Pages

Apr 30, 2009

Silalah :)


hallo!
Arini aku belum keluar bilik lagi, so takde story lagi la..
Just nak bgtau, Encik Zaimi dah ada blog!
(^^,)

Harap korang support la dia gak!
Klik2 sini!

Soalan dibalas dengan soalan..

Heheh..macam best jek mainan ni..
begini..

Game ini memerlukan kreativiti anda untuk mencipta soalan.
Jawapan kepada soalan adalah soalan yang anda reka sendiri.
Maknanya,orang lain kena fikirkan jawapan anda tu berdasarkan soalan yang anda tulis dalam ruang jawapan.

1. Dimana kamu berada sekarang?
- Seksyen berapakah yang terletak bertentangan dengan seksyen 16 bandar baru bangi?

2.Apakah warna baju anda pakai sekarang?
- Apakah warna langit pada waktu malam?

3.Bila kali terakhir anda pergi menonton wayang?
- Apakah kata lawan bagi hafal?

4.Kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?
- Bidanga apakah yang bertanggungjawab mengekalkan sumber alam semulajadi terpelihara?

5.Lagu yang anda sedang dengar?
- Apakah kata lawan bagi ada?

6.Ke mana kali terakhir kamu ke luar negara(jika ada)?
- Apakah kata lawan bagi pernah?

7. Benda yang anda kali terakhir beli dengan duit anda?
- Apakah hasil dari campuran nasi, perencah dan cili api bila digaul di atas kuali dalam keadaan api terbuka?

8.Tempat yang anda teringin sangat nak pergi sekarang?
- Negeri apakah yang berada di antara Kelantan dan Pahang?

9.Selebriti/Artis yang menyanyi yang kamu mahu sangat berjumpa?
- Kata lawan bagi ada?

10.Apakah berita yang terbaru yang anda baru dengar?
- Kata lawan bagi peduli?

11.Kalau diberi RM1,000 sekarang,nyatakan apakah barang yang anda ingin beli(sekali beli je,bukan banyak2)?
- haiwan apakah yang sering dibela oleh manusia, yang mempunyai rupa yang comel dan mengiau?

12.Rakan blogger yang terakhir anda jumpa?
- Siapakah girlfriend Kamarul Ariffin Hambali?

13.Pukul berapa sekarang ini?
- Jam 0300 - 1 jam setengah?

14.Tadi anda makan apa?
- Padi apabila dituai, ditanak dan digoreng menjadi apa?

15.Siapakah yang anda ingin 'bengongkan' dengan soalan-soalan merapu anda ini?
- Hati siapakah yang telah saya cuit untuk mencuba?



.............................................................................

bengong dah..haha!
nak main, main la..gudnite..

Apr 29, 2009

Dapat award la (^^,)


ehem ehem..aku dapat award ni dari Qaseh!
Thanks!

Apr 28, 2009

Debaran...

Takutnya...

Esok exam RSGIS...

subjek ini berkisarkan satelit..
lecturer aku cakap..
kenape student boleh ingat name kereta, tapi tak pernah tau name satelit..

bg aku jawapan dia adalah sebab..
kereta salu lalu lalang depan mata aku..

satelit?
aku belum berkesempatan melancong ke angkasa lepas lagi..

dan ape kes aku nak amek tau pasal satelit?
pasal spesifikasi nya?
pasal tahun dia launch?
pasal negara mane launch dia?
pasal wavelength dia??

adoi..
dah la banyak..
diulangi..

BANYAK!

tp bila bace notes tadi aku dapat tau..
bahawa ruang atmosphera juga ade tingkap..hahaha!!

sounds silly but it's true..

penat part remote sensing [aku tak ingat ape yg aku bace],
masuk lak part GIS..

boleh pulak pecah dua..
Geographical Information System & Geographical Information Science..

Kena pulak hapal step2 nak modelling GIS..
Spatial data..
Arc Node la, Polygon Arc la..left-right la..
hadoi..

wish me luck ye kawan2..
huhu..

aku rase kapasiti otak aku dah full la, macam memerlukan defragmenting je..
file2 dalam otak dah tak tersusun..
em maybe aku juge patut buat disc clean up kat otak aku ni?
buang perkare2 tak penting yang dah jadi sampah..
contohnya macam kaler spek mate laily, plate nombor motor farid hajis, baju ape laily pakai mase exam last kat UMT, banyak lagi la.. yang pelik bab2 tu ingat pulak..

adoi..

emm..tetibe tringat pulak kat cerita La mujer en el espejo..
Maritza Ferrer!

hahaha!


current mood: Ting Tong..'bbzzztt..wayar putus.......'

