Pages

Nov 9, 2010

Bayi mati dibasuh dalam Washing Machine

Tersedak aku bila terbaca berita ni kat surat khabar tadi..

Seorang ibu yang SANGAT LALAI telah memasukkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh, sekali dengan bayi dia. Setelah 40 minit, baru bayi tu ditemui. Dan penyet dah. T_T

Berita tu (aku copy paste dari Harian Metro ya)


BARTLESVILLE, (Oklahoma): Seorang bayi perempuan berusia 10 hari mati selepas dimasukkan dalam mesin basuh yang berputar. Ibu bayi terbabit, Lyndsey Fiddler memasukkan bayinya bersama baju kotor ke dalam mesin basuh sebelum memulakan operasi membasuh. Bayi itu berada di dalam mesin basuh yang dipenuhi baju kotor selama 40 minit sebelum ditemui. Seorang anggota keluarga yang datang mengunjungi Lyndsey menemui wanita itu tidak sedarkan diri dan bayinya pula, Maggie May hilang. Dia mendengar bunyi aneh daripada mesin basuh itu dan apabila membukanya, dia menemui tubuh Maggie yang sudah penyek bercampur dengan baju yang dibasuh. Kematian mengerikan di Bartlesville, Oklahoma itu menyebabkan petugas kecemasan dan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian menangis. - Agensi

Ngeri kan??

Tapi tak taulah kalau-kalau betul mak dia ke yang masukkan bayi dia, sebab katanya ditemui tidak sedarkan diri. Ke tidur mati? Huwaa..


Pastikan anak korang tidak bermain dalam mesin basuh ye.. Sedangkan baju pun berpintal-pintal jadinya..inikan pulak orang..argghhh..takut!

ps: dah kahwin nanti tak boleh nak membuta sesuka hati kerana ada tanggungjawab yang harus dipikul..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...