Pages

Aug 16, 2010

Kes Suami Tidak Siuman Tetak Isteri Di Teluk Intan

Ini berita semalam. Bagi aku berita ini memang sangat memilukan.
Macam tak percaya pun ada. Macam drama, tapi berita itu adalah kisah benar.
Seorang lelaki kurang siuman menetak isterinya dengan parang sehingga mati ketika umat Islam lain sedang bersahur. Si anak pula hilang dua jari di tangan kanan. Memang tragedi berdarah yang amat menyakitkan!

Aku tak tergamak nak bayangkan bagaimana si isteri menanggung azab ditetak oleh parang yang diasah hari-hari oleh si suami tiap kali dia marah. Itulah yang dikatakan oleh jiran mereka mengikut yang aku baca. Bayangkan apa perasaan anak-anak, di mana pada hari yang sama mereka kehilangan kedua ibu dan bapa, tapi dalam keadaan macam tu? :( Pasti trauma seumur hidup.. Semoga anak-anak mereka dapat menjalani kehidupan yang baik..


Al-Fatihah kepada mangsa.. 

ps: mengikut Utusan Malaysia yang aku baca semalam, Shopaholic juga adalah penyakit mental. Nasib baik aku tidak..fuh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...