Zaimi & Annie..

Annie take away Zaimi dari aku?
Hoh tidak..

Benda ni dah lame dah..tapi aku tak berkesempatan post..
hehe..

Encik Zaimi sekarang sudah pakai spek!
See!
Comel kan beliau? :P

Ala aku puji pakwe sendiri je..
Hak hak..

Ni gambar2 yang di ambil kat PTSL td..
untuk menghilangkan senak otak sebentar..
RSGIS suckxx..

Susah woa nak hapal..
paham apetah lagi..hahaha!!

kenape aku buat muka camtu?
trend kan skg amek gmbr muncungkan mulut :P
hahah!!
tak buat dah kot..huhuu...

dan ye aku tau..
zaimi jauuuuuuuuuuh lebih cerah dr aku (Y_Y)

ape kaitan ngan annie?
ha..
annie!
Aku pinjam buku ni kat library ketika mood gile menyerang!
aku nak mendapat lebih pgetahuan untuk bermain geochallenge facebook!
hahahah!!
ps: bila otak senak mula la mereng..hik hik...
teh beng anyone?
:P

Apr 26, 2009

RIndunya...

rindu ape?
hmm..
dah lame dah..
dah dekat setahun...

aku rindu la kat Terengganu :(


*tetibe je outstation sick*

boring la duk dekat dgn rumah...........

ps: bila aku duk jauh aku tak penah homesick sikit pun,
tp bila duk hometown sendiri aku asik nak balik Terenganu..

uwaaaaa!!!


nok gi deghak patta..
Bangi xdok patta :(

Apr 25, 2009

Zaman sekarang air kosong pun 90sen..

Betul, aku tak tipu..Air kosong pun harga 90sen sekarang..
Kat mane?
Haha..meh nak citer..

Aku ngan zaimi kalau gi PTSL memang tak sah la kalau tak beli air kat mesinyang jual air dalam cawan tu..
selalu nya beli kopi ais la..
kengkonon untuk kekal segar la mase study..

pada suatu hari..
dalam 2 3 hari lepas kot..
tringin pulak nak beli milo..

selalu beli 2 cawan kopi je, tapi aritu konon2 nak buat neslo ais..haha!

jadi setelah mengorek2 segala duitsyiling yang ada, cukup je rm1.60sen zaimi pon gi la kat mesin tu..
aku tgk dari jauh je..

mula2 tekan kopi, ok la..zaimi antar dulu kat aku.. pastu dia pergi balik kat mesin tu..
masuk duit, tekan milo ais lak..

tapi mesin tu silap dengar kot..orang order milo air, dia dgr ais kosong..
tgk la ni...

langsung takde ciri2 milo dalam cawan tu..
mahalkan air kosong zaman sekarang?

Apr 24, 2009

Kejadian di cyber PTSL~

Dalam pukul 2 petang tadi, aku ngan Zaimi gi la kat cyber ptsL.. gi kat tempat untuk print guna paper logic tu..

kitorang pun guna lah PC C2..yang tepi pintu tu..budak UKM tau la kot..

sambil2 nak print..aku pun belek2 la notes Dr Bad tu..

almaklumlah pelajar pintar, mase nak print baru belek! haha! dan lebih menambah kepintaran, sok nak exam arini baru nak print..lalala~~

pastu mase duk belek2, aku cakap pun ala2 slow gitu ngan zaimi..
sebab kat sebelah ngan depan aku ada orang gak duk gune pc..

dan ade la pekerja 2 3 orang kat tempat diorang..

aku tengok slide tu banyak sangat gambar2..
tulisan nya sikit je, hiasan je banyak..hehe..

pastu aku cakap la kat zaimi, lebih kurang macam ni la...

"nak baca ape slide ni, gambar je banyak..."

dan tak sampai pun 3 saat aku ungkap kate2 tu, tetibe aku terdengar suare perempuan dengan agak kuat berkate...

