Pages

Jun 4, 2009

Berlakon Komedi: Perlu ke hodohkan muka?

Hai all..
Ni pendapat peribadi aku la..
dah lame aku selalu pertikai benda ni..
Lebih2 lagi selepas aku dah besar ni..

Seperti mane yang aku perhatikan, aku rase filem2 komedi kat Malaysia ni, sangat menitikberatkan kehodohan artis tu untuk berlakon dalam cerita komedi..
adakah hodoh itu kelakar?
atau hodoh itu boleh menimbulkan rasa audience untuk gelak?

AKu bagi contoh la, cerita Sifu & Tongga..
Nabil & Fauziah Ghous tu asalnya indah jugak rupa paras..
dek nak jadikan dorang tu pelakon lawak,
mekap dorang sampai jadi rupe camtu?

Dan untuk menampak kan pelakon komedi ni lawak,
bila ada photoshoot untuk majalah ke, akhbar ke,
kenape kene buat muka herot?
kenape kene pakai costume pelik2?
kenape aku pertikai?
sebab sekarang aku tengok Nabil yang dulunye bergaya normal,
dah wat rambut afro..konon nak timbulkan imej pelawak..
Zizan dalam BOLOS?
hmm..lagilah sedih aku tengok, dah macam badut pakaian yang dia kena pakai..

masalahnya PERLU ke semua tu?

tetibe rase nak puji Afdlin Shauki,
dia ni pikir logik sikit walaupun ada gak kekurangan filem dia..
tapi bagi aku filem2 dia ok..
dia tak hodohkan pelakon2 dia..
dia gak tak wat cerita yang memerlukan pelakon2 dia tergedik2..

Kalau kita tengok pelakon Hollywood, walaupun comedian,
dalam cerita dorang, jarang sangat dorang hodohkan muka dorang dalam filem2 dorang..

nih Adam Sandler..
banyak gak filem dia yang aku tengok..
dia pakai baju normal je, muke pun macam tu je..
kelakar je cerita dia..
kecuali ZOHAN la..
cerita tu hina Islam & sangat teruk..



Ha ni lak Ben Stiller..
banyak jugak cerita dia yang aku tengok..
macam dalam Night in the Museum..
dia pakai baju guard je..
lawak je..
Starsky & Hutch?
still kelakar..dia tak pakai costume pelik pun..

ha ni Jim Carey..
walaupun dia ni comedian..
ade gak cerita2 dia yang over..
tapi untuk sesi photoshoot..
elok je dia pakai..
kemas je rambut dia..
TOUGH je badan dia..

Owen Wilson ni pun ade gak filem2 dia yang lawak..
Night at the museum, Starsky & Hutch tu dia berlakon gak..
Walaupun hidung dia bengkok, dia takde la pulak nak wat muka ngade2 herot2 bila amek gambar atau mase berlakon..

Ok la, mungkin sebab orang2 Hollywood tu professional..
Walaupun comedian still nak bagi diri tu nampak handsome..

Hong Kong pun same..
Stephen Chow ni professional je aku tengok..
Mase gi award ke hape ke reti je pakai baju kemas2 elok2..
dalam filem pun tak la dia hodohkan muka dia pun..
Bagi aku la, filem komedi kite ni pun banyak yang berunsur menghina orang..
menggunakan orang2 yang KURANG sebagai modal lawak..

contoh, guna orang yang OBESITI untuk dipakaikan baju yang macam haram jadah,
untuk nampakkan orang gemuk tu lagi hodoh..
dengan reben2 la..
aiyo!

tak pun guna orang yang kurus kering..
pastu create lak watak orang yang bodoh2..
orang yang jongang..
orang yang sengau..

dan yang paling sedih, guna orang2 kerdil untuk dijadikan modal lawak..

bukan tak baik ke mempersenda orang2 cmtu?
ade 1 filem omputih la gak,
aku tengok..
orang kerdil tu watak dia sebagai lawyer..
kalu kat Malaysia?
berlakon jd freak je la..

ermm...aku bukan pro omputih ke ape..
cuma aku rase filem komedi kite ni memerlukan transformasi..
upgrade sikit la jalan cerita..
ubah sikit la mentaliti..

tak yah la mase the making asik cerita filem dia guna DTS sound system..
cerita macam lahabau gak..
haha..


peace!

v(^^,)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...