Pages

Aug 12, 2010

Hati mahu tapi macam tiada jodoh

Hallo hallo..

Aku memang selalu terfikir kenapa kami ni seolah-olah tak ada jodoh.. Aku suka, memang suka sangat-sangat! Tapi dia selalu pergi.. Yang aku suka tu lah yang nak pergi.. Yang lain aku tengok OK je.. tapi kalau dia je, mesti tak kekal lama.. Dia macam tak mahu bersama dengan aku dalam tempoh masa yang lama.. Dah banyak kali dah aku mencuba untuk bersama dia.. Tapi tak berjaya.. Dia pergi jua akhirnya.. T_T

Oh aku bercakap pasal Ikan Guppy ye. Aku memang suka sangat dekat ikan guppy ni.. Lebih-lebih lagi yang ekor dia lawa-lawa..fuh~! Cantik lah!


Tapi itulah.. kat rumah aku ni, macam ada sumpahan pulak kalau bela guppy..
selalu tak tahan lama.. kadang-kadang 2 hari je dah gol.. ikan lain ok pulak hidupnya..


Dah banyak kali dah beli guppy, paling lama pun dia hidup sampai beranak-anak, lepas tu mati dengan anak-anak tu sekali..haha!


Orang selalu cakap ikan guppy lah yang paling senang nak hidup..
Zaimi pun ada cakap, dekat rumah dia ada sekolam ikan guppy..
Semuanya sebab ikan tu cepat membiak..


Tapi tu lah, dekat rumah aku ni dia tak mau menjadi..
Sedihlah jugak..


Kadang-kadang sajalah masuk kedai ikan mana-mana sebab nak tengok ikan ni banyak-banyak berenang dalam akuarium kedai ikan tu.. Dari situ aku boleh nampaklah kedai ikan mana yang ada beli guppy untuk dijual, ataupun dia ternak sendiri dan jual..haha~!



GUppy ni kalau yang cantik tu, ada mencecah dekat RM3 seekor.. kalau yang biasa tu RM1 je, kadang-kadang 50sen pun ada.. Dulu aku dengan Zaimi selalu pergi dekat Pudu tu.. kadang-kadang beli ikan, kadang-kadang pergi sekadar untuk cuci mata je..hihi.. 

Kat Pudu tu memang banyak gila lah jenis ikan.. Guppy ni macam-macam jenis.. Hati memang gatal je nak beli, tapi kalau dah asyik beli asyik mati.. Rasa ralatlah pulak nak beli selalu..


Masa belajar UKM dulu pulak aku selalu pergi dekat kedai akuarium sebelah Warta tu.. Kat depan kedai dia ada akurium yang cantik sangat, siap ada ekosistem lagi.. ada rumput-rumput kayu-kayu bagai.. ikan pun baynyak dia letak dalam akurium tu..perghhh...


Impian aku nak ada akuarium macam tu lah.. Dalam akuarium tu aku nak letak banyak guppy, macam-macam jenis! bestnya! Bilalah nak jadi kenyataan..?

ps: guppy aku beli 2 ekor semalam masih hidup..harap lamalah hidupnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...