"bace je la semua, baca bagi paham!"

erk???!

budak laki depan aku dah toleh ke aku, aku pandang zaimi..

rupenya akak yang keje kat dalam ni yang cakap..

tapi dia bukan cakap kat aku, dia cakap tepon..

tapi macam merespon ayat aku..

pastu aku gelak gila la ngan zaimi..
ingatkan sape la duk kondem aku tadi..haha!

bodoh tul..rase macam sequence drama Mohd Noor Kadir lak..
sambung ayat tapi dalam scene yang berbeza..


*kepada semua yang komen, yang follow, yang tinggal link, terima kasih.. lain kali buat lagi.. hehe cuma aku tak berkesempatan nak gi jenguk korang.. nnti ade mase aku jenguk la..*

(^^,)

Apr 22, 2009

AKu pulak yang kene, kasihan aku!

aku agak speechless bila zaimi bgtau aku perkara ni...
rase macam nak tkeluar jantung aku berdegup...

mula2 aku simpati pada kawan2 yang kene..
akhirnya semalam aku pulak yang kene..

kene ape?

teka la..
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
aku lak jadi ejen pil acai..
aiyak!!
siap aku dengan leena pulak dah..

ayat yg xboleh blah, 'u must be shock after long time no see'
taik kucing...kan ari2 aku jumpa zaimi..


cis!!!


Apr 21, 2009

Kerana ku bangga dia kucingku..heheh!

Wolla! aku ditagged oleh Ielamory!
disbbkan tagged ni kejap je leh siap, aku sahut!

heee!! ;)

1) Anda perlu "PrintScreen" wallpaper anda yang sedang guna sekarang, jangan dusta, kerana kurang digemari.

2) Beri tahu mengapa anda suka "wallpaper" anda itu.

:: sebab aku rase kucing aku ni potogenik & potogedik..haha! well she can make a very nice wallpaper kan?

3) Tag 10 orang

:: 10? okeh..sape 10 org ptame yg komen je leh wat..hahah!!


Ilmiah la konon~

Entry yang konon2 ilmiah ye arini kawan2..
FYI, aku sekarang tgh further study dalam peringkat master di UKM [poyo nye], aku amek MSc Conservation Biology, atau dalam melayunya Pemuliharaan Biologi, atau short form nye Bio Conserve..

to make it simple, bio conserve ni bermaksud mengurangkan kesan manusia pada ekosistem, dengan tujuan untuk menyimpan dan menyelamatkan ekosistem itu dari rosak, dan yang paling sedih pupus [hilang].

sgt susah nak laksanakan langkah2 pemuliharaan ni, dan pada pandangan peribadi aku, masalah utama kpd bnde ni adalah ekonomi negara kita, yup aku tau kite perlu tebang pokok untuk bukak ladang kelapa sawit, tp kita berdepan dengan krisis kehilangan kawasan tadahan air dan punca oksigen kita bila hutan ditebang, plus, racun dan baja yang kita guna untuk kelapa sawit tu turut boleh beri kesan lain pulak. [aku bg contoh kelapa sawit, actually byk lagi kes]

selain tu, sistem pendidikan negara yang tak tekan kan perkara ni, jadi ramai orang tak tau ape kebendenye bio conserve ni, dan orang tak nampak kepentingan serta kesan dia.. yang orang tau, nak gelakkan Karam Singh Walia bagi laporan pasal pencemaran kat TV3 tu, tapi mungkin mereka kurang paham tentang issue yang dia ketengah kan..

aku tak salah kan public bermentaliti macam tu, public terdiri dari macam2 background, dan juga umur. Jadi, tak semua belajar biology secara direct untuk paham benda2 ni.
sebagai bukti la kot, aku ade buat poll kat blog aku aritu, dan seriusly aku tak tau siapa yang vote. tenkiu sebab vote anyway.


resultnye, majoriti tau ape itu bio conserve, dan masih ade juga yang kurang paham, tidak paham, dan ada juga yang tak pernah tahu mengenai perkara itu. Kecuali yang seorang itu, terlalu bagus mungkin kerana siap mengaplikasikannya. tahniah!

hmm.. pada pandangan aku, perkara di harus dijadikan subjek dalam mata pelajaran Sains untuk UPSR dan PMR, biarkan sekurang2 nya rakyat Malaysia tahu asas bio conserve ni, seperti semua tahu apa itu Karbon Dioksida & Oksigen kerana pernah belajar dulu..


