Pages

Apr 24, 2010

Super Granny 4: Nenek Terlampau

Salam semua =)

Hari ni aku nak review satu lagi game yang ada aku install dalam laptop aku ni,
tapi ini bukanlah review yang boleh dibuat rujukan, aku sekadar cerita apa yang aku tau aje tau.
Game yang aku maksudkan adalah Super Granny 4, yang perkataan Nenek Terlampau tu aku yang bagi sendiri, sebab nenek ini memang terlalu hebat beraksi! Serius! Tak kena dengan umur dia..haha..
*gambar2 boleh di klik untuk dibesarkan*


Game ni kisahnya mengenai seorang nenek yang sangat marah sebab ada satu kilang ni, dia bunuh kucing-kucing, dan menggunakan bulu-bulu kucing tu untuk buat pakaian.. jadi, nenek ni dan rakan-rakannya yang juga golongan nenek-nenek, menjadi hero menyelamatkan kucing-kucing itu..

Game ni nak main kena guna keyboard,bukan mouse.. Bagi aku, game macam ni payah sikit sebab aku tak cekap sangat main guna keyboard ni, selalu tersalah tekan..haha.. Yang comelnya game ni, arahan bukan setakat boleh dibaca je, tapi ada suara nenek ni sekali, seolah2 macam bercakap dengan kita.. Kalau dia berjaya, dia siap cakap nak pergi minum sarsaparilla.. Kalau tak silap aku dengar la..haha


Level starting, dia ada ajar macam mana nak main, macam mana nak selamatkan kucing, gali lubang, panjat tangga, dan apa yang perlu ditekan di keyboard untuk buat semua itu.

Untuk selamatkan kucing, nenek tu harus pergi berjalan ke arah kucing tu, dan kucing tu akan secara automatiknya mengikut nenek tu, dan nenek tu harus bawa kucing tu ke pintu gerbang yang tertulis MEOW, nanti kucing tu masuk dalam gerbang tu. 


Lagi banyak kucing yang dibawa serentak, lagi banyak markah combo yang kita dapat.. lepas tu, disamping memungut kucing2 tu, kita juga boleh la kutip sebanyak mana souvenir yang ada di sekeliling, boleh la dapat markah tambahan..

Seperti biasa, semakin tinggi level semakin banyak la halangan untuk si nenek ni menyelamatkan kucing2 tu, dan makin tinggi level, nenek ni boleh bergabung tenaga dengan rakan-rakannya, kira boleh tukar2 nenek la, dengan menekan butang ctrl..

Macam level yang aku tengah main sekarang ni, halangan dia ada Gangster dan Anjing.. Gangster tu boleh dipukul dengan kuali yang dikutip.. huhu..


Disebabkan aku tak mahir sangat main guna keyboard ni, level ni pon aku rasa macam payah je..hehe..
Asyikla Granny Fell.. huhu..


Sesape yang suka game adventure, boleh try main kot? COmel gak game ni *wink*

ps: nasib baik nenek aku tak selincah ni..hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...