Pages

Feb 13, 2010

Lawak Kurang Ajar



Tadi kami sekeluarga pergi menjengah Jeram Toi di Negeri Sembilan..
Konon nak gi mandi, last sekali ramai gila orang, kami beralih ke Jeram Gading pulak..

Tapi tu cerita lain, aku sekarang nak cerita pasal ada seorang mamat yang aku rasa nak 
bagi penampar atas kekurang ajaran dia berlawak dengan seorang perempuan,
tak tau la plak adik ke awek ke bini ke.. tapi lawak tu, sikit pon tak sempoi..

berdasarkan percakapan mereka [sebab mamat ni datang dalam group besar], aku rasa dia orang Utara..
buat malu je.. aku yang ada darah utara separuh ni pon rasa malu dengan pengunjung2 lain kat situ..

Asalnya, ada seorang perempuan tanya kat dia,
"Ayaq tadi hang buh tang mana?"
(Mana kau letak air tadi?)

Pastu dia jawab,
"Ayaq hat mana satu? Ayaq alas solah ka, ayaq alal falah?"
pastu dia gelak kuat gila macam setan..

Aku pandang je dia..
Dan group dia pun tak gelak pon kat kononnya lawak dia tu..

Kurang ajar la..
Bagi aku tak patut persenda azan jadi bahan lawak..
Dari segi fizikal dan logik akal, nampak sangat melayu dan Islam orangnya..
Tapi kenapa benda macam tu pon tak boleh nak fikir?
Dah takde bahan lain ke nak buat lawak?
Punya la BANYAK jenis air yang ada kat muka bumi ni..
Mungkin dia tak sengaja kot..tak pon biol..
Aih..


ps: teringat cerita seniman bujang lapok masa Sudin marah scene suami nak pancung isteri sebab masak tak letak belacan.. pastu dia kata..buat la cerita kumbang terbang ke..huuu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...