::aku agak gila sebab banyak sangat esaimen dan exam::

hahhahaha!!

insaf dalam renungan..

mungkin entry aku kali ni agak emo..
tapi aku betol2 kecewa..

mereka bangsa ku..
dia juga bangsaku..

yang beza cuma mereka itu mampu..
dia pula sedang diuji oleh Tuhan yang satu..
dia tak berdaya..
sekali pandang pun tau dia kurang upaya..

dia hanya meminta sedikit dari harta mereka..
sedikit.. bukannya luak..
namun bagi mereka dia itu beban..
beban yang tak patut mereka tanggung..
jadi mereka biarkan dia..
dia hanya berdiri dalam keadaan tidak pasti reaksi mereka pada dia..
sehinggalah mata ketiga dia membawa dia pergi ke arah mereka yang lain..

bukan semua mereka itu bakhil, tidak..
ada yang prihatin..
dan ada yang sedar dan mengingati pesan Tuhan dan utusanNya..
untuk saling membantu sesama manusia..
terutama lagi insan yang seperti dia..

namun aku cuma hairan..
apakah mereka yang mengatakan 'tidak' itu kurang yakin dengan dia?
atau kerana mereka itu juga ada kurang upayanya dari segi lain?

paling tidak ucaplah maaf kepada dia kerana tidak dapat membantu..
bukan dengan menggelengkan kepala beserta senyuman hina di muka..
kerana dia sudah pasti tidak dapat melihat itu semua..
kasihan dia..
kerana Tuhan menguji dia..
dengan tidak meminjamkan deria yang utama itu kepada dia..

Apr 19, 2009

Aku dah jadi penagih...maafkan aku !


facebook sangat jahat..
dia telah mencuri tumpuan aku..
mencuri fokus aku..

demmit...




aku addicted!!!!
HeLP!

Mood Mana?

mana perginya mood aku nak update blog??

Salah 1 sebab aku tak suka ada orang suka tiru aku, perhhh...

Dah la poyo.. Ingat aku selesa sangat ngan dia?

Dia ingat dia sape?

suka suruh aku layan dia, ajak dia kemane2 aku pergi..
suke wat statement ala2 diri bagus sgt..
bila aku tak nak layan buat2 macam nak merajuk..

come on la..
Aku tak kuasa la nak layan orang macam tu..

pastu suke komen yang ntah pape..nak angkat diri sendiri..
pigi dah!
pe motif? nak tunjuk diri bagus?
taik la..

sape dia?
huh..hint: bukan lelaki..haha..
xyah tau la sape.. korang mesti tau kalu org tu bukan korg..

bg aku blogger lain xde masalah..cume dia ni sorg..

oh please!

Dan disbbkan tu aku malas nak update blog buat seketika..

lagipon nak exam..

heee~

ps: moody sbb esaimen hilang selepas dibuat kerana laptop bongok~
s*it!

Apr 17, 2009

Hariku Indah...

heee...
cube teka kat mane ni... kalu btol aku bg adiah..

hahahaha!

Apr 16, 2009

Disebabkan Boring..

Boring lak duk cyber ptsl ni..selingan mencari jurnal aku jwb la tag dr eyena ni..
hehs~


++ APAKAH PERKARA/BENDA PALING PENTING DALAM HIDUP KAMU??
nyawa + akal


++ APAKAH BENDA YANG TERAKHIR YANG KAMU BELI DENGAN DUIT SENDIRI??
em..tadi baru je beli air milo kat mesin depan pintu library ni~


++ DI MANAKAH TEMPAT IMPIAN PERKAHWINAN KAMU??
yang penting bukan kat siam :)


++ ADAKAH KAMU DI LAMUN CINTA???
ya..love him so much..thanks sbb layan karenah aku yang gila :)


++ DI MANAKAH RESTORAN TERAKHIR KAMU MAKAN MALAM?
Sate Samuri


++NAMAKAN BUKU YANG TERAKHIR KAMU BELI??
aku beli buku? komik doremon kot..


++ APAKAH NAMA PENUH KAMU??
Nursyazni Binti Abdul Rahim


++ KAMU LEBIH SENANG DENGAN MAK ATAU AYAH??
none..haha :P mak kot..


