Pages

Mar 7, 2010

Anak kepada sepupu.

Petang semalam, lepas kenduri di Beranang tu,
ada sepupu aku datang rumah.. 

Aku panggil dia Abang Long, dia ni sepupu aku belah abah..
Dia datang 1 family dia.. Umur dia 30-an la jugak, dan anak-anak dia masih kecil :)

Ini anak dia yang sulung, namanya Ayuni.. 6 tahun..
Sebijik muka bapak dia..

Yang ini pulak yang nombor dua..namanya Ashraf..4 tahun..
 dah sebijik muka  mak dia pulak..

Yang ke-3 masih dalam perut..Insyaallah bulan 6 keluar lah dia..huhu..

Yang sulung ni sangat2lah suka melukis.. mentang-mentanglah bapaknya arkitek..haha..
Datang rumah aku terus aje mintak kertas ngan colour pencil..
Yang paling best dia kata, "Ayuni nak buat kulisan"

Hehe..boleh pulak dia sebut 'Lukisan' sebagai 'Kulisan'..

Aku tak berapa reti sangat layan kanak-kanak..
huhuhuhu..

Layan camtu-camtu je boleh la..
Kekok kot?
Yelah...adik pun ada 2 ketul je..hehe..


Tok aku suruh diorang pangil aku Chaq [Along dalam loghat Kedah],
tapi aku takmo la Chaq.. aku tak bese ar cakap Kedah..
Panggil Along sudeyh..heehee..

Tapi diorang panggil aku Kakak je..haha! Kang explain lebih2 kang dorang bukan paham pun, otak lembut lagi.. maka aku biarkan aje..muda sket..kikiki...

ps: anak aku nanti mak aku suruh panggil aku mak jugak..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...