Pages

Apr 15, 2010

Riuh Pagi ERA kini bersama Dina dan Along

Salam semua =)

Seperti yang kita semua maklum, sudah hampir 2 minggu Arwah Din Beramboi meninggalkan kita..
Sudah pastinya, segment Riuh Pagi Era yang sebelum ini menggandingkan arwah bersama Aznil Hj Nawawi, hanya tinggal kenangan kepada kita semua, terutama kepada yang sememangnya mengikuti jenaka2 mereka setiap pagi Isnin hingga Jumaat sebelum ini..


Sejak beberapa hari lepas, aku seperti biasa bila naik kereta, mesti akan on radio ERA,
Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil masih belum kembali bertugas.. Mungkin Pak Nil masih lagi terkejut dengan apa yag berlaku.. Maka Konti pagi telah diambil alih oleh Dina Nadzir dan juga Along Cham..





Ada juga soseh-soseh yang mengatakan mereka ini tak sehebat arwah dan Pak Nil mengendalikan segment Riuh Pagi Era tu, tapi pada pendapat aku la, kita tak boleh la nak compare mereka ni dengan Arwah Din.. Sebab arwah Din memang seorang yang hebat dan istimewa, dia memang tiada duanya.. 



Tapi, usaha Along dan Dina juga harus dipuji, sebab bukan senang nak handle segment tu.. Jadi, tak payahla banding2 kan mereka.. Pihak ERA juga mesti sedang rearrange balik semuanya, benda berlaku mengejut, bukan dirancang.. Jadi, tak payah la nak kondem lebih2 kot? 

Tapi, kalau siapa2 rasa dia mampu menceriakan pagi para pendengar ERA, mungkin boleh cuba nasib apply jadi DJ? hehe..

ps: gelak terbahak-bahak dengar ulangan Sawancara Din Beramboi tadi, tapi bila teringat dia dah tak ada, sedih pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...