++ NAMAKAN SESEORANG YANG KAMU INGIN BERJUMPA UNTUK PERTAMA KALINYA DALAM HIDUP ANDA??
Shah Rukh Khan..sebab Fahrin dah jumpe dah aritu..haha!


++ ADAKAH KAMU MENCUCI PAKAIAN KAMU SENDIRI??
penat je org invent mesin basuh kalau tak gune..


++ ORANG YANG KAMU NAK TAG
nobody..
harini aku rase mulia dan baik hati


=P

Anugerah dekan!

AKu dapat anugerah dekan!


haha...itu dulu ma mase undergrad..heheee~~

AKu dapat award blogger la..
dah lame tp baru arini rase nak tempek..

1st..dari Datin Paduka Bokbong!
cayang akak!

yg kedua dari Putri!
Cayang kamu juge!

Ha ni lak award dari aduka..
ha yang ni xleh sayang..haha!
ANyway thanks :)


em ade lagi tak award2 yang korang bg aku tak amek? huuhuu..
lame dah tak komited terhadap blog..

Kalu ade bgtau la..
heee~~


anyway thanks!!
korang memang best!

Apr 15, 2009

Oh Iced Cappucino~


Disebabkan ko..aku tak boleh tidor sampai kul 6..dahla kepala sakit..

Rugi mase untuk esaimen..huhu~~

Oh yang atas tu bukan air yang aku minum malam tadi..
Yang aku minum aku tak sempat amek gambar~
heeee~



ps: I blame Dr Shukor~

=P

Apr 13, 2009

Bunga ros dan rama-rama bersama Cik Syazni~

Ello sume...aku masih lagi dalam proses wat esaimen Dr Bad.. Genetik dowh.. Adoi..

Sangat memeninkan.. haha.. Jadi..

Aku pon bermain2.. [serius x fokus langsung wat esaimen.. pelajar sarjana yang teruk..kah kah!]

aku mendapat ilham dr seseorang..

jeng jeng jeng...

Photobucket


Gelak la...
tak kisah..

huhu...

em sila scroll ke entry di bawah untuk mengundi kucing ku yer..

terima kasih
:)

********************************************************
Updated!

Aku dapat award lak!
2 lagi! haha..

yg petame.. dari Lead!
tenkiu!


yg kedua, dari misz Farah!
Sebenarnya ade tagged sekali, tp xleh copy..jdi xleh wat..
heheh...tempek award je la ye :)
tenkiu!


(^^,)

Apr 12, 2009

Ada Mission!

Maybe aku tak bagitau, aku balik rumah di semenyih sekarang. Sebab? Hujung minggu, nak amek duit poket..haha! Tapi, tetibe mak abah ngan nenek aku kene gi langkawi.. Bercuti? Bukan lah...adik bongsu mak aku, yakni Ucu aku duduk kat sane.. Keje sane.. Tetibe aritu dia eksiden...thantuk dahi kat stereng.. Sekarang ade darah beku, kene operate la untuk buang..


serius aku cakap, aku sangat risau.. Tapi aku tak boleh pergi langkawi.. aku ade banyak sangat keja.. aku doa dari jauh je la..

Jadi, bila dorg dah gi sane, nak tak nak aku kene la menjaga adikku nana dan rumah dan elin dan ikan2 dan burung dirumah...adoi!!

Tapi aku nak wat keje? Jadi terpkse la mngorbankan diri.. Untuk semuanya teraccomplish..haha!

Seawal pagi aku dah tarik kain2 yang sidai bawah bumbung keluar...bagi kene panas.. PAstu basuh lagi seround.. pakai mesin la..bukan tangan..huhu.. pastu gi bagi ikan2 makan.. pastu campak nasik kat burung2...
sekang tgh tunggu kain dalam mesin siap, ngn yang kat luar kering.. Hopefully, dlm pukul 9.30, aku dah dapat bertolak ke UKM membawa NAna sekali..

Pastu, aku akan gi ke library dengan zaimi seketika.. Tepat kul 1.30 kang...kene siap2 untuk hantar nana ke kelas gitar dia lak sampai kul 3.. Balik asrama jap..Sambung wat keje sikit..

lepas magrib balik rumah..esok pagi lepas nana gi sekolah.. gi library lagi...pastu kul 6 gi jemput dia balik sekolah pulak..

Entah sempat siap ke tak la keje aku..
adoi...

