Pages

Feb 23, 2010

Cara Mudah Kuruskan Badan



Tak perlu pil diet, tak perlu ubah aktiviti harian,
tak perlu masuk The Biggest Looser..

Mengikut 1 kajian yang di lakukan di Munich,
20 lelaki obese telah kehilangan banyak berat badan mereka hanya dengan tinggal di tempat tinggi dalam masa hanya 4 minggu sahaja!

Mereka tidak perlu mengubah gaya hidup ataupun mengambil pil kurus tambahan. 

Ini kerana, mengikut kajian, sekiranya berada di tempat tinggi, ianya boleh mengurangkan selera makan, mempercepatkan metabolisme, dan menurunkan tekanan darah, dan kesan itu tetap kekal setelah 4 minggu turun ke kawasan rendah.

Paras oksigen yang rendah di kawasan tanah tinggi mungkin membawa kepada punca peningkatan ketara rembesan leptin, sejenis hormon yang berfungsi menyekat selera makan. -Florian Lippl dan rakan sejawatannya di Universiti Ludwig Maximilians, Obesiti Journal.

wah..macam best je berita dari Utusan Malaysia ni kan.
Boleh dicuba ni..hehehehe..

ps: gambar diatas tu hanya gambar hiasan.
ps+: Zaimi, nanti kita buat rumah atas bukit nak? heee :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...