Pages

Mar 2, 2010

Jenis-Jenis Blog

Pertamanya nak cakap, aku bukan budak IT yang mahir sangat nak bercakap mengenai maksud Blog, apa yang akan aku huraikan dalam entry kali ini hanyalah apa yang aku terjemah dan olah dari sumber internet juga.

Ramai orang complain sana sini, macam-macam bunyi ada:

"Eh bosanlah blog perempuan tu, asyik cerita pasal tunang dia aje"

"Blog ni tak habis-habis cerita pasal bisnes Internet"

"Ramai yang berblog macam syok sendiri, bercerita pasal hidup dia tak sudah-sudah, cubalah tulis tips-tips berguna untuk pembaca"

"Suka betol pakcik ni tulis pasal politik, boringlah"

"Pasal kucing pun nak blog?"

Wah..banyak betul soh seh soh seh..suka betul kritik blog orang kan?
Yang suka mengkritik tu, tau tak blog 'orang' tu sebenarnya jenis apa?
Dan tahukah kamu tujuan berblogging sebenarnya?

Mengikut yang aku search tadi, kebiasaannya ada 4 jenis blog yang common.


Yang pertama dan yang paling common adalah Blog peribadi.

Blog peribadi ibarat sebuah dairi atau komentar, yang ditulis berterusan oleh seorang individu, dan merupakan jenis blog asas. Personal blogger biasanya merasa bangga dengan entry-entry blog mereka, walaupun tiada pembaca. Blog merupakan cara mereka berkomunikasi mengenai hidup dan perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka, dan juga cara untuk merenungkan kehidupan. Blog memberikan mereka nilai sentimental yang tinggi. Blog peribadi memungkinkan blogger untuk berkongsi buah fikiran dan meluahkan perasaan kepada teman dan keluarga.

Antara contoh blog-blog peribadi yang aku suka baca adalah Fun In The Sun, blog yang ditulis oleh Julie, seorang wanita di California, yang membesarkan 4 orang anak lelaki beliau dengan homeschooling sahaja.

Dan Blog yang menjadi kunjungan aku selalu setiap kali aku update blog Kucing aku adalah Ginger Jasper, blog ni pun adalah cerita mengenai kehidupan harian kucing dia kat London, ada banyak lagi blog haiwan peliharaan sebenarnya.


Jenis Blog yang kedua adalah Blog Korporat/ Organisasi.

Ini bermaksud, sebuah blog boleh bertujuan perniagaan. Blog digunakan untuk meningkatkan komunikasi dan budaya dalam suatu syarikat, untuk tujuan  pemasaran, penjenamaan dan hubungan awam, juga lebih dikenali sebagai blog korporat. Begitu juga dengan blog kelab dan pertubuhan, ianya bertujuan untuk memaklumkan kegiatan mereka dan menarik minat masyarakat untuk menjadi ahli.

Antara contoh blog korporat adalah Blog Google sendiri. Dimana google akan memberitau mengenai dia punya produk-produk.

Contoh blog korporat yang kedua adalah Blog Syarikat Dell, contoh lah ni.


Seterusnya adalah jenis Blog Bergenre.

Blog begini adalah blog yang fokus pada topik tertentu, seperti blog politik, perlancongan, rumahtangga, fashion, keagamann, pendidikan, muzik, seni, tips-tips internet, tips-tips kehidupan, petua-petua, resepi dan undang-undang. Blog begini hanya akan membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan genre blog itu sahaja, dan memberi ruang kepada pembaca meninggalkan komen dan pendapat. Ha, kalau nak mendapatkan tips-tips atau tutorial2, carilah blog2 yang begini, bukanlah dengan mencari blog peribadi dan menyalahkan si blogger peribadi itu.

Antara contoh blog bergenre ini adalah blog Discovery. Blog ni tergolong dalam blog Pendidikan. Banyak info-info menarik boleh didapati dari sini.


Contoh blog bergenre yang kedua adalah Photography Blog, dimana blog ni berunsurkan minat mereka terhadap Photography, dan contest photography yang mereka anjurkan.


Dan antara blog-blog lain juga adalah Blog Bermedia

Blog begini mengandungi media didalamnya, sebagai contoh, sebuah blog yang terdiri daripada video disebut vlog, terdiri dari himpunan link disebut LinkLog, dan yang terdiri dari gambar-gambar disebut photoblog. Blog dengan entry yang lebih pendek dan bercampur media disebut tumblelog.

Dan antara contoh blog bermedia ini adalah seperti kat bawah ni.. dia letak link sahaja..


Itu sajalah jenis-jenis blog yang aku faham..
Jadi janganlah cari tips kecantikan kat blog personal,
dan jangan lah cari cara-cara buat cupcake kat blog tips menjaga kereta,
juga janganlah complain kenapa blog orang tu asyik nak promote barang..

Setiap orang ada cara dan jenis blog sendiri,
sebab itu, sebelum follow sesuatu blog tu,
cuba faham dulu isi dan tujuan blogger itu berblog.

Ini tak, dengan tak kaji2, pergi follow dia,
pastu kritik2 blog dia, 
yang paling best sekali, siap paksa blog yang di follow tu follow blog dia balik.
kesimpulannya, tak suka, tak yah baca.

Jadi, berblog lah dengan gembira~

=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...