Pages

Sep 4, 2010

Taktik Baru Penyamun: Hantar Hamper Ke Rumah

Dah namanya penyamun, otak tu ligat je berjalan cari idea macam mana nak masuk rumah orang dan merompak. Sekarang ni dah ada taktik baru pulak, iaitu menggunakan hamper.

-gambar hiasan-

Dulu dia buat cara jadi salesman, tapi sekarang dah ramai orang tak kan bukak pintu kalau salesman yang ketuk pintu.. Maka dia bawak umpan pulak sekarang.. Dia datang bawak hadiah konon-konon ada orang nak bagi kita hadiah hamper tu..

Jadi kita mesti macam gembira punya dapat hadiah tu, confirm kita keluar nak amek hamper tu kan?
Tapi rupanya dalam hamper tu dia dah selitkan parang.. Terus je dia guna parang tu acu kat leher kita.. Lepas tu dia boleh mulakan acara rompakan dia..

Hamper ke mana, barang-barang rumah ke mana.. silap-silap kalau dah sampai ajal, nyawa pun melayang..
Ini bukan gebang kosong.. Ada satu rumah di Bandar Sunway dah kena..

Jadi beringatlah ye.. Agak-agak ada orang datang bawak hamper ke, hadiah ke..
Tanyalah dari siapa..kalau dia sebut nama orang tak kenal tu, tak yah lah amek kot?
Kan?

ps: kreatif betul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...