Pages

Mar 25, 2010

8 cara hebahkan Earth Hour

Salam semua =)

Seperti yang kita semua sudah maklum,
27 Mac ni akan ada Earth Hour, yang dijangka berlangsung pada pukul 8.30 - 9.30 malam!~

Marilah kita sama-sama memadamkan lampu dan sebanyak mungkin barang elektrik dirumah kita,
di kedai kita, di asrama kita, atau di mana-mana sahaja, hanya untuk 1 jam sahaja.
Semua ini untuk kepentingan kita juga, inilah masanya kita menunjukkan keprihatinan kita terhadap bumi yang kita diami ini..

1 jam tak lama pun =)

Untuk memeriahkan lagi Earth Hour 2010 ni, mari kita sama-sama ramai-ramai hebahkan mengenai Earth Hour ini. Jom lah tunujukkan yang rakyat Malaysia pun prihatin juga, kan? :)

Mengikut Squidoo.com, dia ada bagi beberapa cara untuk kita hebahkan Earth Hour ini kepada mereka yang berada disekeliling kita, tapi yang mungkin tak tahu, atau lupa mengenai Earth Hour ini.

8 cara yang aku rasa relevan dan senang untuk kita laksanakan adalah:

1) E-MAIL

Kita boleh menghantar email kepada kenalan dan famili kita untuk memberitahu mengenai Earth Hour ini, boleh juga menggunakan surat biasa dan setem 30sen. Mana pun boleh, asalkan mesej kita sampai. Tetapi janganlah letak subjek email "Earth Hour", tapi bila klik, pergi laman web yang 'dapat2 duit' tu pulak ye.. memang nak kena sumpah..


2) FACEBOOK

Kebanyakan orang ada akaun Facebook sekarang, jadi bolehlah kita tulis mengenai Earth Hour ini dibahagian Status, ataupun Notes.. Di Facebook juga banyak page/group mengenai Earth Hour ni, yang boleh kita join dan invite sekali kawan2 kita..


3) FORUM

Kepada mereka-mereka yang gemar mencipta topik diforum, ha inilah masa yang sesuai untuk kita hebahkan Earth Hour ni, boleh juga kita bincangkan lebih lanjut mengenai Earth Hour ni, apa boleh dibuat dalam gelap2 tu, apa lagi yang boleh kita jimatkan.. macam2 lagi..


4) CAKAP

Cakap..cakap! Macam tuan direktor Ahmad Nisfu suruh.. Cakap saja mengenai Earth Hour ni kepada sesiapa yang kita jumpa, walaupun orang yang berdiri sebelah kita dalam LRT..haha.. Tapi tengok la mood dia dulu, buatnya dia tengah hangen 1 badan, karang Earth Hour kemana, kau kemana..


5) TELEFON

Sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang ada handphone, maka bolehlah sebarkan Earth Hour ni melalui telefon, tak pun SMS saja kalau kedekut kredit.. Sambil tanya-tanya khabar tu, boleh lah selit2 sikit cakap pasal Earth Hour ni..tak salah beringat2 ni.. 


6) PAKAIAN

Untuk kesan yang lebih menyeluruh kepada umum, anda juga boleh membeli dan memakai pakaian yang ada tercetak mengenai Earth Hour ini. Jadi bila masyarakat melihat cetakan di baju, topi, beg atau seluar anda itu, mungkin mereka akan teringat dan turut melaksanakan Earth Hour ini..kan senang tu..


7) BLOG

Rata-rata readers blog aku ni blogger kan? ha.. apa lagi, hebahkan mengenai Earth Hour ini di blog anda. Seperti yang aku buat ini.. haha.. untuk kepentingan dunia kita juga..


8) TWITTER

Cara yang paling mudah! Tweet kan saja mengenai Earth Hour ni di Tweeter.. Untuk kesan yang lebih menjadi, gunakan #Earthhour dalam Tweet anda.. secara tak langsung, mungkin ramai yang akan turut serta dalam Earth Hour ini ;)


Jadi, jangan lah nak hebahkan saja kalau kita pun tak buat,
mari kita sama-sama bersatu dalam menyelamatkan bumi dengan menyertai Earth Hour di Malaysia pada 27 Mac 2010, jam 8.30-9.30 malam..



ps: sikit-sikit lama-lama jadi bukit~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...