Pages

Apr 20, 2010

Ramainya Pendatang di Balakong

Salam semua =)

Semalam aku diberi tugas bawak nenek pergi follow up check kaki dia yang tercucuk besi karat beberapa hari lepas kat Klinik Jaswant, Taman Taming Jaya..


Alhamdulillah kaki nenek ok aje..risau jugak sebab dia ada kencing manis..
Klinik Jaswant ni memang klinik family kitorang la, memang selalunya bila demam ke, sakit ke, klinik ni la kami tuju..

Dulu sebelum aku pindah Semenyih, memang kami duduk di Taman Taming Jaya ni,
dan salah 1 sebab abah dah tak tahan lagi nak duduk kat Balakong ni adalah,
kami akan rasa seperti kami duduk di oversea seperti di Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Nepal..
Kalau macam duduk kat London ke takpelah jugek kan? huhu..

Macam masa aku pergi klinik semalam, aku rasa aku dengan nenek je orang Malaysia selain Doktor dan staf klinik.. Gila ah, banyak gila pendatang!


Majmuk sungguh pesakit dalam klinik ni!
Macam-macam bahasa aku dengar, tapi aku dengan nenek je cakap melayu..haha!

Dahlah semalam ramai gila patient.. Dekat sejam la jugak aku dengan nenek tercongok kat situ..
Habis semua poster aku baca..


Nampak tak poster ada perempuan berdiri terkangkang paling bawah tu?
Itu poster pasal Wanita dan Obesiti.. serius aku insaf membacanya T_T
*kurangkan makan Syazni!*

Tapi paling kelakar sekali masa aku ajak nenek amek gambar pakai kamera henset aku ni, aku suruh la nenek senyum dan pandang ke atas sikit sebab aku angkat kamera aku tinggi.. Sedap aje nenek cakap:


"Nak senyum macam mana dah mata terbeliak je mendongak ke atas?"

huhuhuhu...

ps: gila pucat muka tak pakai bedak..haha..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...