Apr 11, 2009

Genetik..

Sangat fobia dengan perkataan itu..
Sangat~~

Ade esaimen sal genetik populasi..
Aku pernah dapat gred yang 'indah' untuk subjek ni mase undergrad dulu..

trauma..

16hb ni kene submit..
aku rase sakit jantung...
berdebar2...
nervous...
takut..
seram...
gelabah..nyampah..

sume ade..
sampai rase xnk buat langsung esaimen ni..

aduh...

tu yg malas nak update blog ni..

nanti2 la aku update..

:(

Apr 10, 2009

Mahu ketemu sama bobok berbulu..



Ya petang karang aku nak balik semenyih..
boleh la berjumpa same si bobok ini!
Elin yang mucuk2!
RIndu pulak kat dia.. :)

Dettol pulak..haha!


Aritu cuna..ni dettol lak jadi mangse pil acai..haha!!
Dettol tidak menjual nya, semua it hanyalah spamming..
Huhuuu~~



Tak dapat bayang kalu dettol kehilangan lagi 30 pound .. adoi! Mane isi ko yg tingal lagik dettol! haha! Dan siapakah Becky? Beckham kah?

=P

Pil Acai yang bodoh..haha!!

Apr 9, 2009

Hari ini hari khamis..

Harini kames..

Esok kene antar Assignment GIS..

No hal..

Esok bleh hantar..

Pasni, tinggal esaimen kedua prof latif, dr bad, dr yati & prof zubaid..

Aiyak! Still byk lg.. adoi..

Em ade terbace tadi, ade sorang blogger ni kate dia agak kurang gemar membaca blog orang yang cerita pasal diri sendiri.huhu.. Dah name pon blog, tak kan nak cerita sal jiran kan?

sorry la kalau dia tak suke blog personal.. Tujuan blog adalah untuk menyatakan pendapat, dan pendapat tiap2 orang ni berbeza2..

Kalau tak suka tak usah la bace :)

Neway, aku suka blog dia sebelum ni.. tapi bila dia cakap camtu rase nak merajuk lak la..

Huhu..

Weh korang, lelaki BANGANG yang mesej kat friendster tu mesej lagi..dengan kate2 yang lebih kesat.. sampai aku rase malas nak print screen.. Adoi.. Geram betol la.. ada tak pakar sakit jiwa yang boleh tolong dia ek? Ustaz2 ke.. Sian lak aku tengok.. macam duk tempah tiket neraka je mamat tu..

huhuu~~

K lah.. nak sambung esemen..

(^.^)v


Apr 8, 2009

Sepetang di kedai mamak~

weehuu! Petang semalam lepas balik dari library kitorang trusss aja nak pergi ke Damansara.. Dah nak gi tu, perut pun terlapar lak..padahal tengahari dah makan dah.. hehe.. Sebab tension buat kerja kot.. Penat berfikir.. :P

Pastu decide nak makan kat kedai mamak kat warta tu aje..
Roti lak agak lambat sampai... sabar menunggu..
lapar kan mie? huhu..

adeh tgk gmbar2 kat kedai mamak ni pon dah wat aku jadi lapar balik skg..

Motif entry ni: takde motif..haha!

-the end-

Berita terkini~

Dr Yati telah memberi aku hadiah sewaktu gi kelas tadi.. Aku yang selsema dan tak jemu2 bersin dalam kelas tadi berasa terharu, dan gembira kerana rupanya Dr yati tak lupakan janji2 manis2 dia. Memula aku ingat nak merajuk dah..sebab mula2 kate nak bagi..Tapi tak bagi2.. Tadi mase dia bagi aku punyalah seronok! Sebab dari awal sem aku dah tak sabar nak dapat hadiah tu, tp dia asik lupe kot.. YES!

Tapi agak unexpected la, ingat dia nak bagi kat aku sorg..rupenya aku kene share benda tu 7 org.. dah nak buat cmane, terpakse la kongsi...merasa sorang sikit.. Benda tu ada 4.. tapi dia suh bahagi 4 pulak.. pastu dari 1/4 tu, kene share lak 7 org.. memula rase cm nak komplen je, sebab janji sorg 1.. tapi takpela..mungkin Dr yati tau kebaikan berkongsi tu.. aku trima je la..

Ape yang dia bagi?

