Pages

Apr 16, 2010

Watie Elite Masuk Hospital

Salam semua..

Masihkah korang ingat bagaimana baju Watie Elite pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) pada 4 April yang lepas? Aku masih ingat dan aku tidak berapa setuju dengan baju tu. Serius tak suka aku pada baju tu. Sebab aku agak suka juga pada Watie Elite @ Watie Sadali ni. Dia pandai menjiwai watak jugak, tak ada lah over atau streotaip lakonan dia. Masa aku tengok dia pakai baju tu, terus aku terfikir, "Tu baju ke ape?".


Ok, tutup cerita pasal baju ABPBH dia tu. Dengar berita dari satu sumber, Watie pula masuk hospital akibat diserang penyakit Hepatitis A. Katanya akibat tersilap makan. 

Watie pun belum pasti, bila dia boleh keluar hospital. Ini juga kali pertama Watie berdepan dengan masalah kesihatan kerana sebelum ini dia sihat walafiat. Watie pun tak sangka perutnya yang mula sakit akibat gastrik semakin teruk apabila mata dan badannya mula menjadi kuning. Hingga ke saat ini, mata dan badannya masih lagi kuning
Macam bahaya juga bunyinya penyakit yang dihinggapi Watie ni, berkaitan dengan organ penting juga tu. Kesian juga lah pada dia, usia dia muda lagi kan. Tetapi itulah kan, penyakit, musibah, ajal, maut semua di tangan Allah SWT. Semoga Watie tabah dan kembali pulih.

ps: redup je pagi Jumaat ni di rumah aku~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...