Pages

Mar 16, 2010

Taktik Baru Peragut

Peragut, pencuri, pencopet..
Tak kisah lah apa sahaja yang anda mahu labelkan pada mereka,
tapi mereka ni memang tak jemu-jemu mencari cara baru untuk mendapatkan harta benda kita untuk dibuat harta mereka.. memang tak senonoh!



Akhbar Harian Metro melaporkan bahawa mereka-mereka ini, dah jumpa 1 skill baru untuk memperdaya mangsa-mangsa mereka dengan mengambil kesempatan terhadap kekurangpekaan si mangsa.

Contohnya macam aku lah, bila pergi makan di luar, aku selalu nya akan letak beg tangan aku atas riba kalau beg itu kecil, tapi sekiranya besar sedikit, aku akan letak di atas kerusi kosong, dan rapatkan kerusi dengan aku. Kalau di dewan kuliah pulak, aku selalunya akan letak beg di atas lantai, lebih-lebih lagi kalau meja yang bercantum dengan kerusi tu, ruang memang lah tersangat terhad..

Haa.. situasi beginilah yang dieksploitasi oleh para pencopet ni semua.. Dengan lagak habis selamba, dia akan menghampiri kita dan menukar beg kita itu, dengan beg lain yang mirip. Kalau dalam beg aku yang hanya ada duit beberapa helai yang ciput tu, alat mekap sikit2, aku tak begitu risau, tapi masalahnya ada kunci rumah, kunci kereta dan henfon!  Oh teringat pulak kejadian aku tercicir beg tangan dan henfon aku lesap di dalam FST UKM.. gila tak? Hilang dalam fakulti..

Jadi berhati-hatilah, lebih-lebih lagi dengan taktik baru mereka ini..

ps: kesian pada mangsa, harap bertabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...