Pages

Mar 18, 2010

Biodata Spongebob Squarepant & Patrick Star

Salam semua =)

Masa aku kecik2 dulu, mak & nenek aku suka pasangkan aku video tape untuk mengelakkan aku bosan dan main yang bukan-bukan. Selalunya, pita video yang menjadi pilihan adalah kartun lah, macam Mickey Mouse, Donald Duck, Popeye, Bugs Bunny.. Tapi itu semua kartun lama, mungkin dah jadi hikayat? haha..kalau ada pun aku tengok, kebanyakkan watak2 kartun tu telah diberi nafas baru dengan lukisan2 yang lebih cantik, dan lebih 3D..

Itu kartun zaman aku, zaman sekarang ni, ramai kanak2 menonton Spongebob Squarepants.. Eh best gak rupenya kartun ni, kalau dah tak ade cerita sangat, aku pun layan cerita ni..hehe..

Saje lah nak share dengan korang maklumat yang aku baca dari sini walaupun mungkin korang dah tau =)

Siapakah Spongebob?

Spongebob adalah sebuah sponge laut yang hidup dengan haiwan peliharaannya, Gary, dalam sebuah rumah nenas yang lengkap berperabot,mempunyai dua bilik tidur, di bandar Bikini Bottom. Impian SpongeBob ialah menjadi Tukang Masak  terulung didasar laut, dan dia menjalani impiannya itu setiap hari setelah bekerja sebagai Penggoreng Krabby Patty di Krusty Crab. SpongeBob adalah sebagai optimis dan bersungguh-sungguh,namun ia tetap tidak boleh mengelak dirinya  dan orang-orang di sekelilingnya ditimpa masalah. Dia sering ditimpa masalah sekiranya berusaha terlalu bersungguh-sungguh. Namun, SpongeBob berfikiran positif, dan bersemangat di dalam hidup, sampai orang lain merasakan dia menjengkelkan. Hobi Spongebob adalah meniup buih belon, menangkap (dan membebaskan) ubur-ubur dengan sahabat baiknyanya, Patrick serta berlatih karate.

Itu Spongebob, siapa pula Patrick Star sahabat baiknya itu?
 Patrick Star adalah sebuah tapak sulaiman merah jambu yang merupakan sahabat baik dan jiran Spongebob. Dia tinggal di bawah batu dan gemar memakai seluar mandi bercorak sebagai pakaiannya. Patrick bukanlah tapak sulaiman yang bijak di laut, namun ia tetap menghadiri kolej, walaupun tidak begitu yakin apa yang dia pelajari. Dia hanya mampu menumpukan perhatian hanya 0.02 saat sahaja. Aktiviti kesukaannya adalah tidur, menangkap ubur-ubur, tidur siang, meniup buih belon, berdengkur dan makan ais krim. Buat masa ini dia tidak punya pekerjaan. Sebagai sahabat baik SpongeBob, Patrick selalu memberikan nasihat dan dorongan saat mereka di dalam penjelajahan, yang biasanya hanya menyebabkan mereka berdua ditimpa lebih masalah. Namun,nasib mereka selalunya baik pada akhirnya. Tapi, walau apa pun, Patrick akan selalu menjadi teman setia SpongeBob.

Suara watak SPongebob dilakonkan olah Tom Kenny..

Manakala suara Patrick dilakonkan oleh Bill Fagebakke..

Mungkin esok aku cerita pasal mereka ini pula =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...