Pages

Apr 7, 2010

Kegagalan Si Mayat Berkerusi Roda di Liverpool

Salam Semua =)

Ada penyokong Pasukan Bola Sepak Liverpool disini? 
hehe.. tapi berita yang aku terbaca tadi tak ada kaitan pun dengan pasukan Liverpool itu,
maka Liverpool haters jangan nak buat onar kat sini ek, no no.. huhu..

Kisah berlaku kat Liverpool John Lennon Airport, 
di mana seorang mayat [seorang ke penjodoh bilangan dia e?] lelaki berusia 91 tahun yang berkerusi roda gagal untuk menaiki pesawat.. 


Semuanya sebab duit.
Lelaki tu dah mati dah, maka ada 2 wanita ni, mungkin kawan dia,
nak bawak dia naik kapal terbang tu sebab nak mengelakkan membayar kos penghantaran mayat yang mahal!~ Mengikut sumber, jumlah kos lebih kurang RM14,610 bila convert ke duit kita..

Jadi, 2 orag perempuan ni daftarkan dia sebagai penumpang biasa,
letak dia atas kerusi roda, pakaikan cermin mata hitam dan cakap dia tidur..
Tapi akhirnya kantoi jugak..huhu.. Tapi siasatan mendapati lelaki tu bukan dibunuh,
memang mati sebab dah sampai waktu..huhu..

ps: ISh..tak nak la bila naik kapal terbang duduk sebelah mayat kan? Ade sedikit seram la jugak..heeee..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...