Pages

May 9, 2010

Emak Syazni

Salam semua =)

Ini adalah seorang perempuan yang melahirkan saya 24 tahun 4 bulan yang lepas (lebih kurang la)..

Ketika gambar ni diambil, beliau berumur 49 tahun+..

Sebagai anak sulung, saya sempat mengikuti transformasi emak saya ini, 
dari beliau muda sehinggalah hari ini..
Transformasi dari segi fizikal beliau, kisah hidup beliau, susah senang beliau..
Mungkin itulah untungnya menjadi anak sulung..
saya sempat melihat mak saya ketika beliau masih cun dan muda,
mengandungkan adik-adik saya..
sampailah sekarang rambutnya tidak lagi hitam sepenuhnya..ada uban-uban yang menumpang..
ada kedut-kedut kecil di wajahnya..
ada ubat-ubat yang terpaksa beliau makan setiap hari..
banyak perubahannya..

Semenjak saya lahir lagi, memang dah lali dah bila orang tak percaya saya anak beliau,
sampailah baru sekejap tadi kami pergi membeli mesin basuh, 
Cina tu tak percaya kami anak beranak..haha!

Okey aku dah penat taip perkataan saya.
Aku dengan mak aku ni, memang tak sama langsung dari segi fizikal.
1% pun tak sama.. Dari aku kecik, orang akan ingat mak aku tu bawak anak orang lain jalan2..
Sebab mak aku putih kemerah-merahan.. Muka dia macam Cina, masa muda lagi la nampak kecinaan dia,
sedangkan atuk ngan nenek aku bukanlah ada darah cina pun..

Aku pulak? Aku pulak tersangatlah hitam. 
Masa aku kecik, orang ingat aku Chindian..sabar ajelah!
Sebab aku ikut keturunan bapak aku.. Muka aku ni memang banyak sangat2lah ikut belah bapak aku..

1 je yang aku ikut mak aku, kami berdarah O..adik-adik aku semua ikut darah bapak aku, 
walaupun mereka lebih putih, dan lebih mirip emak aku..huhu..
Walaupun orang selalu tak percaya beliau ini mak aku, tapi inilah emak aku..
Yang aku sayang..dan yang selalu marah aku bila aku jahat masa kecik..
berbirat-birat belakang badan kena sebat sebab tak suka buat homework..

Mak aku ni tegas orangnya masa muda dulu,
aku memang duduk dalam kepompong yang mak aku cipta, tapi bila dah besar ni,
baru lah nampak hasilnya duduk dalam kepompong itu..
mungkin kalau mak aku jaga aku ni secara halai-balai je, 
mungkin sekarang aku adalah seorang minah rempit terulung dan dah banyak bayi aku sepah-sepahkan?
Okey, mungkin terlalu sarkastik,
mungkin aku sekarang tak belajar sampai ke peringkat master..

Kalau nak tulis betapa kukuhnya konkrit memori kenangan antara aku dan mak aku kat blog yang tak berapa nak indah ini, mungkin korang akan muak membacanya.. terlalu banyak!

Mak, terima kasih sebab sampai sekarang mak yang masih masak dan basuhkan Nie punya kain baju (guna machine)..hehe.. Eh tapi aku tolong la jugak.. heee..

Mak, selamat hari ibu lah ye.. 
Hari ibu setahun sekali,
Tapi Nie sayang mak hari-hari..

=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...