Pages

Oct 1, 2010

Kabel Lif Putus dan Jatuh dari Tingkat 6

Erk!

Serius aku rasa seriau pulak bila terbaca pasal lif jatuh ni..
Dalam kejadian kat Petaling Jaya ni, 4 orang cedera agak teruk.
Bayangkanlah, tengah naik lif, tetiba lif tu jatuh, kat mana nak berpaut?
Ada yang patah kaki..huhu..




Dulu, aku selalu terbayang perkara tu tiap kali aku naik lif dekat rumah nenek aku dekat Flat Sri Pahang,
ye lah akal budak-budak, selalu pulak ada orang acah-acah aku kata nanti lif nak jatuh la apa la..
Tapi Alhamdulillah, walaupun flat tu dah tua, lif dia masih baik..
Semoga semua penyelenggara lif ambil iktibar la kejadian ni, sebab lif sepatutnya untuk kemudahan penduduk.

Mungkin ada juga yang cakap, naik tangga lagi baik untuk kesihatan, tapi senarionya tak semudah tu.
Macam dekat Flat rumah nenek aku tu, majoriti penduduk adalah orang tua, dan flat tu pulak 16 tingkat.
Kalau setakat satu dua tingkat, mungkin orang boleh gagahkan lagi untuk memanjat, tapi kalau nak naik tingkat yang tinggi-tinggi? Aku yang muda ni pun serender.. cukuplah masa aku kecik dulu, dimana lif tu sedang di upgrade, hari2 aku kena menapak 13 tingkat..huhu..

Semoga kejadian tu tak berulang lagi..bahaya owh.. Sumber berita tadi disini. 

ps: tetibe teringat nasik lemak kuah kurma kat bawah Flat Sri Pahang tu.. nyum nyum!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...