Pages

Jan 27, 2010

Uncle yang ________!

Salam semua, sihatlah hendaknya ye..
Aku?
AKu tak sihat la..
dah 4-5 hari dah nafas aku sesak..
malam semalam dah tak boleh tahan lagi,
last sekali kene gi dapatkan bantuan pernafasan kat Hospital Serdang..

Dahla hospital ni ada kenangan sedih, ye la..
Kat hospital ni la arwah atok aku menghembuskan nafas dia yang terakhir lewat 2008 aritu..

Sesampai je kat hospital tu, aku kene gi kat ruangan asma kritikal..
ada banyak kerusi2 yang ada salur pernafasan tu..
aku pun duduk la..
pastu MA ke nurse tah, dia suh aku sedut benda tu..

Tengah aku duk termengah2 menyedut bnda tu, datang la sorang Uncle ni..
Aku pon tak pasti pe jawatan dia kat situ..
dia ada la nak ajak aku berborak kot, walaupon dia nmpak je aku nak bernafas pon susah..

Soalan pertama dia tanya kat aku sebaik je dia nampak aku,

"Kau ni kerja apa?"

aku jawab la, aku tak kerja..dia tanya lagi..

"Kau ni sekolah sampai tingkatan berapa je yang tak kerja ni?"

erk.. terkedu aku dengan uncle ni..
aku pun jawabla..

"Saya baru je habis buat master, sekarang ni tengah carik kerja la.."
bayangkan la, dalam keadaan semput aku jawab jugak..

pastu dia tanya aku master bidang apa, aku jawabla Biologi..
then dia kate lagi..

"U ni takkan dapat kerja langsung sampai bila2 pun sebab u ambil biologi tu"

erk? sedap mulut btol uncle ni..
pastu dia cakap lagi..

"Tu la, u tak pikir panjang sebelum ambil itu geografi..takde market, buang duit je"

hah? memula elok je dia dengar biologi, sekali dia leh ingat aku amek geografi plak..
aku malas dah nak layan dia lepas tu.. baikla aku layan paru-paru aku..

tapi dia tak boring kot, dia cakap sal lain plak..

"U ni tinggi, saya tak pernah tengok perempuan tinggi ini macam tau, tinggi2 tak cantik tau perempuan"

aih uncle ni, aku sepak 'tut' ko tu kang.. mak aku tu lagi tinggi dari aku tau tak??
elok je kawen, cantik je pon..

pastu dia kata lagi..

"U ni tinggi, pipi pun bulat, mesti takda lelaki nak kat u punya"

terkesima aku.. ape hal uncle ni..
sedih gila rasenya..
apa yang dia tak puas hati dengan aku sebenarnya???

kalau aku buruk pun, aku takde orang nak pon,
ape kene mengena dengan dia?

kalau aku tak dapat kerja pon, ape sangkut paut dengan dia??

abeh je sedut, aku pun terus keluar..dahla kaki pon terketar2 akibat ubat tu..
pastu aku nampak uncle tu duk main2 xray orang dalam komputer..
macam budak2..

aku pon tpikir..biol kot orang tua ni..
huuu~

ps: dahla sakit, tambah pulak dengan sakit hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...