Pages

Jul 3, 2010

Ish! Tak habis-habis!

Hai semua =)

Aku tak tau nak mulakan entry ni macam mana..
Cuma aku ada berasa sedikit jelak malam ni.



Dari aku kecik, aku dah dihujani dengan 'fenomena berapa mana siapa bila'. Hei, term tu aku yang reka. Haha! Bunyi macam pelik kan? Tapi aku tak tau nak class kan benda tu macam mana lagi. Aku namakan dia macam tu sebab bila sampai je aku pada sesuatu tahap umur, akan bermulalah fenomena dimana ramai orang akan bertanyakan soalan-soalan.

Masa zaman aku sekolah-sekolah dulu, soalan 'berapa' adalah sangat digemari oleh masyarakat untuk diajukan pada aku. 

"Periksa dapat nombor berapa?"
"Masuk kelas nombor berapa?"
"UPSR/PMR/SPM dapat berapa?"

Pergh.. pada waktu itulah, soalan berunsurkan berapa ni memang boleh buat luruh jantung lah!
Nasib baiklah nasib aku baik untuk soalan-soalan tu..takdelah malu nak jawab..

Di perantaraan zaman sekolah dengan zaman universiti pulak, fenomena beralih arah ke soalan 'mana' pulak..

"Tingkatan 4 masuk asrama mana?"
"Lepas SPM sambung belajar mana?"
"Masuk matrik mana?"
"Dapat masuk universiti mana?"
"Sambung master kat mana?"

Soalan mana ni lagi payah nak jawab dari soalan berapa tu.. Yang paling payah sekali adalah ketika aku ditanya 'dapat masuk universiti mana' tu.. Aku akui..atas kesilapan masa matrik, aku terpaksa tanggung kepayahan nak jawab soalan tu.. Tapi aku redha, Allah tu dah aturkan yang terbaik untuk aku sebenarnya..

Masa zaman universiti pulak fenomena 'mana' tadi berkacuk sedikit 'siapa'.. 'berapa' pulak, orang sekeliling ni macam dah tak minat sangat nak tanya..

"Duk berkawan dengan siapa sekarang?"
"Siapa nama dia?"
"Dia orang mana?"

Huish..zaman ni plak, memang la sinis-sinis soalannya.. Seram-seram sejuk jugaklah nak menjawab.. Sebab fenomena ni menjurus bertanya siapakah teman istimewa aku pulak..huhu..

Ha, sekarang aku berada di fasa fenomena 'bila' pulak.. Serius cakaplah, fasa ni lah yang paling mencabar mental sekali. Fasa yang kedua ngeri selepas fenomena 'mana'. Mungkin sebab aku ini wanita biasa yang semuanya serba kekurangan..rezeki belum kunjung tiba..makanya aku rasa soalan bercirikan 'bila' ni, aku menyampah sangat nak jawab. betul, aku tak tipu.

"bila konvo?"
"sampai bila tak nak kerja?"
"bila nak kahwin?"

pheww.. soalan yang menyakitkan otak. yang konvo tu takpe lagi, sebab bukannya aku tak pernah konvo masa first degree dulu. yang tension adalah dua soalan seterusnya tu.. yang pasal kerja, bukan aku tak nak. tapi tak dapat lagi. aku malas nak jawab. yang pasal kahwin tu lagilah stress nak menjawabnya, macamlah umur aku dah 34. haih..


Dan aku yakinlah, fenomena 'bila' tu akan tetap berterusan walaupun aku dah kahwin dan seterusnya nanti.

"bila nak dapat anak ni?"

lepas tu, fenomena 'berapa' akan datang balik pulak..

"anak dah berapa?"
"gaji kau berapa sekarang?"

hidupkan berpusing macam roda, lepas 'berapa', 'mana' pulak akan datang balik..

"rumah kau kat mana sekarang?"
"anak kau belajar kat mana?"
"anak kau keje kat mana sekarang?"

then, fenomena 'mana' kacuk 'siapa' pulak datang balik.. campur dengan 'bila' jugak sikit-sikit..

"anak kau tu bila nak kawen?"
"anak kau nak kawen dengan orang mana?"
"siapa menantu kau?"
"menantu kau keje kat mana sekarang?"

ha.. lepas tu fenomena 'bila' akan datang lagi..

"bila kau nak pergi haji...?"
"bilalah masa kita nak 'pergi' pulak ye.."



hmmm.... penat + tension.

ps: entry ini adalah apa yang aku lalui.. hidup kita tidak sama =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...