Esaimen.. kene submit 30hb..













shit!

Aku tak suka~

Aku tak suke orang yang suka hidup dalam fantasi... Serius tak suka.. Macam dia cerita sesuatu yang agak tak logik untuk kita dengar.. Ada la dua tiga org yang perangai macam ni yang aku pernah kenal.. Not to say aku ni bagus sangat, tapi aku tak suka tengok mereka2 tu memperbodohkan diri mereka sendiri.. Nape aku cakap macam ni? Saje...haha!

Nak buat cerita biarla logik..dan berpada2.. Kalu tak menipu langsung, lagi bagus.. Tak payah nak jadi Alice in Wonderland.. Mase undergrad dulu pun ade je manusia2 yang aku kenal buat cerita macam2.. Pasal pakwe, tapi sebenarnye tak.. Ada org ramai minat kat dia, tapi tak padan dengan tuan punya diri.. macam2...lelaki ada perempuan pun ade..

Ada gak yg konon2 ada barang itu, ada barang ini, kondem barang orang.. tapi tak pernah tunjuk pun barang tu kat sesape kalu btol2 dia ada.. setakat cakap mulut..gambar tenet.. tak yah la.. cukup2 la menipu..

Memang la patutnya lantak dorang la kan? Tapi..risau aku tengok...haha!

Ha..syazni... cukup2 la membebel tu.. biar la dorg.. huhu~~

ps: korang tak paham? takpe, takyah paham.. keh keh keh~~

Apr 5, 2009

Aku terkejut!!!

sebab, tengok kat viewer kat BLOG aku seperti gambar di atas...serius aku terkejut!
15 online, dari macam negara ok! Padahal aku nye blog bahasa melayu. .pahamkah dorg?
gambar atas menunjukkan dorang datang dari Portugal, Austria, Brazil, Mexico, Egypt..


Ade gak dari Italy, Canada, United Kingdom...

Greece siap 3 org lagi.. Malaysia tu bese..pastu america Syarikat...Aku pelik, dorang ni ramai2 datang dari mane??? Jadi aku YM la zaimi...kot2 la laptop aku ni bengong.. Zaimi kate mmg btol ramai view, dr macam2 negare.. jadi cek la feedjit lak..

hah amek ko!! Btol! Sume dtg dr blogger! Serentak lak tu..aneh sekali...


Pastu aku refresh la page kan..sebab still tak pecaya..
sekali dah naik jadi 17 pulak dah...

MUSYKIL~

Apr 4, 2009

Demam pulak dah..

Align Center

Demam pulak aku ni..dari pagi tadi aku asik bersin.. sakit kepala aku..
Tibe2 pulak demam kan..cobaan betol.. Sekarang pun kepala rase berat je..
Dah minum dah air 'enak' yang berperisa 'Panadol Soluble' tadi..tapi buat kepala tambah berat lak..
Bersin nya ada je lagi..
Wahai hidung.. sudah2 lah bersin tu..

Esaimen berkepok ni~

Aku trauma~

Sakit sangat kepala aku ni sebab menjelang pagi je, aku asik terkejut mase tido..
Aku sangat risau orang datang nak buat kerja kat bilik aku ni, mase aku duk sedap tido..
Tadi Zahira letak kunci dia atas meja pun, aku terkejut bukan main. Sebab aku ingat makcik2 tu yang datang dengan pekerja2 tu..
Sampai aku rasa macam dah takde privacy.. Masa mandi lagila risau!
Tak tau la, sebab diorang ni nak dikatekan bingai pun iye jugak kot. Weekend timeorang dah sah2 ade kat bilik pun nak datang buat keje gak.
Tension la..Malam dah la tido lewat buat kerja..


Aku dah siap semua esaimen~

ye..aku dah siapkan semua tugasan yang diberi kepada aku oleh pensyarah-pensyarah itu..

akhirnya siap jugak, siapa sangka setelah aku bersusah payah menaip, sampai naik pening, akhirnya usaha aku berbaloi! Siap! Boleh hantar dengan senang hati. Tak payah nak pikir apa dah, dah boleh start study untuk final exam.

Bila dah siap keje ni, lapang rase kepala.. tak burden dah.. kan?

