Pages

May 7, 2010

Sudah letih dengan gemuk


Salam semua =)

Serius aku katakan, aku sudah letih dengan berat badan aku sekarang.

Pertama: Aku bosan sebab fesyen pemakaian aku terhad.
Kedua: Banyak sangat lemak berlebihan, bila aku senyum pun, nampak lemak lebih bawah dagu :(
Ketiga: Aku rasa alignment badan aku berjalan dah tak betul, aku dapat rasakan betapa hodohnya aku berjalan.
Keempat: Tumit aku dah mulai sakit, doktor kata sebab berat badan yang berat!!
Kelima: Aku rasa aku nampak tua dari usia.
Keenam: Orang dari kedai pelansingan badan/jual pil kurus selalu sekat aku berjalan dan bagi aku pamplet.
Ketujuh: Orang dari kedai alat senaman pun selalu bagi aku pamplet.
Kelapan: Bila aku masuk kedai baju, orang akan sajeskan aku pakaian bersaiz besar punya!
Kesembilan: Aku rasa dah tak reti nak posing cemane masa amek gambar, sebab banyak lemak-lemak!
Kesepuluh: Aku rindu aku yang dulu, yang berbadan ideal..uhuk..

Tengok, gemuknya aku!

Itu muka yang selebar pinggan, perut one pack..aih..

Aku juga dah muak bila orang tegur:

"Apa menjadi-jadi naik badan kau Nie?"
"Sazeni besaq no la ni"
"Hai..makin sehat nampak"
"Bahagia nampak!"
"Senang hati ke..badan naik"
"Cubalah control makan sikit.."
dll..

Baiklah!
Aku dah rancang dengan mak, aku dah lantik mak jadi pengurus diet aku..
Aku nak beli produk Dr Rozmey diet sediet dietnya~!
Aku berharap sangat iman aku kuat untuk kawal nafsu makan aku..
Aku tak nak stress2..
Aku nak buat sit up hari2..
Sebab aku tak mampu nak beli ubat Dr Rozmey tu..mahal sangat!!!
Nak pergi London Bodyweight pun, setakat bekerja sendiri [cewah!],
memang tak mampu..
Sendayu Tinggi? Tak mampu jugak..

Aku kena cekalkan hati!
Aku kena kembali seperti dulu!
Waktu aku sekolah..
Waktu mula-mula Zaimi tackle aku..awww...hehe

Kawan-kawan, doakan aku berjaya ye?
Mulai esok jugak aku nak catit berat aku..aku nak buang 25kg..
Ya Allah bantulah aku..
Amin..

ps: korang tak suka entry ni? tak suke xpelah.. T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...