Pages

Oct 21, 2010

Rozaliya Sudah di Temui


Betul andaian aku dengan berita kehilangan Rozaliya ni, seorang gadis yang didapati hilang ketika membeli-belah persiapan perkahwinan dia dan tunangnya, Mohd Helmi. Aku saja je agak-agak dia yang lari sebab tak mahu kahwin, tengok-tengok memang itu pun yang terjadi..


Syukurlah dia telah ditemui semula.. Kesian dekat keluarga dia risau, Rozaliya ni rupanya siap dah bekerja di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Mujur penyelia dia dapat cam bahawa dia adalah Rozaliya..

Katanya Rozaliya tertekan dengan perubahan sikap tunangnya selepas ikatan terjalin, tak seperti sewaktu berkawan dahulu.. Tunangnya menjadi semakin panas baran, suka mengongkong dan sukar diajak kemana-mana.. 

Hmm..tak apalah adik Rozaliya, kamu pun muda lagi..baru 20 tahun.. Mungkin ada lelaki lain yang lebih sesuai untuk kamu? Sekarang ni bapa Rozaliya kata terserah pada anak dia kalau nak batalkan perkahwinan tu.. Bagi aku la, biarlah putus tunang, dari dah kahwin nanti bercerai berai pulak kan..

Apa pulak komen tunang dia, Helmi tu ya?

Sementara itu, Mohd Helmi ketika ditemui selepas sidang media sama berkata, sebelum ini, dia begitu menyayangi Rozaliya, namun selepas kejadian itu, hatinya sudah tawar. “Saya maafkan perbuatannya dan biarlah takdir menentukan nasib kami,” katanya.

Sumber berita dan gambar adalah dari Harian Metro.. 

ps: aku dah 24, masih belum bertunang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...