Pages

Feb 19, 2010

Anjing ditangkap MPKj

Baru beberapa minit lepas, aku menyaksikan krew MPKj, 
menangkap anjing-anjing yang ada di lorong rumah aku ni..
Memanglah bukan anjing aku, tapi anjing jiran-jiran aku ni ha..

Jiran-Jiran aku tu pulak tak ada, balik negara diorang untuk Chinese New Year.
Mereka tu semua adalah student University Nottingham yang campus Semenyih ni,
diorang warganegara China.. Memang diorang ni suka sangat la bela anjing,
sampai anjing2 tu semua yang asalnya liar, dah jadi jinak..

Kadang-kadang bila ada makanan lebih2, aku dan mak pun akan bagi kat anjing2 tu..
Adala dalam 5-6 ekor anjing dewasa dan 10 anak anjing yang baru lahir dalam 2-3 minggu lepas..

Tadi MPKj buat operasi, kebetulan jiran2 aku tu pon tak ada, 
anjing2 pun takde collar..habis semua kene cekup, dengan anak2 sekali..
Kecuali seekor betina warna cokelat.. anak2 dia 4 ekor dah kena angkut,
1 lagi ibu anjing tu kene angkut bersama2 anak dia, tapi si cokelat ni tadi dia lari kemana tah..
Dah tinggal dia je..

Sekarang ni dia macam meroyan duk carik anak2 dia..
Dulu dia beranak pun kat rumah kosong sebelah rumah aku ni..

-dia lebih kurang camni lah, cuma kuncup tak kembang-

sedih pulak aku tengok dia duk tercarik2 anak dia..
anjing pun sayang anak, manusia gi bakar anak dalam tong sampah..huhu..


ps: sayu pulak hati bila tengok lorong ni dah lengang, mesti jiran2 aku tu sedih..
tu la, balik China lama sangat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...