 2010

Happy 1st Birthday Blog!


Selamat Hari Jadi Blog Cik Syazni!
Hari Jadi yang pertama!

=)

Jan 8, 2010

Sangat-sangat!

Saya sangat2 rindukan Zaimi..




I miss u very very much
:((

even boleh video call pun, tak same ngan jumpa depan2...

ps: Syazni jangan nanges boleh tak?

Tribute to Ameera Akbar

Hi Amy!

AKu wat entry ni khas untuk ko, sebab pe?
ha ko tengok gambar bawah ni..
boleh juga diklik untuk membesarkannya..

Aku duk cek keyword Nuffnang aku..

Uiyo amy..orang search name ko tu!
haha!
name penuh lg!
hihiihhi!

ps: saje suke-suke..ngeee~

Syaitan yang punya

Semalam aku takde watpe pun, aku duk umah je..
Boring2..tengokla Senario kat Astro Warna..
Serius aku rasa aku dah dewasa bila tengok senario ni..
Ye la..cerita tu zaman aku skolah2 lagi..hehe

Pastu kan macam biasa, cerita senario bila dah abeh kan ada lagu,
ada 1 rangkap lagu dia tu aku dengar pastu senyum sorang2..
Agak comel lak..hehe

"Jangan anda meminum arak,
Arak itu syaitan yang punya, 
Kalau anda minum, 
Nanti syaitan, Syaitan nak minum, 
Syaitan nak minum air apa"



Erm.. arak tu haram..
Tapi aku heran, ramai jugak anak2 melayu kita ni yang teguk benda ni..
Pastu kalau terasa, mesti ada yang nak sound aku,

"Ala macam la baik sangat minah neh!"

Ye aku memang tak ngaku aku baik,
tapi aku tak minum arak..

:)

ps: apekah yang aku cerita neh?

Jan 7, 2010

Kiriman Shabanun Salwa

Hello!
Update lagik!

Sebab gumbira!
Gumbira!

Hehehe..
Tadi kan, tetibe je ada posman hon hon depan umah..
Aku pon menyuruh adik aku gi tengok..
Kot2 la abahnye surat ke pe ke..
Tapi pada masa yang same aku jengah2 gak la kat muka pintu..
Sekali aku terdengar posman tu kata..

"untuk Nursyazni.."

uiks, aku tu!
Aku dapat pos laju!
haha! apekah ia?



aku pon tengok sender dia sape..
sebab tulisan macam kenai..
rupenye dari Wa..

=)

Wa adalah salah sorang kawan baik aku..
Geng tot tot!
Kami jumpa di UMT, sebilik, serumah..
ketawa, gaduh..haha!

Wa bagi kad besday!
yay!

Dan jugak seutas gelang..

jangan tengok tangan aku tu, tengok gelang je..hehe..

Thanks Wa..mwah mwah!

Wa dan aku..
dalam 3 tahun lepas..
Masa zaman kurus dolu2 daa..
Aih ni yang semangat diet makin berkobar2 tengok gambar lame ni..
heeee!

4 Sekeluarga mati dibunuh di Gemencheh

Hoi terkejut bukan kepalang aku baca paper arini..
Aku baru tau sal berita ni..
4 sekeluarga mati dibunuh dengan sangat2 dasyat!!
Yang membunuh tu dipercayai ahli keluarga sendiri..

Tergamak lelaki tu bunuh ayah, atok, nenek dan adik dia sendiri..
bukan main tekap2 bantal je bunuh tu, ni ngeri gile!
Adekah terpengaruh dengan filem??
untuk berita penuh, korang boleh baca disini..

Dia bunuh atok dia yang berumur 90tahun (Atan) dan sakit buah pinggang..
Arwah atok dia tu putus tangan kanan dipercayai ditetak..

Nenek dia, 80tahun (Sufiah), pulak putus tangan kiri, ditetak jugak..

Ayah kandung dia (Ismail), iaitu menantu kepada Atan dan Sufiah,
dia penggal kepala!!
Pastu dia tanam kat Shah Alam..

Adik Kandung dia, Siti Khadijah,22, mati dengan senjata tajam terpacak di dada..

Apa la nak jadi?
Duduk dalam rumah sendiri pon dah tak selamat ke?

:(

takde atok, nenek, ngan bapak ko tu, takde la kau binatang!
sdey..
mereka dah dikebumikan dalam satu liang..
Takziah dan AlFatihah..

ps: dah takde akal agaknye mamat tu..

Jan 2, 2010

Happy Birthday to us!

Harini 2 January, maka genaplah aku berumur 24 tahun..
wah..makin besar angka tu..
Alhamdulillah..
Aku rase, aku dah cukup dewasa dengan umor itu..

Harap akan berfikir & bertindak lebih matured lepas ni..
Pada 30hb aritu, aku dan Zaimi sambut birthday kami same2..
Kenapa 30hb? Sebab tarikh tu agak tengah2 dari birthday kami..
Hehe..
Disebabkan birthday kami dekat2 je, walaupon berbeza tahun,
Zaimi tahun 85, aku 86..
Tapi birthday kami selang 5 hari je..
Zaimi tua dari aku 5 hari je..hehe..

Makanya, sambut sekali lah :)
Kek kami!
Syazaimi 09/10..
Kami same2 berumur 24 sekarang walaupon tahun berbeza..hehe
dan ini kali ke 4 kami sambut bday same2..
dan kali ke 3 beli kek bday same2.. [sebab tahun lepas atok meninggal, tak beli kek]


sambut kecik2 je..kek, fries, popia and apple juice blend sendiri..hehe..

mari2 potong kek..ngeeee!

2 masyarakat Malaysia yang berumur 24tahun..huhu..

eh kami ni sambut birthday berdua je ke?
takdelah..
adik aku ade..

hee!

sila scroll ke bawah jika berminat membeli tudung bawal putih batu!~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...