Pages

Aug 25, 2010

Lagi Pelajar Maut Jatuh dari Tingkat 4 Kolej Pendeta Za'ba

OK berita ni sangat mengejutkan..
Bagi aku lah..


Aku copy paste dari Harian Metro, korang baca ye..


KAJANG: Seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama Kolej Pendeta Za'ba di kampus itu di Bangi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, San Zhong Jai, 21, ditemui mati di tingkat bawah bangunan terbabit oleh rakannya sebelum dimaklumkan kepada pihak pengurusan universiti dan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian sebenar.


“Siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tingkat empat bangunan itu tanpa disedari sesiapa. Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa bunuh diri atau sebaliknya.


“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut dan kami menunggu laporan bedah siasat,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.


Err..  kenapa terjadi lagi?
AKu pernah menginap dekat asrama tu selama 1 semester..
Memang struktur bangunan dia agak tinggi, kalau naik tangga memang tercungap-cungap..
Dahlah berbukit2..

Tapi bukan bermaksud sesuai untuk bunuh diri kot?
Masalahnya, bunuh diri ke ye?

Ish takut lah pulak.. Sebab perkara ni dah dua kali terjadi..

ps: dimanakah salahnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...