Pages

May 2, 2010

Teh Tarik RM2.20

Salam semua =)

Aku rasa kena tipu la, serius.
Semua gara-gara aku terlalu teruja nak try macam mana rasanya air teh tarik dalam tin yang dijual di sebuah kedai 24jam di Semenyih Sentral.. Rasa nak gelak pun ada..haha

Alkisahnya aku ternampak air ni dalam peti ais kedai tu, nampak macam comel je, kira first time la aku nampak tu.. Tin dia ada gambar mamak tengah tarik teh, misai dia nala punya pintal..haha


Aku tengok harga dia, RM1.50. 
Okeyla aku cakap, lebih 30sen je kalau beli yang bungkus kat kedai mamak, sebab nak try aje.


Pastu dah bawak gi kaunter, budak tu punch harga dia RM2.20..
Ngaaa! Lebih 70sen tu!
Gila dah sampai kat kaunter aku malu pulak kata tak jadi amek..

Sedih gila.. aku malas nak marah kat budak tu, mungkin pelekat harga dia yang salah, sebab masa dia punch tu, dia scan bar code..Maknanya dalam sistem dia, air tu memang berharga RM2.20, bukan RM1.50..
Tapi aku cakap la kat budak tu, kat tin ngan kat peti, air ni tertulis harga dia RM1.50.. Budak tu cuma cakap, ''Ye ke?".. 

Senak jugak la hati aku memikirkan kemahalan air yang aku beli ni, kalau aku tau la aku nak kena kuar duit sampai RM2.20, baiklah aku singgah kat Ibrahim Maju tu beli teh ais bungkus, sah-sah dah murah dan yang penting kuantiti dia BANYAK. Tak adalah 5-6 kali sedut aje dah habis..

Serius aku rasa rugi sangat 70sen aku tu..aih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...