Pages

Apr 21, 2009

Ilmiah la konon~

Entry yang konon2 ilmiah ye arini kawan2..
FYI, aku sekarang tgh further study dalam peringkat master di UKM [poyo nye], aku amek MSc Conservation Biology, atau dalam melayunya Pemuliharaan Biologi, atau short form nye Bio Conserve..

to make it simple, bio conserve ni bermaksud mengurangkan kesan manusia pada ekosistem, dengan tujuan untuk menyimpan dan menyelamatkan ekosistem itu dari rosak, dan yang paling sedih pupus [hilang].

sgt susah nak laksanakan langkah2 pemuliharaan ni, dan pada pandangan peribadi aku, masalah utama kpd bnde ni adalah ekonomi negara kita, yup aku tau kite perlu tebang pokok untuk bukak ladang kelapa sawit, tp kita berdepan dengan krisis kehilangan kawasan tadahan air dan punca oksigen kita bila hutan ditebang, plus, racun dan baja yang kita guna untuk kelapa sawit tu turut boleh beri kesan lain pulak. [aku bg contoh kelapa sawit, actually byk lagi kes]

selain tu, sistem pendidikan negara yang tak tekan kan perkara ni, jadi ramai orang tak tau ape kebendenye bio conserve ni, dan orang tak nampak kepentingan serta kesan dia.. yang orang tau, nak gelakkan Karam Singh Walia bagi laporan pasal pencemaran kat TV3 tu, tapi mungkin mereka kurang paham tentang issue yang dia ketengah kan..

aku tak salah kan public bermentaliti macam tu, public terdiri dari macam2 background, dan juga umur. Jadi, tak semua belajar biology secara direct untuk paham benda2 ni.
sebagai bukti la kot, aku ade buat poll kat blog aku aritu, dan seriusly aku tak tau siapa yang vote. tenkiu sebab vote anyway.


resultnye, majoriti tau ape itu bio conserve, dan masih ade juga yang kurang paham, tidak paham, dan ada juga yang tak pernah tahu mengenai perkara itu. Kecuali yang seorang itu, terlalu bagus mungkin kerana siap mengaplikasikannya. tahniah!

hmm.. pada pandangan aku, perkara di harus dijadikan subjek dalam mata pelajaran Sains untuk UPSR dan PMR, biarkan sekurang2 nya rakyat Malaysia tahu asas bio conserve ni, seperti semua tahu apa itu Karbon Dioksida & Oksigen kerana pernah belajar dulu..


::aku agak gila sebab banyak sangat esaimen dan exam::

hahhahaha!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...