Pages

Nov 3, 2010

Nombor Telefon Bimbit Menjadi 11 Angka mulai Disember 2010

Jika sebelum ini, 31 juta nombor telefon bimbit sedia ada di Malaysia menggunakan sistem 10 angka, tetapi mulai 15 haribulan  depan, nombor yang baru didaftarkan akan menjadi 11 angka..

Sistem 3+7 yang seperti sekarang akan berubah menjadi 3+8 pula.. Dan untuk semua rangkaian, awalan 011 akan digunakan..



Apa yang menarik minat aku dalam berita ni?

GILA BANYAKNYA NOMBOR TELEFON BIMBIT KAT MALAYSIA!

Sampai 31 Juta nombor dah ada!
Sampai  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terpaksa memikirkan sistem nombor baru untuk menampung kapasiti sistem nombor 3+7 yang dah tak cukup..hehe..

Ini beerti rakyat kita sudah hidup senang, orang tua-tua, budak sekolah, orang asli pedalaman pun boleh menggunakan handphone.. =)

Oh tapi nombor telefon yang kita guna sekarang tetap tak berubah, sistem tu hanya untuk nombor baru selepas 15 Disember nanti..

Mau beli nombor baru 011 tak? Hehe..

Sumber Berita disini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...