Pages

Mar 28, 2010

Tuah Anak Erra Fazira

Salam semua =)

Bertuahnya menjadi si kecil Engku Aleesya Engku Imran, 
mungkin nasib menjadi anak wanita cantik bernama Erra Fazira, yang juga merupakan bekas Ratu Malaysia.


Erra & Imran nampaknya memang berpandangan jauh dalam menjaga si comel Aleesya yang akan menyambut hari lahirnya yang pertama 30 March ini..
Yelah, mereka ni lebih dari mampu nak menjaga anak mereka, sedangkan mak abah aku yang biasa2 ini pun jauh merancang masa depan anak-anak, ini pula yang berkemampuan, tidak salah berfikir demi kebaikan anak sendiri kan? :)


Antara tuah si anak adalah, Erra Fazira menabung untuk pembiayaan pelajaran anaknya itu walaupun RM1 sehari, kalau RM1 sehari, setahun dah RM365, kalau dah nak masuk U nanti, selepas 18 tahun, dah ada RM6570 dah.. itu kalau RM1 sehari, kalau RM10? Tak ke RM65, 570? Wah..aku rasa Erra Fazira mampu je nak simpan RM10 sehari.. bestnya.. :) Namun mereka tidak akan menentukan minat Aleesya, biar Aleesya sendiri tentukan dia nak jadi apa besar nanti, mak dengan bapak sappot duit aje ye nak! Namun Erra tetap memberi penekanan agama dan sivik pada anaknya itu.

Seterusnya, Erra Fazira dan Engku Imran sudah merancang mahu membelikan anaknya itu sekurang-kurangnya sebuah rumah kecil.. Best tak? Pada pendapat aku lah, paling-paling pun kelak, kalau dia tak nak duduk rumah tu pun, mungkin atas faktor dia belajar/kerja jauh dari rumah tu, dia boleh sewakan.. Dapat jugak income bulan2 kan? 

Erra juga mengatakan tegas dalam mendidik anak, kalau nakal, memang dia tidak teragak-agak untuk jentik! Ini semua untuk kebaikan Aleesya juga, Erra mahu dia membesar dengan penuh rasa hormat pada orang yang lebih tua. Erra juga sudah mengurangkan aktiviti kerjayanya demi menguruskan anak mereka. 

"Jika tidak menyusahkan pihak produksi, Erra tidak mahu duduk di lokasi hingga lewat malam atau pagi. Erra juga tidak mahu bekerja tujuh hari seminggu kerana ada anak yang perlu diberi perhatian.
Erra Fazira juga ada menyatakan perancangan mahu memberikan Aleesya adik apabila anaknya itu sudah menjangkau umur 2 tahun nanti!

Emm begitulah kasih ibubapa dalam menjaga anak kan? 


sumber berita dari Harian Metro. 

ps: mereka yang membuang bayi itu BODOH.

ps+: tibe2 tringat dulu kawan aku Dettol & Ain cakap muka Zaimi macam Engku Imran.. tak sama kan? tak sama kan? hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...