Pages

Dec 15, 2010

Budak 4 Tahun Teman Mayat Ibu 2 Hari: Tapi Utusan Malaysia..

Kesian sungguh dengan nasib kanak-kanak berusia 4 tahun di Sibu ni..
Ibunya dipercayai dah meninggal dua hari, dah berulat dah pun..
Tapi mungkin sebab dia kecil lagi, dia tak mampu untuk pergi meminta bantuan..

Apa yang dia mampu adalah hanya duduk je menahan lapar menemani mayat ibunya itu..

Memang perasaan simpati mula terbit dalam diri aku masa aku membaca berita ini tadi..
Baris demi baris..

Tup tup, habis je aku baca berita ni tadi, aku tergelak.

Eh kenapa aku tergelak?
Adakah aku mengejek nasib budak kecik itu?
Oh tidak..aku tak lah sekejam itu..
Aku kesian kat budak tu, tak kan aku nak gelakkan dia..

Apa yang buat aku tergelak adalah Utusan Malaysia ada menyelitkan satu perkataan yang agak unik disitu.
Yakni di berita itu.


Kenapa ada perkataan habis disitu?
Kenapa?
Kenapa???
Kenapa????

Sumber artikel adalah di sini.
Harapnya perkataan habis itu di remove lah ye :)

ps: takziah kepada keluarga mangsa, Magdeline Cadon..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...