.
.
.
.
.
.
.
.
.


kan best kalau aku betol2 boleh cakap macam tu..muehehehee~~

................................................................

aku cume berehat sebentar, kije belum siap lagi maa...
berkomited & dormant di alam blog buat 1 tempoh mase...

beep...
beep..
beep..

Apr 3, 2009

Ini Elin~

Macam la korang tak kenal lak ngan Elin kan. Saje je nak bagitau lagi sekali. Haha!
Aku suka gambar ni, boleh pulak diaturn ke belakang sambil jalan, ala-ala catwalk lak. Eh memang la dia cat kan?

Cayang Elin!
Mwah Mwah!

..........................................................................................

Macam aku cakap semalam, aku takleh gi melawat dalam mase terdekat ni..
Penat la banyak esaimen..
*sigh~~~~~

Apr 2, 2009

Air di KIAM versus air aku beli mesin~

Aku saje nak kutuk KIAM lagi..haha sape suruh carik pasal dengan aku~ heheee~

HAritu Zaimi beli pH tester untuk test air akuarium dia.. pastu dia pun suruh aku test air akuarium aku jugak.. Ok lah, aku pun bawak la naik bilik aku.. Lepas test, air akuarium aku memang berasid! Huwaa! Nak test camane? Mula-mula, guna tiub yang dia bagi dalam set tu, amek air sebanyak 15ml.. Pastu, titiskan 3 titik pH tester tu kat dalam air yang kita dah amek sample tu.. Goncang2 sikit, tengok dan banding perubahan warna dengan merujuk dekat kad yang dia bagi. Dalam kad tu ada penunjuk untuk sekian2 pH, warna dia sekian2.

Pastu, dah test air akuarium tu, aku pun tergedik lak nak test air paip ngan air yang aku beli mesin. Ala yang 20sen seliter tu. Ha, gambar kat atas adalah air mesin. Penunjuk berwarna hijau, maksudnya air tu pH dia 7. Neuteral la, nama pun air sihat kan.

Pastu, aku pun test la air paip yang keluar mengalir dari paip di asrama ku ini. Terkejut nya aku tengok result dia. kenapa? ha tengok la kat bawah ni.
.
.
.
.
.Biru. Beerti dalam kad tu kat bawah sekali. Maksudnya, SANGAT BERALKALI.
Hoh...patutlah air dar water cooler pun warna kuning, bila minum rase besi. Teruknya. Duit student bayar rm7 sehari tu amek buat ape? rm7 sehari, rm210 sebulan, rm1050 sebulan. Untuk seorang student. Kalau 10 student? Dah rm 10,500. Tapi 10 student ke? Bukan lebih? Tu untuk warganegara, kalau foreigner, rm 10 sehari, rm300 sebulan, rm1500 sebulan. Untuk sorang student. Kalau 10? RM15,000.

Dey! Tolong la jaga kualiti air sikit. HUH!~

******************************************

Aku mungkin tak dapat melawat blog korang untuk sehari dua~
Bizi maa~

Apr 1, 2009

Serius menyampah!

Serius aku cakap aku sangat menyampah dengan pihak pengurusan KIAM ni..
Serius!

Harini, kelas aku pukul 11.
Jadi, sekarang ni,pukul 9.42 pagi.

Tadi, dalam 5 minit yang lepas, datangla makcik asrama ni dengan 2 pekerja pasang memasang ni, duk ketuk pintu bilik aku.. kate nye nak pasang wayar2 lak..

Please la! Sedangkan tingkat 4 ni, ade 4 lagi rumah, nape rumah aku yang lucky number 1??

SHit!

Pastu dengan selamber nye aku cakap la kat makcik tu, 10.30 nanti saye nak kluar gi kelas, ha datang la mase tu..gi la kat 3 rumah lain tu dulu.. Memang pon pas dia bukak pintu rumah lain tu, xde orang pun.. saje je nak mengacau hidup aku..

Serius aku tak suke!
Weh, yang tak sabar2 sangat nak pasang jadah tu pehal??
Mengacau je la!

Dah aku bayar duit asrama ni untuk duduk malam je ke?
Nak duduk siang wat sakit jantung je dengar bunyi gerudi!
HAritu aku tengah makan nasik, tetibe dorang datang gerudi depan rumah..

Sialan! Rase macam nak termuntah, nasik tak tertelan..

BODOH~



elok2 aku nak post sal bende lain, terus tak jadi.. nyampah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...