Pages

May 29, 2010

Punca Gadis Dilarikan Lelaki Lombok

Hello Bloggers~!

Makin hari, makin ramai pulak adik-adik, kakak-kakak, anak-anak, yang melarikan diri ke Lombok. Melarikan diri ke? Ke dilarikan? Kenapa Lombok? Kenapa bila masuk berita je, dilarikan oleh Jejaka Lombok. 



-ini sah-sah bukan lelaki Lombok-

Lepas tu yang hairannya, bila dah lari, mintak tolong suruh bawak balik ke Malaysia pulak. Masa nak naik bot lari tu, ada teringat kat mak abah tak? Ada tak terfikir, ingat murah ke kos nak bawak kamu balik? Ingat prosedur dia senang? Ingat duit yang diperuntuk tu, tak ada kegunaan kat orang lain?

Aih.. Rupanya bukan salah gadis kita 100%.. 
Pendapat orang lain aku tak tau lah, bagi aku, sama-sama salah, kalau tak suka, tak kan boleh ikut sampai ke sana. Tapi, rupa-rupanya, memang adat lelaki-lelaki Lombok ni, kalau berkenan nak memperisterikan anak dara/janda orang, kena bawak lari dulu. Itu ADAT mereka turun temurun, simbol kejantanan lelaki suku Sasak.

“Memang diakui kami melarikan gadis untuk dijadikan pasangan hidup sama ada dia suka atau tidak. Contohnya dengan berpura-pura bermaksud baik kononnya mahu menghantar seseorang gadis pulang ke rumah, tapi gadis itu akan dilarikan ke rumah keluarga atau saudara lelaki itu. 
“Kemudian, gadis itu akan ‘disimpan’ untuk tempoh tertentu, biasanya seminggu hingga dua minggu sementara keluarga pihak lelaki melakukan perundingan mahar dengan keluarga pihak perempuan. Pihak lelaki yang mempunyai kuasa dalam sebarang keputusan - Harian Metro


Pepatah dulu-dulu ada berbunyi, biar mati anak, jangan mati adat. Tapi kalau sedap2 je bawak lari anak dara orang untuk disimpan, biarlah adat yang mati kot, dari anak yang hilang.

Ish, mintak simpang jauh2...

ps: masih meminati lelaki Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...