Pages

Apr 16, 2010

Syndrom W: Menyerang remaja masa kini.

Salam semua =)

Aku terperasan 1 fenomena yang melanda golongan remaja masa kini, 
yakni khususnya budak2 yang masih bersekolah..
mereka dilanda syndrom W.

Syndrom W ni adalah meletakkan sebanyak mungkin huruf W dalam setiap perkataan.
Faham tak? Antara contoh adalah, kalau ayat tu berbunyi: 

"Sape2 pon boleh kot, bila2 pon takpe, nape tanye gitu?"

bila telah di syndrom W kan, ayat tu akan jadi:

"Sapew2 pown bley kowt, blew2 pown xpew, npew tnyew gitew?"

haha..pada aku la, penat otak aku membacanya, sebab otak aku ni skema,
aku gi eja sekali dengan segala W tu.. kalau satu dua perkataan guna syndrom ni, aku tak kesah sebab kadang2 bila SMS dengan kawan2, selit juge la sket2, tapi bila dah 1 ayat? 1 perenggan? pening jugak kot~!?

Aku pernah terbaca 1 blog sorang budak, 
tapi tak ingat blog mana,
dia sangat-sangat aplikasikan Syndrom W ni dalam penulisan dia..
serius funny! haha!

Mungkin rata-rata remaja sekarang pun guna syndrom W ni dalam text mesej (SMS) mereka juga..
Tiadalah salahnya selagi tak guna ketika jawab exam kan? hehe.. tapikan, kenapa boleh tercetusnya fenomena syndrom W ni ye? untuk kelihatan comel dan manja kah? untuk feeling2 muda kah? biarlah mereka dengan syndrom mereka..hehe..tapi jangan SMS aku macam tu sudah, penat nak mebacanya..hehe


ps: teringat zaman sekolah aku dulu, femes gile trend penggunaan bahasa F, sampai dalam cerita Puteri Impian lakonan Amy Mastura pun ada.. Jafanganfan mafarahfah yefe afadikfik afadikfik.. 

ps+: penggunaan perkataan syndrom W itu adalah cetusan idea penulis sendiri tanpa merujuk di mana2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...