Pages

Sep 15, 2009

Terluah

Tengah aku duduk mengadap Facebook selepas berbuka tadi..
Tengah khusyuk aku memetik cili2 yang aku semai di Farmville..
tetibe Nana adik bongsu aku datang menyapa..

Di tangan beliau, terdapat sepeket buah.. Raspberry namanye..

"Amek la kak, bukan senang nak makan buah ni tau"

kate adikku itu kepada aku..

"Masam ke manis?"

tanye aku.

"Masam sikit, tapi sedap"

kate adikku itu.

Maka, aku pun amek la sebijik.. Aku pandang buah tu, berbulu fizikalnya..



Pastu, disebabkan buah tu kecik, aku pun terus je masukkan dalam mulut sebijik2 tu terus..
Reseptor masam kat lidah aku mula teransang..

Aku gigihkan lagi mengunyah2 lembut buah itu, sebab aku belum rase sedapnya, sekadar masam je yang aku dapat rase ni..

Namun, ternyata lidah aku dah tak mampu nak terima kemasaman buah tu lagi..
terus je aku TERLUAHKAN buah tu..

huhu..

bila la aku ni nak suka makan buah ye..heee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...