Pages

Mar 29, 2010

Ghajini

Salam semua =)

Apa khabar korang semua harini?
Nuffnangers, dah cek ke kutipan korang untuk minggu lepas? 
Amacam, ada untung?
Aku?
Boleh lah.. Terima kasih pada semua yang bersimbiosis, memberansangkan juga la kutipan..
=)

Harini aku nak review mengenai 1 filem Hindustan, yang mengikut cakap2 dikatakan dilakonkan semula oleh pihak hindustan, sebab asalnya ini cerita Tamil.. Tetapi heroin dia tetap orang yang sama, iaitu Asin, seorang heroin filem Tamil yang terkenal dan cantik!

Hero cerita Ghajini ni dalam versi Hindustan adalah Aamir Khan..


Secara ringkasnya, cerita ni mengenai Sanjay Singhania, seorang bisnesman yang sangat2 kaya dan berjaya,
dan telah bercinta dengan seorang model iklan, Kalpana, yang gila-gila tapi sangat baik hati..

Percintaan diorang ni bermula pun sebab Kalpana ni pandai2 buat cerita kata diorang bercinta, padahal dia tak pernah tengok pun muka Sanjay tu.. Jadi bila cerita dah tersebar luas, Sanjay ni marah dan nak pergi serang Kalpana tu.. 

Masa on the way nak pergi [mak oi banyak gile kereta escort Sanjay ni], Sanjay ni ternampak seorang perempuan tolong budak2 cacat melintas masuk Muzium..dia pun ala-ala tersuka la kat perempuan tu..
Lepas tu, dia pun sampai la kat tempat kerja si Kalpana ni, dekat sebuah agensi iklan, memang niat nak pergi maki la Kalpana ni, sebab pandai2 je buat cerita diorang nak kahwin..

Tapi, bila Kalpana ni pusing je kepala pandang kat dia, dia terkejut..Inilah perempuan yang dia nampak tolong budak-budak cacat tadi.. Yang Kalpana ni pulak ingat Sanjay ni nak korek cerita 'percintaan' dia.. Dia pun cerita la macam betul2 je dia kenal Sanjay tu.. Last2 Sanjay ni nak marah pun tak jadi, mungkin sebab dia tau dah perempuan ni sedikit mereng..haha! Tapi dia tak perkenalkan diri dialah Sanjay tu, dia hanya dikenali Kalpana sebagai Sachin.. Menarik jugaklah kisah percintaan diorang, korang boleh saksikan sendiri..hehe

Tengah syok2 bercinta, Kalpana ni pulak memang la baik tak tentu arah.. Masa Sanjay ni pergi London untuk outstation,Kalpana ni pulak ada shooting kat Goa.. Masa on the way tu, dia dah jadi hero dengan menyelamatkan banyak kanak-kanak dari jadi mangsa pelacuran dan penjualan organ.. 

Dan disebabkan itu jugalah Kalpana ni kena bunuh..Sampai mati dia tak tau Sachin itu adalah Sanjay Singhania yang dia selalu ceritakan tu.. Sanjay pun kena ketuk kepala dia dengan besi yang sama Kalpana dibunuh.. Sebab tu dia menderita Short Term memory Lost, tapi dia ada inisiatif yang sangat menarik untuk buat dia tak lupa bahawa dia nak balas dendam kat Ghajini tu.. Sebab sebelum mati, Kalpana tu sempat bisik nama Ghajini kat telinga dia..

Untuk pemahaman yang lebih jelas, baik korang tengok cerita ni, aku rekomen.. Sebab dia banyak unsur flash back, dan tak macam kebanyakan cerita hindustan yang lain. Aku dah tengok 2 kali..hehe

Tapi, dalam cerita ni, Aamir Khan macam eksen sket la badan dia dah lawa.. dah berketul-ketul..
Bila lagu je pakai la baju nampak badan..


Cerita ni tak banyak lagu pun, ada sikit je..hehe..

Pengajaran yang boleh diambil dari cerita ni?

Betullah pepatah orang melayu,
''Buat baik berpada-pada"

=)


ps: Lagu dia yang kat padang pasir ni best..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...