Pages

Oct 11, 2010

Tragedi 10.10.10. Kemalangan Ngeri!

Ramai orang teruja dengan tarikh 10.10.10, termasuklah aku!
Semalam aku asyik tertanya-tanya, apalah yang akan jadi sejarah besar pada tarikh 10.10.10 ni.
Pada tarikh 10.10.10, atau juga dikenali sebagai Perfect 10 ni, angkasawan negara kita, Dr. Sheikh Muszaffar memilih untuk kahwin, siap ada siaran langsung.. Penyanyi dan pelakon, Aqasha pun memilih tarikh Perfect 10 ni sebagai tarikh kahwin jugak..

Tapi yang paling tak disangka, tarikh 10.10.10 ni jugak menjadi tarikh kepada kemalangan yang sangat ngeri sehingga meragut 12 nyawa di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan .. Kemalangan yang membabitkan sebuah van, 2 kereta dan 2 bas.. Ya Allah..
Inilah The Real Tragedi Oktober!

Bayangkan sebuah bas terbabas, dan melambung sehingga menghimpap kenderaan lain.. T_T

-gambar dari Berita Harian Online-

Sumber dan gambar-gambar ada di sini, sini dan sini.

Takziah kepada keluarga mangsa, moralnya disini, memandulah dengan berhati-hati..
Syukur kepada yang terselamat..

ps: memang kadang-kadang bila lalu highway, bas dipandu dengan sangat laju, siap potong-potong lagi.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...